Wednesday, October 28, 2009

- Ilmu : 1 Anugerah -

Antara nikmat terbesar dari Ar - Rahman kepada hambaNya yang bergelar manusia, adalah ilmu yang menjadi khazanah yang tidak pernah surut buat selama - lamanya..

Kerananya, para malaikat yang tidak pernah melakukan dosa dan ingkar kepada Pencipta, sujud kepada Bapa kepada semua manusia, Adam 'Alaihissalam yang hanya diciptakan daripada tanah..

Dan kerananya juga, kita terpilih untuk menjadi pemerintah dunia hingga ke akhir zaman..

Namun, jangan kita lupa..  Ilmu tanpa roh tauhid boleh membinasakan..  Boleh meruntuhkan tamadun yang megah, serta merosakkan manusia yang dahulunya sudah berikrar janji di alam azali untuk mentaati Allah SWT..


Bagaimanakah roh tauhid dicabut dari ilmu?  Bukankah ianya berasal dariNya?

Itulah orang - orang yang menuntut ilmu, tetapi bukan kerana mentaati perintahNya, malah bukan untuk meningkat ketaqwaan jiwa..

Tetapi kerana ingin mengejar matlamat duniawi yang hanya sementara dan sangat fana..  Memburu janji - janji manis dunia sehinggakan al haq dipisahkan daripada ilmu itu sendiri..

"Ialah, kalau kita tidak belajar, cercaan dan hinaan manusia sudah pasti menjadi pakaian kita.."

"Malah, kalau kita tidak belajar, nanti macam mana kita nak sara hidup kita sendiri?"

"Kalau belajar tinggi - tinggi, bolehlah dapat kerja yang hebat, jaminan gaji yang lumayan serta yang paling penting, semua orang akan mengagung - agungkan kita.."

Oleh sebab pemikiran dan pandangan manusia yang singkat dan hanya terhad kepada dunia sahajalah,

manusia terus - terusan belajar, namun tidak pernah mengenali siapakah sebenarnya pencipta ilmu..

Malah, semakin jauh dariNya..

Dan yang semakin parah, kemusnahan, kerosakan dan kebinasaan semakin berleluasa di alam ini..

Bukankah semakin kita berilmu, semakin kita tunduk kepadaNya, dan semakin mulia kita di sisiNya?

" Berdirilah kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat darjat orang - orang yang beriman di antara kamu dan orang - orang yang diberi ilmu beberapa darjat.  Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu lakukan.."  (58 : 11)

Moga Allah mengampun segala kealpaan kita serta menunjukkan kita kembali ke arah sabil yang diredhaiNya..

Pesanan buat diri yang tidak pernah terlepas dari kelemahan dan kesilapan ini serta untuk teman - teman yang sedang bertungkus lumus berjihad di medan ilmu, marilah kita bersama sama meraih ketinggian dan kemuliaan di dalam menuntut ilmu seperti yang dijanjikan olehNya..

Sesungguhnya, jalan untuk menuju ke jannah yang di luar batasan pemikiran manusia keindahannya tidak pernah dihamparkan permaidani merah ataupun pujian yang melangit daripada manusia..  Namun, kita akan meniti perjalanan yang meresahkan jiwa serta kadang kala kita mungkin rebah di tengah tengahnya..  Maka bangkitlah duhai teman, kerana janji yang pasti, sudah menunggu di penghujung jalanmu..  Wallahua'lam.

p/s : Mungkin post kali ini terlalu general dan sangat biasa untuk kita semua, namun harapnya ia menjadi salah satu stesen muhasabah kepada kita atau perhentian RnR sebelum kita kembali semula meneruskan musafir ini.. ;)

Friday, October 23, 2009

.::Wacana Lepasan MATRI 2::.

Alhamdulillah, Allah telah mengizinkan diri ini untuk kembali menulis setelah sekian lama merehatkan jari - jari ini..

Untuk pesanan murabbi 2 ini, mungkin lebih sedikit berbanding yang Dato' Ustaz punye, sebab bila Sir yang  TERBAIK DALAM DUNIA ini berucap, saya susah sikit untuk mengalihkan mata darinya.

Seolah - olah terpegun dengan nasihat - nasihat yang sudah lama hati ini tertunggu-tunggu untuk mendengarnya..

[caption id="attachment_81" align="aligncenter" width="225" caption="...Sir Abdoh..."]...Sir Abdoh...[/caption]

Antara yang Sir pesan pada kami hari itu..

" Kita perlulah merasai bahawa kehilangan Islam adalah kehilangan segala-galanya..  Dan kita perlu merasa bertanggungjawab untuk kembalikan Islam ke mata dunia..

