Sunday, November 15, 2009

.::Segeralah berbuat kebaikan::.

Hisyam bin Ammar pernah meriwayatkan sebuah kisah dari Rabi' bin Kharrasy al-Abasy. Rabi' menceritakan, " Suatu hari adikku Ar-Rabi' bin Kharrasy sakit tenat.  Aku lalu menziarahinya.  Tidak lama selepas itu, dia meninggal dunia.  Lalu kami bergegas menguruskan jenazahnya.

allahuakbar


Ketika aku membuka penutup wajahnya, tiba-tiba jenazah adikku berkata "Assalamualaikum..."

Kami tersentak dan terkejut, lalu kami menjawab, "Waalaikumussalam.."

Kemudian aku bertanya, " Adikku, bukankah kamu telah meninggal dunia?"

"Ya, memang aku telah meninggal dunia.  Baru sahaja aku bertemu dengan Allah.  Allah telah memberikanku wangian dan angin serta udara yang segar.

Allah tidak marah.  Aku jua diberi pakaian yang dibuat daripada sutera yang berwarna hijau.

frozen-heart


Lalu Aku memohon kepadaNya agar diizinkan untuk memberi khabar gembira ini kepada kalian, dan Allah pun mengizinkanku.

Kenikmatan dan kehidupan selepas hidup di dunia ini benar-benar wujud.

Oleh kerana itu, bergegaslah kalian untuk berbuat baik, dekatkan diri kepada Allah sedekat-dekatnya, bergembiralah dan jangan sesekali lari dari rahmatNya." kata adikku.

Kemudian dia meninggal dunia semula.

~Tercatat dalam buku Al-Ba'ts dan juga terdapat dalam tulisan Ibnu Abid Dunya di dalam kitabnya Man'asya Ba'dal Maut~

Wednesday, November 11, 2009

Hidayah ~ Hadiah teristimewa dariNya

Pagi tadi, pakcikku ada bercerita sedikit tentang musibah yang melanda saudara kita di Padang..  Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi peluang keamanan, keselamatan dan kemakmuran kepada kita..

Setiap mehnah yang berlaku sebenarnya menghadiahi jutaan hikmah kepada diri kita..  Kerana Al-Khaliq itu Maha Tahu dan Maha Halus terhadap hamba-hambaNya..




[caption id="" align="aligncenter" width="417" caption="Padang"][/caption]

Balik semula kepada sedikit cerita pakcikku tadi, antara yang menyedihkan apabila bersama dengan salah seorang mangsa bencana ini, adalah apabila disebut tentang kekuasaan dan Rahimnya Allah ini, mereka membalas balik dengan berkata,

"Mana ada Tuhan, pak? Jika Dia ada, mengapa Dia bikin kita semua seperti ini?"

Mashaallah, begitu senang roh tauhid itu dicampak ke dalam hati manusia, maka dengan begitu mudah pula Allah mencabutnya dari jiwa kita..  Na'uzubillahiminzalik..

Bila mendengar cerita pakcikku ini, diri ini mula terfikir, sejauh manakah Aku menjaga hidayah yang diberikan olehNya kepadaku?

Tapi Aku bersyukur sekali, walaupun kadang - kadang Aku berlari meninggalkanNya, alpa dan lalai dariNya, tetapi Ar-Rahman tidak pernah sekali meninggalkan hambaNya ini..

Bila melakukan dosa, diberinya rasa bersalah dan ingin kembali kepadaNya..

Bila terlalu leka dengan kecantikan sementara dunia, disedarkan semula dengan embun kasih sayangNya..

Alhamdulillah, Allah masih sudi mengawasi diri ini setiap detik dan tidak pernah meninggalkan kita walaupun lebih singkat dari pantasnya kerdipan mata..

[caption id="" align="aligncenter" width="336" caption="Moga Allah memelihara kita"][/caption]

Namun benar, untuk mendapat hidayah Allah bukannya seperti magic, 'tink' ~ terus beriman..

Ia harus datang dengan usaha dan ikhtiar, berdoa dan munajat kepadaNya..

Tapi kita perlu ingat, hidayah itu bukan di tangan kita, tetapi berada dalam genggamanNya..

Seperti Abu Talib, orang yang sangat dikasihi Baginda SAW, beliau mati dalam keadaan kufur kepada Allah Taala..

