Sunday, July 24, 2011

Sunday, July 17, 2011

Ramadhan's Coming. Are you prepared?

Rasulullah saw bersabda:

"Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." -Hadis Riwayat Imam Bukhari-

Kelebihan yang Allah beri pada bulan Ramadhan:                           
  • syaitan dirantai  
  • pintu syurga dibuka

Rasulullah SAW sentiasa menunggu kedatangan Ramadhan seperti menunggu kekasihnya.
-kena siapkan diri untuk berjumpa kekasih yang agung sejak Syaaban.

Rasulullah telah buat 4 perkara untuk persiapan menghadapi Ramadhan:
  • Persiapan diri dengan banyak berpuasa
  • Persiapan diri dengan banyak membaca Al-Qur'an
  • Persiapan berdoa
  • Mengingati keutamaan - keutamaan Ramadhan


1. Siapkan diri dengan banyak berpuasa   
                                        
 Rasulullah saw berpuasa penuh selain daripada ketika Ramadhan ialah pada bulan Syaaban.
  • Baginda Rasulullah S.A.W banyak berpuasa pada bulan Syaaban
  • kita semua kena cuba, at least isnin dan khamis
  • kena latih diri untuk puasa
  • supaya inshaAllah akan ada semangat dan kekuatan yang lebih lagi
  • kadang kadang kita terlupa jika tidak berlatih puasa sedari awal
2. Siapkan diri dengan banyak membaca Al-Qur'an.

  • Salafus soleh berkata Sya'aban ialah bulan menjaga Al-Qur'an. Supaya dapat dibiasakan di bulan Ramadhan.
  • Kadang kadang terasa berat nak baca - penyebabnya adalah kerana hati banyak titik hitam.
  • Dengan membaca Al-Qur'an ia dapat menghilangkan karat karat dosa. Kita akan rasa seronok untuk baca Al-Qur'an.
  • Al-Qur'an memainkan peranan yang besar sehingga hati bersih - sehingga dapat cahaya Al-Qur'an. rujuk Al-Anfal ayat 2, org Mu'min, apabila disebut nama Allah, maka  gementarlah jiwanya.

3. Persiapan Doa

  • Berdoa beerti  mempersiapkan mental & hati.
  • Rasulullah SAW, jika telah memasuki bulan Rajab, baginda memanjatkan doa:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

“Allaahumma baarik lanaa fii rajab wasy-sya’baan, wa ballighnaa ramadhaan”

Ertinya: “Ya Allah! Berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan”.

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبارك لنا في رمضان

Ertinya: "Ya Allah! Berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya'ban, dan berkahi pula kami di bulan Ramadhan" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


  • Para sahabat Rasulullah SAW berdoa 6 bulan sebelum Ramadhan - semoga amal diterima.
  • Mesti banyak berdoa - Allahumma ballighna Ramadhan -Ya Allah, sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Ameen.

4. Mengingati keutamaan-keutamaan Ramadhan

  • kena sentiasa ingat keutamaan Ramadhan dan keistimewaan Ramadhan

~Salman Al-Farisi r.a. bertutur, "Rasulullah SAW berceramah kepada kami di akhir bulan Syaaban seraya berkata:

"Wahai manusia! Bulan yang agung telah menaungi kalian, bulan penuh berkah yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai amalan wajib, dan menetapkan qiyamullailnya (solat tarawih) sebagai Sunnah. Barangsiapa yang bertaqarrub kepadaNya dengan satu kebaikan (amalan wajib), ia bagaikan melakukan tujuh puluh kali amalan wajib di bulan lainnya. Bulan itu adalah bulan kesabaran dan pahala sabar adalah syurga. Ia adalah bulan berderma, bulan yang didalamnya rezeki orang Mukmin ditambah. Barangsiapa yang memberi menu berbuka  bagi orang yang brpuasa, maka hal itu akan mnjadi pengampunan bagi dosa-dosanya, mnjadi pembebasnya dari api neraka, dan akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang berpuasa tadi tanpa dikurangi sedikit pun."

Para sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Tidak semua dari kami memiliki makanan untuk diberikan kepada orang yang berpuasa."

Rasulullah mnjawab, "Allah akan memberikan pahala itu kepada orang yang memberikan makanan ifhtar walaupun dengan sebiji kurma atau seteguk air putih atau air yang dicampur susu. Bulan ini adalah bulan yang awalnya rahmah, pertengahannya adalah maghfirah, dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka. Kerana itu, perbanyakkanlah melakukan empat perkara.  Dua perkara mnyebabkan Rabb kalian redha kepada kalian dan dua perkara lagi membuat kalian tercukupi. Dua perkara yang pertama adalah kesaksian bahawa tiada Ilah selain Allah dan beristighfar kepadaNya. Dan dua perkara lainnya yang membuat kalian tercukupi adalah permintaan kalian terhadap syurga Allah dan perlindungan dari api neraka."