Oleh itu, janganlah sia-siakan potensi yang ada dalam diri antum.. Bangunkanlah Islam dan runtuhkanlah jahiliyyah..

Sepertimana kata Syed Qutb, 'Islam itu naik di atas keruntuhan jahiliyyah'.

Islam dihina kerana jahiliyyah bangun.

Dan kata Syeikh Mustafa Masyhur, ' Islam tidak redha orang - orang Islam berserah diri kepada waqi' (realiti).. Jika tiada waqi' Islam, maka kita mestilah menjadi waqi'.."

Inilah antara pesan Sir Abdoh pada kami semua pada hari tu.. Mukanya penuh harapan, harapan dan cita - cita yang tinggi agar kita semua, rijal - rijal pejuang Islam bangkit dari pembaringan, sedar dari asyiknya lena dunia dan bergegas berjuang, kerana kita perlu sedar bahawa masa kita sudah tinggal sedikit..  Sedangkan tangunggjawab yang menanti, tersedia menggunung di hadapan kita..

Moga Allah memberkati kita semua dan sentiasa sudi untuk membimbing kita ke arah jalan yang diredhaiNya..

p/s : Maaf sangat -sangat.. mungkin ini terlalu sedikit untuk dikongsi dengan kawan - kawan dan sahabat - sahabat semua.. Susah untuk menulis dan menggambar sesuatu yang kita rasa sangat emosional tentangnya.. Moga Allah menilai amalan yang sedikit ini..

Monday, October 12, 2009

.::Pesan murabbi ~ Wacana Lepasan MATRI::.

Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat dapat pergi wacana ni. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan Dato' Ustaz Dahlan dan Sir Abdoh.  Terima kasih ya Allah..

[caption id="attachment_83" align="aligncenter" width="300" caption="Wacana Lepasan Pelajar MATRI"]Wacana Lepasan Pelajar MATRI[/caption]

Sedikit yang saya boleh kongsikan bersama tentang apa yang Dato' Ustaz pesan kepada kami..

" Kekuatan kita adalah kekuatan Islam..Yang mana kekuatan inilah yang paling ditakuti dan digeruni oleh Zionis..  Dan yang paling penting, kita perlulah bergerak dan beramal dengan fikrah, kefahaman Islam yang jelas."

[caption id="attachment_86" align="aligncenter" width="300" caption=".:: Ikrar janji ::."].:: Ikrar janji ::.[/caption]

Pesan Ustaz lagi dalam sabda Rasulullah S.A.W..

"Jika hari ini kita sama seperti hari semalam, maka rugilah kita.. Maka gunakanlah masamu sebaiknya.. Sepertimana kamu bekerja di dunia seperti kamu hidup di dunia selama-lamanya dan kamu beribadah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari..  Yang pastinya, tidak mungkin kamu akan hidup selama-lamanya, tetapi jika kamu akan mati pada hari esok adalah kemungkinan yang sangat pasti..Maka utamakanlah akhiratmu.."

Dato' Ustaz juga berpesan..

" Hidup ini perlu ada tanzim/tersusun supaya kita tidak berada dalam kerugian.. Seimbangkanlah amalanmu, di mana ada masanya kamu bekerja, dan ada masamu solat, berzikir dan berwirid.."

[caption id="attachment_80" align="aligncenter" width="300" caption=".::Dato' Ustaz Dahlan..murabbi selamanya::."].::Dato' Ustaz Dahlan..murabbi selamanya::.[/caption]

"Hidup ini bukanlah masa untuk kita bermain-main..  Bersedialah kerana hari keberangkatan semakin hampir..  Carilah bekalan kerana safar kita jauh dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa..  Ringankanlah kesusahanmu yang berat kerana deen ini juga berdepan dengan kesusahan kerana keadan sekarang yang dikuasai oleh orang-orang yang zalim dan pemimpinnya dikuasai oleh orang-orang yang fasiq..Orang-orang yang mengajak kepada ma'ruf dizalimi dan disekat.. Oleh itu bersedialah! Jadilah arus perubah!"

[caption id="attachment_82" align="aligncenter" width="300" caption="~ Time makan pagi ~"]~ Time makan pagi ~[/caption]

Begitulah sebahagian pesan murabbi kepada anak-anak didiknya..  Peringatan yang berguna untuk selama-lamanya.. Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan untuk mendapat sedikit mutiara daripada ustaz yang mana sekarang ini sudah semakin sukar untuk saya mendapatkannya..

p/s : Insya Allah pesanan dari Sir Abdoh akan menyusul kemudian..Yang Dato' Ustaz Dahlan punye pun tak berapa lengkap sangat disebabkan saya asyik terkenang memori lama sewaktu mendengar nasihat ustaz.. ;)