Wednesday, December 5, 2012

Fear not :)

Sometimes it is the pain that makes you stronger :) 
But fear not, for He is always by your side to help you the way through.

"Do men think that they will be left alone on saying, "We believe", and that they will not be tested?" [29:2]

"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah is with those who do right." [29:69]


-Near Combe Martin Bay, Ilfracombe, North Devon England. The beach is unquestionably amazing, masha  Allah. I love the sea, I love the tranquilty and calmness that I felt when strolling along the beach. Can I see you again beautiful? :)

Smile or tears :)

Indeed they are His. Why dont you ask Him? :)


O Allah, please make us stronger when storms come and make us grateful when happiness shines upon us :)

p/s: I fall in love again and again with his beautiful smile. Indeed kids are 'qurratul a'yun' (coolness of the eyes) <3

Tuesday, October 30, 2012

Is it that hard?

Saya teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorang doktor yang bekerja di Ireland semasa kami bersama sama dalam sesi sharing. Dia bercerita:

"Bila kita cakap pasal dakwah ni, ana teringat tentang satu pengalaman yang terjadi pada ana. Masa tu ana sedang bersembang sembang dengan seorang kawan baik ana yang asalnya Arab Saudi. Ana tanya padanya:

"What's your opinion about da'wah, brother?"
"Ooo da'wah? It is very hard. You know, first you have to be an ustaz or syeikh to do it. Then you have to ask permission from your family to go outside to do da'wah and after that you have to travel to convey da'wah to people. It is very hard brother. I dont think I can do it." He replied.
"I see. Then, do you remember that every Friday morning sharp at 5.30, you always send me a text about hadeeth Ar Rasul p.b.u.h? And you never forget to send it to me." I asked him again.
"Yeah brother. I remember that. I even do it until now." He replied.
"Then, my brother, that is da'wah. The message that you send to me every Friday is da'wah that you give to me. Do you remember that the Prophet p.b.u.h once said: "Convey even one ayah from me." That is how we do da'wah. We call people to Allah 'azza wa jalla. We dont have to be an ustaz to do it. Or ask family's permission and go travelling to do da'wah. We just do what we can do within our limitations and ability. :)"
"Masha Allah! At last I know that I do something good to this deen. I have contributed something even though it is so small. Alhamdulillah, I feel really good. Thanks brother."

-Saya tidak tahu mengapa, tapi saya tersenyum bahagia mendengar kisah ini. Betapa Allah sebenarnya banyak memudahkan kita dari membebankan. Allah Maha Mengetahui segala kekurangan dan ketidak mampuan kita, malah Allah memberi segala galanya untuk memudahkan kita menunaikan tanggungjawab kita di dunia ini.

Seriously, hati saya berbunga bunga kerana kisah ini menyuntik semangat kepada saya, "Ianya bukan sesuatu yang sukar bagi orang orang yang khusyuk mahu melakukannya. Kerana ia dilakukan kerana cinta kepadaNya." :)

Thursday, October 11, 2012

Reflect our iman!

Kadang kadang urusan dunia yang tidak pernah habis, boleh memenatkan dan melemahkan jiwa kita.  Mungkin pada awalnya semuanya diniatkan lillahi taála. Tapi lama kelamaan, apabila niat tidak diperbaharui dan dimuhasabah, dan iman tidak direcharge semula, iman mungkin menunjukkan tanda tanda kejatuhannya. Samada kita sedar atau tidak, iman yang lemah terlakar dalam peribadi dan hidup seharian kita.

Jadi apakah tanda tanda lemahnya iman?

Jom kita check =)

1) Terus terusan melakukan dosa.
Mula mula kita takut takut nak buat dosa, namun lama kelamaan, kita rasa selesa membuat dosa yang sama sehingga ianya menjadi habit kita. Dan yang paling teruk sekali adalah apabila kita berbangga dengan dosa tersebut. Astaghfirullah.

2) Hati menjadi keras

"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi." (2:74)
 
Apakah tanda hati kita menjadi keras? Apabila ayat ayatNya dibacakan, hati kita tidak tersentuh dengan amaran amaranNya tentang neraka. Tidak rasa hendak mengejar syurga apabila kalamNya menceritakan keindahan dan kenikmatan syurga. Dan juga apabila ayat pengampunan dan ganjaran pahala dibacakan, kita tidak terasa urgent untuk mengejar peluang tersebut.

