Wednesday, August 17, 2011

Muaz dan Muawiz :)

It's already close to the third phase of Ramadhan, and yet i have done nothing :(
Dan pagi tadi bila terbaca seerah Muaz dan Muawiz di facebook Halaqah Keluarga, lagilah hati ini terasa, masha Allah, sangatlah berbeza antara aku dengan Muaz dan Muawiz :(
Mereka sudah meraih pahala jihad fisabilillah semasa Ramadhan, manakala kita...??
 PERANG BADAR AL-KUBRA.
Badar Al-Kubra menyelak kisah-kisah hebat di lembarannya..

Abdul al-Rahman bin Auf menceritakan: “Sesungguhnya aku di dalam saf peperangan Badar, bila aku memerhatikan di hadapan, aku dapati di kiri dan di kananku dua orang belia masih muda, sehingga aku merasa tidak selamat untuk mereka”.

Salah seorang dari mereka bertanyakan padaku dan meminta merahsiakan penyataannya itu dari kawannya yang seorang lagi, katanya: “Pak Cik tunjukkan saya mana dia Abu Jahal”, jawabku: “Anakku! Apa yang kamu hendak buat dengannya?” katanya pula: “Saya mendapat tahu yang dia selalu memaki Rasulullah s.a.w” tambah beliau lagi: “Demi Tuhan yang nyawa ku di tanganNya, kalaulah aku ternampaknya nescaya diri ku tidak akan renggang dari dirinya, kecuali kematian sahaja yang akan meragut mana-mana satu yang lebih segera ajalnya, aku berasa hairan dengan sikapnya itu”.

Kata Abdul al-Rahman lagi: “Sekali lagi aku dikerling oleh pemuda yang seorang lagi dengan isyarat sambil beliau berkata kepadaku seperti pemuda yang pertama juga, aku pun terus memandang-mandang ke arah Abu Jahal yang terkial-kial di tengah-tengah orang ramai”, dan aku berkata kepada mereka berdua: “Kamu nampak tak? “Itulah dia orang yang kamu bertanyakan tadi”.

Kedua-dua mereka pun menerkam dengan pedang ke arah Abu Jahal dan segera menerbangkan nyawanya, terus mereka pergi menemui Rasulullah dan menceritakan kepada Baginda, lantas Rasulullah pun bertanya: “Siapa di antara kamu yang membunuhnya? Jawab mereka serentak: “Saya Rasulullah”. Tanya Baginda: “Apakah kamu sudah mengesat pedang kamu?” Jawab mereka: “Tidak, Rasulullah pun melihat kepada kedua-dua pedang mereka”, maka sabda Rasulullah s.a.w: “Ya kedua-dua kamulah yang membunuhnya”. Setelah selesai peperangan Rasulullah pun menyerahkan rampasan perang kepada kedua-dua pemuda tadi iaitu Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin Afra’.

Ibnu Ishak meriwayatkan bahawa Muaz bin Amru bin al-Jumahi berkata: “Aku dengar cerita mengenai kaum musyrikin dan Abu Jahal sedang dikawal rapi, bak pokok besar yang diselaputi oleh pokok semalu yang rimbun, sukar untuk ditembus benteng pengawalan itu, beginilah gambaran pedang-pedang dan tombak-tombak yang memagar Abu Jahal”. Mereka semua melaung: “Abu al-Hakim sukar untuk sampai kepadanya.” Kata Muaz: “Bila aku mendengar laungan itu, aku terus memberi perhatian dan bertekad untuk mendapat peluang, sebaik sahaja aku mendapati kesempatan membuat pukulan, aku terus menerpa dan menebas separuh kakinya, demi Allah tiada apa yang dapat ku gambarkan peristiwa ini selain dari gambaran sebiji keras yang dipecahkan dengan hentakan kayu hingga berkecai kulitnya itulah gambaran yang dapat kugambarkan, di masa itu anaknya Ikrimah telah menetak aku dengan pedangnya hingga terkulai sebelah tanganku yang masih tersangkut dengan kulitku, peperangan sengit menyiksaku, sepanjang hari itu aku berperang dengan mengheret tangan ku yang terkulai itu, dan apabila aku merasakan tanganku yang terkulai itu membebankan, segera ku pijak tanganku dengan kakiku sehingga ianya tercabut putus dari badanku”. Di masa itu Mu’awiz bin Afra’, melalui berhampiran Abu Jahal yang sudah cedera itu, Muaz pun terus menggasak Abu Jahal dengan pedangnya hingga terhumban jatuh dan ditinggalkan bernyawa ikan, sedang Mu’awiz terus berperang hingga jatuh sebagai seorang syahid.
Masha Allah, speechless! Muaz dan Muawiz, dua orang sahabat yang saling bersaing demi meraih cintaNya! Kita bagaimana? :)
 Sumber: https://www.facebook.com/halaqahkeluarga

Monday, August 8, 2011

Memori itu.. Jangan biarkan ia berlalu pergi..

A magnificent piece (i must say) from my friend. 
Beautiful yet sounds melancholy.. May Allah bless her :)
Memori yang berlalu..
ia singgah menemaniku hari ini...
ada yang suka..
ada yang duka..


Tuhan,
 duka yang datang biarkan ia pergi..
 suka itu biarkan ia kekal menemani..
 aku yang lemah ini..
 perlukan cinta kasihMu..


 hanya dengan itulah jaminannya..
 aku kan melangkah ke JannahMu..
 penuh suka tanpa duka..

ya tuhan,
 aku merayu saban waktu..
 kembalikan suka itu..
 lemparkan duka itu sejauhnya..
 kerna aku merinduinya..
 kerna aku menyayanginya..

memori itu..
jangan biarkan ia pergi...
















p/s: I feel this piece somehow relates to me. ^_^