Saturday, February 25, 2012

Sweet escape ;)

Haish, dah lama aku menyepi. Ni baru rasa nak tulis balik :D

Berdebar juga bila nak masuk tahun ni. Aku terfikir, apakah warna warna yang akan menghiasi hidupku tahun ini.

Ahlan wasahlan pada adik adik yang baru datang ke palmy. Walaupun bandar Palmy ni mungkin tidak semegah Auckland atau Wellington, tapi insha Allah, setiap yang Allah tetapkan kepada kita mesti ada kebaikan yang tak terhitung kepada kita :)

Dan selepas seminggu beramah mesra dengan adik adik junior yang datang ni, aku, kak fairuz, kak ain dan mardhiah cabut lari *eh ye ke term ni?* ke Tongariro. Ade offer murah pula time tu, jadi kami dengan senang hatinya tanpa ingat apa apa terus took the offer dan alhamdulillah, jejak juga kaki kami di Tongariro. >__<



Tongariro ni dekat dengan kawasan Mount Ruapehu. Jadi alhamdulillah, after driving for around 2 hours, kami check in hotel. Dan sebelah petangnya kami bersiar siar di bandar Ohakune dan hiked for 2 hours ke Waitonga Falls.

Tussock Grove, tempat kami menginap.


Bandar Ohakune

Bertolak ke Waitonga Falls!
Masa bersiar siar di Ohakune, semua orang melambai lambai tangan kepada kami dan sambil bersorak "Hello. Where yous come from?" Dan orang yang naik kereta di jalanan pun sorak "Hi" kepada kami. Kami cuma tersenyum pelik sambil duk terfikir, mungkin orang orang di sini jarang menerima pelawat pelawat muslim agaknya :)

Jalan baru seminit, rehat sejam. Hehehe


Hutan dan bukit di sini memang sangat tak sama dengan di Malaysia sebab di sini siap ada track untuk hiking yang mana ianya sangat memudahkan orang awam * terutamanya yang spesis macam aku yang kurang bersukan ni * dan selamat insha Allah :)

Dan setelah berjalan jalan selama 1 jam lebih, kami pun tiba di Waitonga falls.
Hiking track

Mount Ruapehu :)

Berehat di tepi Waitonga Falls.

Bila kami berjalan jalan ni, hatiku teringat ingat kata seorang akhawat,

Alam ini ibarat Quran yang terbentang luas. Yang mana tanda tanda cintaNya terserlah di mana mana sahaja.
Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al ankabut : 20)

Indeed, it is true. Alhamdulillah, aku rasa summer escape ni adalah hadiah dariNya untuk kami. Bukan sekadar untuk mengeratkan lagi ukhuwwah di kalangan kami sahaja, tapi dalam masa yang sama escape ni adalah sebagai therapy semangat untuk permulaan tahun ni :)

Akhir kalam, moga Allah mudahkan segala urusan kita insha Allah!