3) Tidak khusyuk dan bersungguh sungguh dalam beribadah.
Inilah golongan yang Allah ceritakan:

"Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas.."(4:142)

Kalau nak solat atau untuk menjalankan ibadah, mereka akan bermalas malasan dan bertangguh tangguh dalam melakukannya. Kalau sedang solat atau berdoa atau sedang menjalankan apa apa ibadah lain, mereka akan cepat cepat habis melaksanakannya. Hatinya menerewang memikirkan kerja ni yang belum siap lagi, kerja itu yang masih tertangguh dan itu serta ini. Dan tidak berusaha untuk khusyuk dalam ibadahnya.

"Allah does not accept the duá of one whose heart is heedless of Him" (n.b At Tirmizi)

Malah, tidak mempunyai perasaan untuk mengejar pahala yang Allah janjikan kepada kita sekiranya kita beramal. Astaghfirullah :(

4) Cepat mood swing dan stress
Kita berasa cepat terasa hati dengan kesalahan sedar atau tanpa sedar dari orang sekeliling kita. Kita tidak mampu untuk berlapang dada dan bertolak ansur dengan saudara kita. Selain itu, kita juga cepat berasa tertekan dan merungut walaupun dengan sekecil kecil dugaan yang menimpa. 

5) Sentiasa lalai dari mengingatiNya

" dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali." (4:142)
Zikrullah menjadi perkara yang sangat susah baginya. Jika berdoa, cepat cepat mahu dihabiskan doanya.

6) Tidak berasa marah apabila melihat mungkar

7) Tidak peduli isu ummat
Kadang kadang kita tidak perlu memandang jauh antara negara dan benua. Tapi perhatikanlah saudara saudara yang berdekatan kita. Sihatkah mereka? Bagaimana keadaan mereka hari ini? Adakah mereka ada di dalam doa doa kita? Iman yang lemah boleh menyebabkan kita hanya mementingkan diri sendiri meskipun dengan menghadirkan sahabat dan saudara dalam doa kita. Sedeqah dan bantuan? Lagilah jauh.

8) Tidak berasa bertanggungjawab untuk bekerja untuk deen
Bekerja untuk deen ini hanya mampu dirasakan oleh orang yang benar benar cintakan Allah, RasulNya dan Islam.  Dan iman yang mendalamlah yang mendorong kita untuk menyebarkan deen ini ke seluruh pelusuk dunia. Kita tidak mampu berdiam diri apabila jahiliyyah menjajah dan memilikinya segala galanya. Tapi iman yang lemah akan berkata: "Ada saya kisah Islam ni jatuh ke tidak? Taknaklah penat penat untuk bersusah payah untuk buat kerja kerja deen ni. Alahhh orang lain ramai lagi. Yang penting saya hidup bahagia dan tak ganggu orang lain." Sighhh -_-"

9) Dan banyak lagi.......

Tapi setakat inilah dulu. Kalau hendak disenaraikan semuanya, memang agak panjang. Tetapi untuk setakat ini, kita ambil peluang ini untuk berteleku dan muhasabah sejenak, adakah ttanda anda ini dalam diri kita? Jika ada, maka cepat cepatlah kita mengejar ampunanNya yang seluas langit dan bumi. :) 

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa." (3:133)

Eh ape lagi? Jomlah! :D

Nota kaki: Minta maaf ye adik adikku. Akak terlambat tunaikan janji. Barakallahu fik :)
Rujukan: 
[1] Weakness of Iman. It's signs of weakness, causes and cures. By Sh. Muhammad Salih Al Munajjid
[2] Diseases of The Hearts & Their Cures. By Sh. Ibn Taimiyyah

Its your way of life :)

Scene 1
Venue: London

Classmate of mine texted me:

Classmate : Hey Farah, the lecturer has approved all my papers enrolment. He sent an email to me same 
                 as yours. Haha
Me          : Good on you! Thank God at last everything gets sorted now. :)
Classmate : Feel relieved huh! Maybe you can have beer on Friday night. :D
Me          : Sorry man, I cant join you. Drinking is forbidden in Islam. :)
Classmate : I knooooow. Hahaha.
Me          : What? Sighhh -_-"

Islam is not just a religion. But it is a belief in your heart which colors your way of life completely :)

Scene 2
Venue: Palmerston North

I remembered one of my friends said to me:

"Farah, you are such a nerd girl. You dont enjoy your life. You dont have fun with partying and drinking after struggling with all these studies and things. You are weird. Hehe."

