Saturday, August 29, 2009

Ikhlaskah kita?

Pagi tadi semasa sedang berbincang dengan seorang makcik dan beberapa rakan-rakan yang lain, makcik menyentuh soal keikhlasan.

Kata makcik, amalan ikhlas itu ada 3 bahagian.

Pertama, amalan seorang hamba - kita beribadah kepadaNya kerana takut kepadaNya..

Seterusnya, adalah amalan seorang saudagar - kita beramal kerana mahu mendapat pahala, contohnya seperti pahala menghidupkan malam lailatul qadar, pahala puasa enam aidilfitri dan sebagainya..

Dan yang terakhir adalah, amalan seorang yang merdeka - iaitu kita beribadah kerana menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba..

Contoh yang terdekat adalah Rasulullah SAW..  Baginda beribadah sehingga bengkak kakinya..  Dan apabila ditanya oleh isteri kesayangannya, Aisyah R.A, baginda menjawab, ' Salahkah Aku menjadi orang yang bersyukur.'..  Kerana rasa syukur dan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah, baginda beribadah dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh kepadaNya.

Yang terakhir inilah kata makcikku, maqam keikhlasan yang tertinggi..

Namun maqam-maqam yang lain, amalan kita tetap diterima di sisiNya..

Janganlah biarkan amalan kita menjadi 'habbaan mansuuraa', iaitu amalan yang diibaratkan sebagai debu-debu yang berterbangan.. Tiada nilai di sisiNya..

Atau lebih teruk lagi, seperti amalan orang-orang kafir seperti yang disebut dalam firmanNya..

" Dan orang-orang kafir, perbuatan mereka seperti fatamorgana di padang pasir, yang disangka air bagi orang-orang yang dahaga, tetapi apabila didatangi tidak ada apa-apapun." (24:39)

Moga amalan - amalan kita berada dalam pandanganNya..  Kerana Allah tidak pernah zalim kepada hamba - hambaNya, malah amalan yang baik mahupun buruk tetap tidak pernah terlepas dari hisabNya..

Subhanallah, Maha Telitinya Pencipta kita..

Akhir kalam, moga Allah redha dengan kita semua.. Meskipun amalan kita tersangatlah sedikit dan penuh dengan kelemahan, harapnya rahmat dan keampunanNya sentiasa hadir untuk kita, Insya Allah..

Sunday, August 16, 2009

Kenangan..Satu Persinggahan..

Teringat semasa di kolej dahulu, ada seorang junior yang masih kabur tentang Islam walaupun dalam myKadnya menyatakan dia seorang yang beragama Islam..

Ahli keluarganya juga tidak mengamalkan syariat Islam yang sebenarnya..Tapi, alhamdulillah kerana rahmat dan kasihNya, Allah memberi satu rasa hati yang tulus dan suci..  Ingin mengenal Islam dengan lebih dekat..  Bukannya kerana dorongan keluarga atau sesiapa, tetapi kerana taufiq yang sampai kepadanya..  Subhanallah..

Kami menginap di aras yang sama..  Dan aku mula mengenalinya apabila pada masa itu aku berasa sangat letih dan ingin meregangkan urat-urat yang sangat lenguh akibat menghadap buku terlalu lama..  Ketika berjalan-jalan di koridor aras, aku terdengar satu bunyi yang indah dan sangat menarik hati..  Aku tercari-cari bunyi itu dan akhirnya aku tiba di satu bilik yang dahulunya sebelum pelajar-pelajar junior masuk, kami menjadikannya sebagai surau kecil untuk muslimat..  (kami panggil SK2 : Surau kecil kami)..  Aku terlihat seorang wanita yang leka memetik gitarnya, memainkan satu lagu Inggeris..

" Assalamualaikum..  Boleh akak masuk? "..Itulah kata-kata pertama yang kuucapkan dan yang mana ia merubah hidupku apabila seorang lagi wanita yang tulus dan jujur hadir dalam hayat ini..  Dan muncullah satu persahabatan suci darinya..

Mengasihi dan membenci keranaNya..  Bertemu dan berpisah kerana kasih sayangNya..

Sejak dari itu, kami menjadi mesra..  Banyak perkara yang dia rujuk daripadaku dan juga dari sahabat-sahabatku yang lain..

Sehingga tibalah pada satu hari, malam 1 Ramadhan..  Tarikh yang tidak mungkin kulupa..  Pada waktu itu, kami di surau Al-Furqan..  Tiba-tiba dia datang kepadaku dalam keadaan menangis..

" Akak, saya rasa nak berubah..  Saya nak jadikan Ramadhan kali ini sebagai turning point untuk saya berubah..  Dan saya nak pakai tudung secara consistent.."

Pada waktu itu aku terkelu..  Aku rasakan yang rahmatNya mencurah-curah kepadanya..  Alhamdulillah, Allah tidak pernah mengabaikan hamba-hambaNya..  Malah sentiasa dekat dengan kita..

