Monday, March 1, 2010

.::Kebergantungan kepadaNya::.

Alhamdulillah.. Banyak urusan saya yang Allah permudahkan..Berkat doa kalian yang sentiasa mendoakan diri ini dan juga kerana kasih sayangNya kepada hambaNya yang kerdil ini.. ALHAMDULILLAH.. :)

[caption id="attachment_179" align="aligncenter" width="570" caption="~Esplanade Day~"][/caption]

Yang paling menyentuh hati adalah apabila setiap doa kita sentiasa dalam pandanganNya..  Ujian yang diberi menyebabkan kita makin dekat denganNya..  Dalam suasana yang sangat berbeza dengan kehidupan 20 tahun yang lalu, meyebabkan saya agak terkapai-kapai di sini..



Tapi yang nyatanya.. Dia tidak pernah meninggalkan saya..  Hati saya menjadi semakin tenang biarpun dikelilingi dengan penduduk yang rata - ratanya bukan muslim.. Mungkin fitrah manusia yang lumrahnya akan kembali kepada Tuhannya apabila ditimpa ujian dan musibah..  Mengadu dan menangis di hadapannya tika masa kita terasa lemah dan tidak terdaya untuk meneruskan langkah tanpa hidayah dan kekuatan dariNya..


[caption id="attachment_181" align="aligncenter" width="570" caption="~Kolam itik~Esplanade Day"][/caption]

Di sinilah terserlah kebijaksanaan dan kasih sayangNya..  Dia Maha Tahu jika hambaNya sentiasa dalam kesenangan dan keselesaan, kita akan jauh dariNya..  Tidak akan terlintas di hati kita untuk berhajat kepadaNya.. Tidak terdetik untuk kembali memujaNya serta bergantung kepadaNya..  Maha Suci Allah lagi Maha Halus penelitianNya..



Seperti pesan seorang teman, jagalah hubungan dengan Allah sentiasa ..  Cubalah untuk mengislahkan diri sebaik mungkin, serta berusahalah untuk mengajak orang lain..  Mungkin kita penuh dengan kelemahan dan kekurangan untuk menasihati kawan - kawan kita, namun sampai bila kita perlu menunggu untuk saling berpesan kepada kebenaran dan kesabaran?



Beberapa hari yang lalu ada dua orang English girl bertanyakan saya kenapa saya memakai tudung, adakah saya suka dengan keadaan saya yang terpaksa melindungi rambut saya dari yang bukan muhrim dan bagaimana cara saya solat.. Adakah saya memakai make up untuk mencantikkan lagi diri saya memandangkan saya menutup seluruh diri saya melainkan muka dan tangan.. (Semua soalan ini saya cuba jawab dengan keterangan yang paling ringkas dan mudah difahami oleh mereka..)


Dari situ, saya rasa sangat terharu kerana ramai di antara mereka yang masih tercari - cari kebenaran..  Hati saya menangis apabila mengenangkan, adakah saya akan dituduh tidak membawa mereka kepada Al-Haq di akhirat sana..  Moga Allah mengampuni dan mengasihani diri saya dan juga kalian..  Harapnya, Allah bagi saya kekuatan untuk sentiasa tegar beriman serta berjuang untuk mengajak manusia kepada keimanan kepadaNya..




Moga kita semua terpilih untuk berada dalam golongan kader - kaderNya..


May Allah bless us.. :)

Monday, February 22, 2010

~Alhamdulillah..Thanks to HIM

Alhamdulillah.. Akhirnya tiba juga diri ini di bumi Mouri.. Suasana yang sangat berbeza dengan Malaysia meyebabkan saya makin terasa keagunganNya.. Benarlah, untuk melihat kebesaranNya adalah melalui tadabbur alam, bermusafir melihat keindahan ciptaanNya, menatap kepelbagaian yang kadangkala tidak terlindas oleh minda kita..  Subhanallah..



'Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, Kemudian dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.

Dan Dia-lah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan[765], Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

Dan di bumi Ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.' (13:2-4)

[caption id="attachment_172" align="aligncenter" width="570" caption="Surau Univ"][/caption]

Penduduk New Zealand yang dikenali sebagai 'Kiwi' mempunya ciri - ciri yang tersendiri yang unik.. Masyarakatnya begitu bersopan.. Dan sentiasa bersedia untuk menolong jika diminta bantuan.. Cuma buat masa ni saya cuba untuk adapt accent penduduk di sini.. Accent NZ  agak pekat dan tebal dan kadang kala words pronounciation penduduk di sini, agak berlainan dengan yang saya selama ini dengar.. Moga Allah permudahkan segala urusan saya dan urusan kalian. :)

[caption id="attachment_173" align="aligncenter" width="570" caption="Daun berubah warna kepada putih memandangkan Autumn yang hampir tiba"][/caption]

Harapnya, dengan bermulanya langkah saya di NZ ini, peluang untuk saya meneruskan proses da'wah dan tarbiyah semakin terbuka luas..

Doakan saya ya.. :)

Tuesday, February 9, 2010

WISe 10 - VIVA Palestina: Pengalamanku Menjejaki Bumi Gaza

[caption id="attachment_160" align="aligncenter" width="339" caption="Viva Palestina ~ Jom ramai - ramai ke sana"][/caption]