-Hadis Riwayat Imam Ibnu Khuzaimah, dan ia berkata bahawa khabar ini shahih. Al-Asbahani mencantumkannya dlm kitab at-Targhib dari Sulaiman, sedang al-Hafizh Ibnu Hajar dlm Fathul-Bari menilai dha'if para perawi-nya)-.

Semoga Allah hadiahkan hidayah, maghfirah, ilmu dan hikmah serta kesungguhan dalam beramal soleh, dan menjadi soleh serta musleh. ameen.  

ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN. ameen ya Rabbal 'alamin.

*rujukan buku dalam penyampaian halaqah keluarga : INDAHNYA RAMADHAN DI RUMAH KITA - tulisan Dr. Akram Ridha - share daripada K.Hanisah Hassan :)

Friday, July 1, 2011

Bryan Anderson dan Ar Raqib

Alhamdulillah, sudah 2 hari aku berada di kampung. Menziarahi atuk sebelah abah yang kurang sihat disebabkan jarinya yang terputus. Innalillah..

Dalam kesibukan melayan atuk, sempat lagi aku membelek belek majalah MIDI keluaran September 2009 yang ada di rumah atukku, dan sangat terkesan dengan sebuah kisah yang tercoret di dalamnya.

Kisah yang bagiku walaupun sangat simple, tapi sangat menyentuh hatiku.

~Bryan Anderson dan Ar Raqib~


Seorang wanita tua kelihatan berdiri di tepi jalan bersama kereta Mercedes dalam suasana menjelang senja, sejuk dan hujan gerimis. Seorang lelaki berkereta biasa lalu di jalan tersebut, ternampak wanita tua itu dan berhenti. Wanita tua itu menyedari kehadiran lelaki tersebut. Walaupun tersenyum, penampilan lelaki berkereta murah itu mencurigakan hatinya, dan kebimbangan menguasai perasaannya. Mungkin dia lelaki jahat. Mungkin dia perompak. Sudah beberapa jam dia tersadai di tepi jalan, dengan kereta Mercedesnya yang rosak, dan tiada sesiapa pun yang berhenti. Inilah orang pertama yang berhenti dan mendekatinya.

 Lelaki itu dapat membaca kecurigaan pada wajah wanita tua yang berdiri di tengah tengah kedinginan musim sejuk. Rasa simpati menyelubungi hatinya.

            "Saya yakin puan perlukan bantuan dan saya ingin membantu. Elok puan duduk di dalam kereta sebab di luar ni sangat sejuk sementara saya tengok apa yang tak kena dengan kereta ini. Nama saya Bryan Anderson."

Masalah wanita tua itu hanyalah tayar keretanya yang pancit, namun bagi seorang wanita tua, masalah tersebut bukanlah kecil. Bryan bertungkus lumus menukar tayar kereta Mercedes tersebut sehingga dingin musim sejuk ketika itu tidak begitu terasa. Tangannya terasa lenguh dan pakaiannya kotor. Sambil Bryan membaiki tayar, wanita tua itu sengaja membuka tingkap kereta dan bercerita.

          "Saya dari St Louis dan dalam perjalanan balik melalui jalan ini. Kalaulah awak tak tolong, tak tahulah apa jadi pada saya. Terima kasih sangat - sangat."

Bryan selesai menukar tayar dan hanya tersenyum mendengar celoteh wanita tua tersebut.

         "Berapa?"

Tanya wanita itu, kerana ingin membayar upah menukar tayar kereta mewahnya. Dia sangat bersyukur dan sanggup membayar berapa sahaja yang diminta oleh Bryan. Tidak bermakna wang ringgit berbanding dengan bantuan yang dihulurkan. Lebih lebih lagi keselamatan dirinya, seorang wanita tua yang tersadai di tepi jalan yang sunyi dalam suasana gelap dengan kereta mewahnya menggambarkan bahawa dia adalah seorang yang berada.

Bryan pula tidak terfikir apa apa melainkan ingin menghulurkan bantuan kepada manusia lain yang memerlukan. Baginya memberi bantuan dalam keadaan tersebut adalah tanggungjawab sesama insan, bukan sumber pendapatan. Tuhan telah menghantar ramai insan lain membantunya ketika dia memerlukan dan apa yang dilakukan hanyalah memperpanjangkan kebaktian yang telah banyak Tuhan berikan melalui insan lain.