Sejak dari malam itu, aku lihat dia banyak berubah..  Dia banyak menghabiskan masanya dengan Al-Quran, solat, serta sentiasa hadir dalam halaqah-halaqah ilmu di surau..

Walaupun begitu, dia tidak mengabaikan pelajarannya..  Dan aku menghisab diriku sendiri..  Apakah yang aku lakukan untuk memperbaiki diriku? Banyak masaku yang terbuang begitu sahaja..

Alhamdulillah, Allah menghadirkan seseorang dalam hidupku yang mana kehadirannya telah banyak merubah diriku..

Aku bersyukur, kerana Ramadhan itulah yang paling bermakna bagiku..  Dan aku berharap, aku sempat hadir dalam Ramadhan yang akan datang ini dan semoga Ramadhan kali ini juga, aku mendapat sesuatu yang tidak akan aku lupakan buat selama-lamanya..

p/s : moga-moga sahabatku yang satu ini juga mendapat sesuatu yang akan mendekatkan lagi diri kepadaNya..

Wednesday, August 12, 2009

Ramadhan vs Merdeka?

"Wahai orang-orang yang beriman..diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.." [2:183]

Alhamdulillah..Sebagai tanda kasih sayangNya kepada kita, kita menyambut kemerdekaan dalam keadaan berpuasa pada tahun ini..

Sesungguhnya puasa banyak mendidik kita agar kita meraih kemerdekaan jiwa dari menghambakan diri kepada jahiliyyah dan toghut kepada perhambaan yang Hak...

" Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.." [52:56]

Realitinya, kita tidak merdeka sebenarnya walau telah 52 tahun kita merdeka..Merdeka hanyalah sekadar lahiriah, namun jiwa dan hati kita masih terkongkong dengan rawasib (karat-karat) jahiliyah...Masih dipermainkan oleh rancangan-rancangan yahudi yang menyerang secara halus..Na'uzubillah..

Jadi di sinilah rahmat Allah yang sangat besar kepada kita..Ramadhan..Madrasah yang bakal mentarbiyah diri kita agar kita bebas merdeka yang sebenar , dan menjadi rijal-rijal atau mujahid-mujahid yang bakal meneruskan perjuangan menegakkan syiarNya di muka bumi ini..

Moga kita masih diberi peluang untuk menjenguk Ramadhan Al-Karim ini..Dan Allah sudi memberi masa kepada kita untuk meraih rahmat, keampunan serta dijauhkan dari azab nerakaNya..Insya Allah..

Buat teman serta sahabat seperjuangan, jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai Ramadhan yang paling bermakna..Yang paling banyak merubah diri kita ke arah yang lebih baik..

Moga Allah redha dengan kita semua..

Tuesday, August 11, 2009

Mana satu yang kupilih?

Dalam hadis qudsi disebutkan~
" Demi kegagahanKu, Aku tidak mengeluarkan seorang hamba yang Kusayangi dari dunia ini kecuali Kuhapus segala dosa dan kesalahannya dengan ditimpakan kepadanya penyakit, dikenakan musibah pada keluarga dan anak-anaknya, disulitkan kehidupannya, disempitkan rezekinya sehingga dosa dan kesalahannya tinggal sebesar biji sawi. Apabila dosa dan kesalahannya tinggal sebesar biji sawi, Kukeraskan sakaratul mautnya sehingga ia menghadapKu betul-betul seperti bayi yang baru lahir...

Atau....

Demi kegagahanKu dan kemulianKu, Aku tidak mengeluarkan seorang manusia dari dunia ini yang hendak Kusiksa kelak, melainkan Kubersihkan dan Kubalas kebaikan-kebaikan yang pernah diperbuatnya dengan jalan yang diberikan kesihatan jasmani, dimudahkan rezekinya, dilapangkan kehidupannya, diamankan keluarga dan anak-anaknya sampai kebaikannya itu tinggal sebesar biji sawi..Apabila kebaikannya tinggal sebesar biji sawi Aku mudahkan sakaratul mautnya sehingga ketika dia menghadapKu, dia betul-betul tidak membawa kebaikan yang akan menjaganya dari api neraka sedikitpun.Setelah itu tidak ada alasan baginya untuk menolak siksa dan azabKu..."~ H.R Abu Daud

Petikan dari : " Buku Setan pun hafal ayat kursi " karangan Ustadz H. Aep Saepulloh Darusmanwiati, M.A.

~Ya Allah...jauhkanlah kami dari azabMu dan berikanlah kekuatan kepada kami  dalam menghadapi mehnah ujianMu serta masukkanlah kami dalam golongan yang Engkau redhai..~

Monday, August 10, 2009

Sahabatku...

Result A-Level keluar hari ni..

