Thursday, September 22, 2011

Tetapi teruskanlah!

Teringat kata kata dari seorang sister,

Jika kita tersalah jalan, maka kembalilah ke pangkal jalan. Jika kita sudah berada di jalan yang betul, tetapi banyak dugaan dan rintangan, maka janganlah berhenti tetapi teruskanlah perjuangan.

Indeed it is deep. Menusuk hati, memujuk untuk terus bersabar dan kuat. Jika kita tidak kuat, maka malulah kita kepada para generasi Al Quran yang lebih kuat dugaan dan cabarannya. Lagi malu kepada Ar Rasul, adakah kita sudah mengalah sedangkan ujian yang kita lalui hanyalah 0.0000000000.......001 daripada dugaan yang baginda lalui.

Kata seorang sister ku lagi,
Ujian itu ibarat tapisan Allah kepada kita, seperti mana tertapisnya bani Israel semasa mereka bersama sama dengan Talut untuk mengalahkan Jalut. Dan apabila sampai ke tapisan terakhir, bilangan pejuang yang bersama dengan Talut tinggal sangat sedikit. (Menurut tafsir Ibnu Kathir, dari bilangan 80 000 orang, hanya 4000 yang terpilih untuk teruskan perjuangan).

Tetapi adakah mereka merasa lemah dan kekurangan dengan kuantiti mereka yang sedikit?

Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". 
Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir". (2:249 - 250)

Dengan keteguhan iman, mereka bergerak menuju ke medan perjuangan dengan keyakinan yang sangat tinggi, bahawa rahmat Allah bersama mereka.

Dan Allah tidak pernah mensia siakan hambaNya yang sentiasa yakin dan berhajat kepadaNya:

Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. (2:251)

Sememangnya Allah itu tidak pernah meninggalkan kita. Dibaginya ujian untuk meningkatkan diri kita, tetapi dibaginya juga guidelines, pertolongan dan kekuatan dalam menghadapi ujian.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (29:2)

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (29:69)

Bagiku, Allah tu Maha Sweet. Allah bagi kita ujian, tetapi Allah juga yang bantu dan pimpin kita dalam menghadapi ujian tu supaya kita tidak jatuh dan lemah. Masha Allah. How grateful! 


Akhir kata, bak kata seorang sisterku lagi, sungguh kita tidak alasan untuk tidak patuh dan taat kepadaNya. Semuanya telah diberikan kepada kita dan tinggal kepada kita samada hendak terus tegar berjihad di atas jalanNya atau tidak. Selamat bermujahadah ! :)

Berjalanlah tanpa henti!


Sunday, September 18, 2011

Selama lamanya tidak akan pernah bersatu...

"Semakin kita perlu kepada dunia, semakin kita meninggalkan akhirat. Begitulah sebaliknya. Keduanya adalah keperluan yang tidak dapat disatukan..."

"Diantara kamu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat" (QS. 3 : 152)

-Halaqah Keluarga-

Saturday, September 17, 2011

Itu tandanya kamu tidak siap sebagai pahlawan di barisan hadapan :)

Akhi kenapa ya,
Berhenti berdakwah islam kerana nak tumpu pada kerjaya

Dengan senyum hangat,
saya cuba meneka
Sesungguhnya itulah ujian
Sesungguhnya itulah cubaan
bagi aktivis dakwah

Dia mendapat kerja
Gaji Tinggi
Posisi menggiurkan
Dan masa depan cerah,
Sementara dakwah
ia tidak pernah di gaji
Posisinya tidak pernah pasti
Dan masa depannya belum tentu cemerlang

Nah, kalau dia berhenti dakwah
itu tandanya ia tidak siap
menjadi pembela agama ini di barisan depan
[Abu Ridhwan]