Sunday, May 27, 2012

Ghuraba'



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.; "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
(H.R. Muslim)

“Indeed Islaam began as something strange. And it will return as something strange the way it began. So give glad tidings to the strangers”.

Monday, May 21, 2012

Sampaikanlah kami kepada Ramadhan :)

 
Jom tingkatkan amal dari sekarang!
Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR Thabrani no.7532)

Friday, May 11, 2012

Sudahkah kita berusaha membuangnya?

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)." (3:135)

Wednesday, May 9, 2012

Kasih dan Adilnya Dia :)

Semalam tanpa ku sangka, aku tidur agak lewat kerana mendengar penyampaian dari kak Fatimah Sharha atau yang selalu ku panggil Kak Ha dalam videonya Cafe Cinta di youtube. Yang paling aku tertarik adalah bagaimana kak Ha mengupas tentang 'adilnya dan kasihnya Allah terhadap hamba hambaNya :)

Kita memang tidak pernahkan minta kepada Allah,

Ya Allah, kurniakanlah aku oksigen yang cukup untuk aku bernafas setiap hari.  ATAU

Ya Allah, kepadaMulah aku meminta supaya kakiku sentiasa terlekat di tubuhku pada setiap hari, ATAU

Ya Allah peliharalah alam cakerawala ini supaya semuanya beredar pada paksi masing masing dengan baik.

Kita tidak pernah mintakan? Tetapi bagaimana sifat Ar Rahman Allah mengatasi segalanya. Yang Maha Halus dan Teliti terhadap kita dan memberi segalanya kepada kita even kita tidak minta.

Jadi bolehkah kita berkata, Allah itu tidak kasih pada hambaNya dengan memasukkan orang orang yang ingkar ke dalam neraka? Hurmmmm, kita tengok analogi yang Kak Ha cerita dalam videonya:

Ibarat kita sedang menjawab soalan peperiksaan, kita menjawabnya sambil lewa atau tidak menjawabnya langsung, sebab kita tahu, pensyarah/cikgu tu sayang kita dan pasti bagi kita full mark dalam exam kita.

Tapi adakah kita akan dapat full mark dalam exam yang kita jawab sambil lewa? Tak bukan? Dengan senang hatinya pensyarah/cikgu kita memberi markah 0 kepada kita, kan? Ini menunjukkan, dia bersifat 'adil kepada kita. Dan begitulah juga adilnya Allah terhadap hamba hambaNya. Kalau kita yang buat salah atau ingkar, kitalah sebenarnya yang zalim terhadap diri kita sendiri.

Allah hanya mahu yang terbaik kepada kita. Dia mahu hamba hambaNya mencapai kebahagiaan yang hakiki di sisiNya, jadi ditunjukNya jalan jalan ke arahnya. Dibentangnya peraturan peraturan dan larangan larangan supaya manusia sentiasa berada di atas jalan menuju kebahagiaan. Diberinya ujian kepada kita supaya kita sentiasa tertingkat pada pandanganNya dan dapat mencapai syurgaNya yang tertinggi, Firdaus. Kasihkan Allah kepada kita?

Kasih Allah melimpah ruah kepada kita, semuanya disediakan. Hanya tinggal kita untuk berusaha grab sebaik mungkin. Dan tidak dinafikan, hati kita ini sentiasa berbolak balik, sekejap rasa nak buat baik, sekejap rasa malas, sekejap rasa semangat, sekejap rasa down sikit, tapi insha Allah, kepadaNya kita bersandar supaya kita sentiasa tegar di atas jalan Al Haq ini.

Allah pun memang minta kita sentiasa mohon kepadaNya kan,

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (2:153)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (2:155)

Alhamdulillah, moga hari ini lebih baik dari hari hari sebelumnya insha Allah! :D 

Bantu akhawat kita

Copy pasted dari Intan (which is from kak Atiqah) :

Assalamualaikum wbkh. Im involved in a serious accident on the way to mount cook on 7 May. It was frosty, the road was hilly and icy with little snow around. It seems like the car break is not functioning, The car cud not be stopped, turn the other way round, rolling over into the river.My hp was lost during the accident, so i cannot contact anyone. My brother need to stay in the hosp for about one or two month.. Everybody in the car got broken fractured on many parts of the body except myelf. +64211361397 in case u want to know bout things here.Please do pray for me. I need to stay strong to face this.

Calling for a fundraising to cover the cost of billing in the hospital as NEW ZEALAND hospital bills is very expensive without any insurance

Ashraf will be in hospital for a month or more to assure complete recovery.

Their flight was cancelled. kak tiqah is a graduands from @the university of auckland and she is visiting auckland, in celebration of her autumn graduation, grads of BED TESOL (SECONDARY SCHOOL) IPBA.

ASHRAF is a police officer and a good brother. if you read this, pls pray that they will remain strong, patient and for a speedy recovery inshaAllah.
Kak Atiqah's bank acc no:
06 0158 0387946 00
N A NORDIN
Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (2:272)
Moga Allah bantu dan mudahkan segala urusan kak Atiqah dan keluarga insha Allah.