Ada yang bersedih, gembira dan tidak dilupa ramai yang bersyukur..Alhamdulillah..Sesungguhnya, apa yang ditakdirkan kepada kita adalah yang terbaik..Kerana hanyalah yang Maha Pencipta yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah),  Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (2:216)

Namun kesedihan tetap terasa apabila sahabat seperjuangan tidak bersama dalam meneruskan perjuangan yang seterusnya..Sahabat...

Aku berjuang denganmu bukan kerana rupa parasmu..

Jua bukan juga kerana kekayaanmu...

Atau kerana kepandaianmu mahupun kepakaranmu...

Apatah lagi kerana keturunanmu

dan juga pangkatmu....

Namun, aku bersamamu hanya kerana Yang Maha Menciptakan kita...

Hanya kerana keredhaanNya dan rahmatNya...

Guruku pernah berkata " Sahabat ibarat apabila engkau melihatnya, maka bertambahlah keimananmu.."

Mungkin kita dipisahkan di dunia yang sementara, namun harapku, kita dipertemukan kembali di dalam FirdausNya...Destinasi Cinta bagi setiap hamba-hambaNya..

I.allah...

~" Mukmin itu jiwanya damai, tidak mudah tergoncang oleh ujian...Baginya ujian sebagai TARBIYAH dari Allah, tanda kasih sayangNya, jua penghapus dosa..dan kata seorang saudaraku, ' Bersabarlah, bukan usahamu sia-sia, cuma kemenangan yang lewat tiba'...Kudoakan Allah sudi kekalkan kita di atas jalan ini untuk selamanya dan mengurniakan kejayaan dunia dan akhirat..Satu sahaja hasratku, ingin ke SYURGA bersamamu, sahabatku.."~

Sunday, August 9, 2009

Adakah kita benar - benar redha dengannya...

10 Ogos 2009..

tarikh yang paling ditakuti oleh semua pelajar A-Level..Keputusan peperiksaan yang telah lama ditunggu-tunggu..

Di sinilah sebenarnya ujian Allah pada kita...Adakah kita akan redha dengannya, atau sebaliknya..

Renunglah kalamullah yang menjadi penyejuk hati hamba - hambaNya..

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang ujian kepadamu seperti yang dialami oleh umat terdahulu sebelum kamu.." 2:214

Moga kita semua termasuk dalam golongan orang-orang yang bersabar yang dimana golongan telah Allah janjikan ganjaran kepada mereka..

"Sungguh pada hari ini Aku akan memberi balasan kepada mereka, kerana kesabaran mereka ; sungguh, mereka itulah orang - orang yang memperoleh kemenangan.."

Akhir kalam, moga Allah redha dengan kita..

Saturday, August 8, 2009

Kecintaan pada negara?

Sedikitla nak kongsi...sebab hari tu baru balik dari BTN..

Masa tu, kami dengan semangat berkobar - kobarnya ditanam semangat cintakan negara...

Alhamdulillah, adela sedikit perasaan sedar bahawa pentingnya cinta pada negara..Tapi perlu diingat, kerana bak kata Hassan Al-Banna "Kecintaan pada Islam mesti datang dahulu, barulah kita cinta pada negara.."

Sebab, jika kita lihat isu Palestin...Dimasa saudara - saudara kita memerlukan kita, apakah tindakan yang dibuat?

Negara - negara berdekatan hanya berdiam diri tanpa menoleh sedikit pun kearah mereka..Malah ditutup pintu - pintu bantuan kepada mereka..Padahal mereka mengaku agama Islam sebagai agama rasmi negara.. Adakah terlalu fanatik cintakan negara sehinggakan rintihan saudara - saudara seIslam tidak dihiraukan?

Jika kita betul mengaku kita seorang muslim dan seorang mukmin, maka renunglah sabda Rasulullah SAW.."Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.."

Saya teringat satu ayat dalam cerita yang saya baca.."Kasih sayang yang benar hanya lahir dari kesatuan dan kesamaan aqidah yang benar.."

Rasulullah pun sebenarnya, menerapkan semangat cintakan negara dalam Piagam Madinah yang dibuat -

* Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

*Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.

Jadi bila dilihat, semangat cintakan negara memang telah dipupuk oleh Rasulullah kepada penduduk Madinah..Cuma janganlah kita tersalah tafsir perasaan ini..

Moga dengan sedikit buah fikiran ini, dapat memberi sedikit manfaat kepada sahabat - sahabat semua..

Friday, August 7, 2009

Salam ukhuwwah...

Ini adalah pertama kali saya menulis blog...

Jadi, kelemahan dan kekurangan akan sentiasa mewarnai tulisan ini..Namun, diharapkan kelemahan yang yang ada dapat menambahbaikkan lagi tulisan ini supaya ia menjadi lebih sempurna..Harapan agar sedikit perkongsian dan pandangan dapat memberi manfaat kepada kita semua, InsyaAllah..