Saturday, March 27, 2010

~Secebis hari ini~

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah hampir sebulan lamanya blog ni tidak diupdate..  Moga Allah masih bagi kekuatan kepada saya untuk sentiasa berkongsi dengan kalian.. :)

Hari ini memberi impak yang besar kepada diri saya.. Yang membuatkan saya mengoreksi diri kembali, apakah usaha yang saya lakukan selama ini dalam mengajak manusia kepada keimanan kepadaNya, sejauh manakah langkah saya dalam mewarisi kerja agung Baginda, dan sejauh manakah saya bersyukur dengan ni'mat yang dianugerahkan kepada saya..

Hari ini Allah izin saya kena jaga Da'wah booth kepunyaan Muslim Manawatu Association bersempena dengan Festival Of Culture anjuran Palmerston North Comunity Council.. Dan di sinilah saya bertemu dengan jiwa - jiwa yang dahagakan kebenaran, hati - hati yang tercari - cari keindahan Islam.. Alhamdulillah, betapa bertuahnya saya dapat berjumpa dengan mereka.. Mereka menyedarkan saya bahawa saya perlu meluaskan lagi langkah - langkah untuk mengajak ummat ini kepada Al-Haq.. Berusaha untuk menjadi da'ie yang kreatif serta menunjukkan qudwah (contoh) yang terbaik..

Saya terkedu apabila salah seorang pengunjung (atheis) booth ni berkata kepada saya (selepas kami saling bertukar cerita) , "Nobody tells me about Islam.." Automatik  terasa darah menyirap laju ke muka, rasa malu untuk memandang wajahnya.. Terasa sangat yang kita ni sebenarnya tak buat 'kerja'.. Masih enak di dalam zon selesa.. Tidak sensitif dengan keadaan sekeliling yang sangat kritikal, yang memerlukan seseorang untuk menunjuk kepada mereka, siapakah Al - Khaliq yang sebenarnya.. Astagfirullah..  Moga Ar-Rahman kasihan kepada saya dan kalian..

Dan saya juga rasa sangat - sangat terharu dan gembira (seperti Allah menganugerahkan kebaikan sebesar dunia dan isinya) apabila ada antara pengunjung yang datang, sangat berminat untuk mengenal Islam dengan lebih dekat lagi.. Mereka memberitahu saya yang dulu mereka tidak berkesempatan untuk mengenal siapakah Tuhan yang sebenarnya.. Tidak berpeluang untuk mengetahui apakah deen yang benar..  Mereka berharap sangat untuk mengenal Illah yang satu ini.. Subhanallah! Moga Allah anugerahkan hidayah dan taufiq kepada mereka.. :)

Selepas dia berlalu pergi, saya terfikir : betapa bertuahnya saya kerana dilahirkan sebagai muslim, berada dalam masyarakat muslim (sewaktu di Malaysia), dianugerahkan keluarga yang sangat menitikberatkan cara hidup Islam, serta berpeluang untuk menimba tarbiyah (pendidikan) Islam sewaktu berada di sekolah dulu.. Alhamdulillah1000x!  Bukan semua orang dapat ni'mat Islam dan Iman.. Kerana hidayah itu milikNya.. Tetapi Dia Maha 'Adil ~ Tidak ada hambanya yang dizalimi.. Semua diberi peluang yang sama.. Terpulang kepada kita untuk memilih antara al-haq dan batil..

"Sesungguhnya Allah SWT menganugerahkan akhlak di antara kalian sebagaimana dia memberi rezeki di antara kalian, dan sesungguhnya Dia memberi nikmat duniawi kepada orang yang Dia cintai dan juga orang yang tidak Dia cintai,  namun, Allah hanya memberi hidayah iman kepada orang - orang Dia cintai." H/R Al-Hakim dari Ibnu Mas'ud.

Moga Allah sentiasa menetapkan hati kita dalam mentaatiNya, I.Allah.. :)


p/s : bercampur baur perasaan saya hari ni.. Terutamanya apabila nak pergi ke masjid, tapi tersilap pergi ke church.. Alhamdulillah Allah selamatkan saya.. (Careless yang keterlaluan, ish3x)  ;)

Monday, March 1, 2010

.::Kebergantungan kepadaNya::.

Alhamdulillah.. Banyak urusan saya yang Allah permudahkan..Berkat doa kalian yang sentiasa mendoakan diri ini dan juga kerana kasih sayangNya kepada hambaNya yang kerdil ini.. ALHAMDULILLAH.. :)

[caption id="attachment_179" align="aligncenter" width="570" caption="~Esplanade Day~"][/caption]

Yang paling menyentuh hati adalah apabila setiap doa kita sentiasa dalam pandanganNya..  Ujian yang diberi menyebabkan kita makin dekat denganNya..  Dalam suasana yang sangat berbeza dengan kehidupan 20 tahun yang lalu, meyebabkan saya agak terkapai-kapai di sini..



Tapi yang nyatanya.. Dia tidak pernah meninggalkan saya..  Hati saya menjadi semakin tenang biarpun dikelilingi dengan penduduk yang rata - ratanya bukan muslim.. Mungkin fitrah manusia yang lumrahnya akan kembali kepada Tuhannya apabila ditimpa ujian dan musibah..  Mengadu dan menangis di hadapannya tika masa kita terasa lemah dan tidak terdaya untuk meneruskan langkah tanpa hidayah dan kekuatan dariNya..


[caption id="attachment_181" align="aligncenter" width="570" caption="~Kolam itik~Esplanade Day"][/caption]

Di sinilah terserlah kebijaksanaan dan kasih sayangNya..  Dia Maha Tahu jika hambaNya sentiasa dalam kesenangan dan keselesaan, kita akan jauh dariNya..  Tidak akan terlintas di hati kita untuk berhajat kepadaNya.. Tidak terdetik untuk kembali memujaNya serta bergantung kepadaNya..  Maha Suci Allah lagi Maha Halus penelitianNya..



Seperti pesan seorang teman, jagalah hubungan dengan Allah sentiasa ..  Cubalah untuk mengislahkan diri sebaik mungkin, serta berusahalah untuk mengajak orang lain..  Mungkin kita penuh dengan kelemahan dan kekurangan untuk menasihati kawan - kawan kita, namun sampai bila kita perlu menunggu untuk saling berpesan kepada kebenaran dan kesabaran?



Beberapa hari yang lalu ada dua orang English girl bertanyakan saya kenapa saya memakai tudung, adakah saya suka dengan keadaan saya yang terpaksa melindungi rambut saya dari yang bukan muhrim dan bagaimana cara saya solat.. Adakah saya memakai make up untuk mencantikkan lagi diri saya memandangkan saya menutup seluruh diri saya melainkan muka dan tangan.. (Semua soalan ini saya cuba jawab dengan keterangan yang paling ringkas dan mudah difahami oleh mereka..)


Dari situ, saya rasa sangat terharu kerana ramai di antara mereka yang masih tercari - cari kebenaran..  Hati saya menangis apabila mengenangkan, adakah saya akan dituduh tidak membawa mereka kepada Al-Haq di akhirat sana..  Moga Allah mengampuni dan mengasihani diri saya dan juga kalian..  Harapnya, Allah bagi saya kekuatan untuk sentiasa tegar beriman serta berjuang untuk mengajak manusia kepada keimanan kepadaNya..




Moga kita semua terpilih untuk berada dalam golongan kader - kaderNya..


May Allah bless us.. :)