Friday, June 1, 2012

Dan orang sekelilingku berpesan kepadaku...

Beberapa hari yang lalu, kakakku berpesan:

Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri ciri orang orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.. Sibukkanlah diri dengan ibadah, mudah mudahan ianya menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan..
Dan air mataku mengalir tanpa henti.

Dan adikku memberi semangat kepadaku dengan berkata,

"HasbunaAllahu wa ni'mal Wakil"
Translation: "Allaah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us)." [ref: Quran 3:173]
 Smile + Terharu + Sebak + Infinity perasaan bahagia. Indeed His word is true:

"Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." [ref: Quran 2:214]

Dan aku terjumpa.... ni:


 Betapa dekatnya mereka dengan Al Quran. I look back at myself, how regular I have spent time with His Kalamullah.

Sigh.. Banyak lagi nak kena improve ni. May Allah preserve and bless us.

p/s: Our exams are just around the corner. Please do pray for us here. Nervousssss >_<

Sunday, May 27, 2012

Ghuraba'



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.; "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
(H.R. Muslim)

“Indeed Islaam began as something strange. And it will return as something strange the way it began. So give glad tidings to the strangers”.

Monday, May 21, 2012

Sampaikanlah kami kepada Ramadhan :)

 
Jom tingkatkan amal dari sekarang!
Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR Thabrani no.7532)