            "Tak apa puan. Saya membantu ikhlas. Tapi kalau puan nak membayar juga... Yang saya minta ialah, perpanjangkanlah bantuan seperti ini bila puan berjumpa sesiapa yang perlukan bantuan.. Itu yang penting bagi saya..."

Bryan menunggu sehingga wanita itu selamat pergi dan hilang daripada pandangannya. Terasa sejuk tetapi kepuasan kerana dapat membantu wanita itu memenuhi hatinya sepanjang perjalanan balik ke rumahnya sendiri.

Wanita tua singgah di sebuah restoran kecil di stesen minyak tidak jauh dari tempat keretanya tersadai tadi. Seorang wanita pelayan restoran membawa tuala dan mengelap rambutnya yang basah semasa tayar keretanya pancit tadi. Senyuman pelayan itu kelihatan sangat tulus dan menyejukkan hatinya walaupun terasa agak janggal dengan layanan tersebut tetapi hatinya sangat terharu. Matanya terarah ke perut pelayan itu sedang mengandung sekitar lapan bulan. Hati wanita tua bertambah tersentuh kerana dalam keadaan sarat mengandung, pelayan tersebut tidak langsung menggambarkan keletihan, malah memberi khidmat yang luar biasa.

             "Macam mana seorang yang dalam keadaan ini boleh terfikir untuk memberi layanan terbaik kepada seorang asing yang langsung tidak dikenal..."

Hati kecil wanita tua ini berbicara. Hari itu dia bertemu dengan insan insan yang istimewa. Tiba tiba dia teringat kepada Bryan Anderson.

Selepas makan, dia membayar dengan sekeping wang USD100. Wanita tua sudah pun keluar dari restoran apabila pelayan tadi membawa wang baki. Pelayan yang dalam keadaan terpinga pinga itu, ternampak sapu tangan di atas meja yang tertulis sesuatu. Dia melihat dengan lebih dekat. Air mata tergenang di mata pelayan tersebut apabila membaca apa yang ditulis oleh wanita tua tadi:

             "Tiada apa yang perlu awak kembalikan kepada saya. Saya pernah berada dalam keadaan yang terdesak dan Tuhan telah menghantar seseorang untuk membantu. Saya hanya ingin memperpanjangkan kebaktian dan kasih sayang yang Tuhan pernah berikan kepada saya melalui insan lain. Ini untuk awak dan kalau awak ingin membayarnya balik, yang saya minta hanyalah - perpanjangkanlah rantaian kebaktian dan kasih sayang sesama insani...."

Di bawah sapu tangan tersebut ada empat keping wang USD100.

Hatinya tertanya tanya, bagaimana wanita itu tahu keadaan mereka yang memang sedang sangat terdesak wang dengan bayinya yang bakal lahir sebulan lagi.

Sampai di rumah, selepas menghabiskan kerja syif malam itu, suaminya sudah tertidur dengan wajah yang kelihatan sangat letih setelah bekerja mencari rezeki sepanjang hari sebagai seorang mekanik biasa di bengkel kereta. Dia membayangkan beban yang dipikul suaminya. Kerana itu dia sendiri gagahkan semangat untuk bekerja di restoran bagi meringankan bebanan rumah tangga mereka yang baru berusia setahun jagung dengan penuh kasih sayang. Dia mencium lembut pipi suaminya sambil berkata perlahan lahan:

             "Jangan risau, suamiku. Semuanya akan okey. Aku mencintaimu, Bryan Anderson."

Demikian satu kisah yang berlaku di satu daerah kecil di muka bumi ciptaan Allah. Allah yang Ar Raqib yang Maha Mengawasi dan Maha Memelihara hamba hambaNya tidak pernah terlepas pandang terhadap apapun. Dia yang Ar Raqib terserlah dalam kisah di atas. Bryan Anderson yang berhati mulia nampak keresahan pada wajah wanita tua yang dalam kesusahan lalu memperpanjangkan bakti dan kasih sayang walaupun dalam keadaan yang sangat terdesak. Ar Raqib mengawasinya dan memeliharanya. Bisikan di hati wanita tua ditiupkan semasa isterinya yang sarat mengandung memberi khidmat terbaik dalam tanggungjawabnya di restoran kecil sehingga hajat dan keperluan mereka terkabul. Semuanya bahagia memberi dan menerima.

Hiduplah semangat dan inspirasi Ar Raqib dengan memerhati, mengawasi dan memelihara orang lain bukan untuk mencari aib atau kesalahan tetapi untuk menjamin keselamatan dan kebahagiaan sesama insan.

Benarlah firman Allah yang bermaksud:

             "Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu (Raqib)." [An Nisa' : 1]