Walaupun Nabi dengan terus menerus berbisik kalimah tauhid di telinga bapa saudara yang sangat dicintainya..

Namun Allah mahu menyedarkan kekasihNya bahawa Ya Muhammad, hidayah itu adalah di tanganKu, Aku yang berkuasa memberikan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan Aku berhak menariknya kembali..

Moga kita semua sentiasa berada di bawah pengawasanNya..  Sahabat, jagalah hidayah yang Allah hadiahkan kepada kita, kerana tidak semua orang dapat kelebihan ini.. Dan teruskanlah perjuangan kalian untuk meyebarkan hidayah ini kepada orang lain..

Moga kalian dirahmati sentiasa.. :)

Wednesday, October 28, 2009

- Ilmu : 1 Anugerah -

Antara nikmat terbesar dari Ar - Rahman kepada hambaNya yang bergelar manusia, adalah ilmu yang menjadi khazanah yang tidak pernah surut buat selama - lamanya..

Kerananya, para malaikat yang tidak pernah melakukan dosa dan ingkar kepada Pencipta, sujud kepada Bapa kepada semua manusia, Adam 'Alaihissalam yang hanya diciptakan daripada tanah..

Dan kerananya juga, kita terpilih untuk menjadi pemerintah dunia hingga ke akhir zaman..

Namun, jangan kita lupa..  Ilmu tanpa roh tauhid boleh membinasakan..  Boleh meruntuhkan tamadun yang megah, serta merosakkan manusia yang dahulunya sudah berikrar janji di alam azali untuk mentaati Allah SWT..


Bagaimanakah roh tauhid dicabut dari ilmu?  Bukankah ianya berasal dariNya?

Itulah orang - orang yang menuntut ilmu, tetapi bukan kerana mentaati perintahNya, malah bukan untuk meningkat ketaqwaan jiwa..

Tetapi kerana ingin mengejar matlamat duniawi yang hanya sementara dan sangat fana..  Memburu janji - janji manis dunia sehinggakan al haq dipisahkan daripada ilmu itu sendiri..

"Ialah, kalau kita tidak belajar, cercaan dan hinaan manusia sudah pasti menjadi pakaian kita.."

"Malah, kalau kita tidak belajar, nanti macam mana kita nak sara hidup kita sendiri?"

"Kalau belajar tinggi - tinggi, bolehlah dapat kerja yang hebat, jaminan gaji yang lumayan serta yang paling penting, semua orang akan mengagung - agungkan kita.."

Oleh sebab pemikiran dan pandangan manusia yang singkat dan hanya terhad kepada dunia sahajalah,

manusia terus - terusan belajar, namun tidak pernah mengenali siapakah sebenarnya pencipta ilmu..

Malah, semakin jauh dariNya..

Dan yang semakin parah, kemusnahan, kerosakan dan kebinasaan semakin berleluasa di alam ini..

Bukankah semakin kita berilmu, semakin kita tunduk kepadaNya, dan semakin mulia kita di sisiNya?

" Berdirilah kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat darjat orang - orang yang beriman di antara kamu dan orang - orang yang diberi ilmu beberapa darjat.  Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu lakukan.."  (58 : 11)

Moga Allah mengampun segala kealpaan kita serta menunjukkan kita kembali ke arah sabil yang diredhaiNya..

Pesanan buat diri yang tidak pernah terlepas dari kelemahan dan kesilapan ini serta untuk teman - teman yang sedang bertungkus lumus berjihad di medan ilmu, marilah kita bersama sama meraih ketinggian dan kemuliaan di dalam menuntut ilmu seperti yang dijanjikan olehNya..

Sesungguhnya, jalan untuk menuju ke jannah yang di luar batasan pemikiran manusia keindahannya tidak pernah dihamparkan permaidani merah ataupun pujian yang melangit daripada manusia..  Namun, kita akan meniti perjalanan yang meresahkan jiwa serta kadang kala kita mungkin rebah di tengah tengahnya..  Maka bangkitlah duhai teman, kerana janji yang pasti, sudah menunggu di penghujung jalanmu..  Wallahua'lam.

p/s : Mungkin post kali ini terlalu general dan sangat biasa untuk kita semua, namun harapnya ia menjadi salah satu stesen muhasabah kepada kita atau perhentian RnR sebelum kita kembali semula meneruskan musafir ini.. ;)