I just smiled and said:

"How do you know I dont enjoy my life. I love my life now. I am having fun with doing things that my God loves. Because I believe everything I get in the past, present and future is all from Him, so would it be wrong if I just show my little tiny gratitude towards Him in my prayers, worships and doing things that He loves."

"You would do anything for the One you love arent you? So same here :) "


Ukhuwwah fillah?

Semalam merupakan hari yang agak -so so- pada saya. Selepas 40 minit perjalanan ke Central Mosque London, saya singgah ke kedai buku di dalam masjid untuk membeli buku kepada kawan yang bakal melangsungkan walimah pada akhir tahun ini.

Setelah selesai membeli, saya bergerak ke prayer area  untuk solat Zohor. Selepas solat zohor, beberapa muslimah berselisih atau  *secara kasarnya, menjerit jerit kepada salah satu sama lain* tentang kerusi yang berada di pintu prayer area. Seorang wanita mempertahankan kedudukan kerusi tersebut di pintu masuk dan seorang lagi memarahi wanita tersebut kerana kedudukan kerusi tersebut mengganggu jemaah lain yang hendak masuk ke kawasan solat. Saya dan beberapa jemaah lain yang baru selesai solat hanya memerhatikan suasana yang agak kurang menyenangkan. Mungkin melihat keadaan yang semakin tegang, beberapa muslimah yang sudah selesai solat berusaha untuk meleraikan perselisihan tersebut.

Saya dan beberapa jemaah lain berasa agak kecewa dengan keadaan yang berlaku. Saya teringat satu hadis Rasul s.a.w:

"Iman is patience and tolerance."

dan bukankah juga Nabi s.a.w pernah bersabda:

"Tidak beriman seorang kamu melainkan dia mengasihi saudaranya sendiri melebihi dirinya sendiri." (H.R Bukhari dan Muslim)

Saya terfikir, bagaimana umat Islam dapat bersatu sedangkan isu kecil seperti ini pun senang bergaduh. Sighhh.

Saya teringat murabbi berkata cinta kita kepada saudara kita bukanlah cinta biasa biasa. Tapi satu cinta yang dibina atas dasar keimanan yang benar. Dan untuk mendapatkan cinta yang luar biasa, maka mestilah melalui proses pendidikan iman yang luar biasa juga.

Sighhh. Rasa betapa banyaknya yang masih perlu diperbaiki.
Islah nafsaka wadú ghoirak! Marilah baiki diri sendiri dan ajaklah yang lain :)

-And I spent the whole day yesterday reflecting upon this matter. Couldn't say much, but  it was a lesson that engraved deep inside my heart yesterday. Astaghfirullah. O Allah, please strengthen our iman and preserved us from lies of syaithan.-

Tuesday, August 28, 2012

Bantulah yang memerlukan :)

..Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan infaqkan? Katakanlah: "Infaqkanlah - apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir. (2:219)


Saturday, July 21, 2012

Kejarlah ahsana 'amalaa di dalam bulan ini


Khutbah Rasulullah pada akhir bulan Sya'ban untuk menyambut Ramadhan.

Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah  dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya hari-hari yang utama, malam-malamnya malam-malam yang paling utama, dan saat-saatnya  saat-saat yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan olehNya. Di bulan ini nafas-nafasmu dihitung sebagai tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitabNya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin (golongan faqir dan miskin). Muliakan orang yang lebih tua dari kamu, sayangi yang lebih muda, sambungkanlah tali persaudaraan, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal dipandang dan pendengaran dari apa yang tidak halal didengar. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu-waktu solatmu karena itulah saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih sayang. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeruNya, menyambut mereka ketika mereka memanggilNya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepadaNya.

Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai oleh perbuatanmu, bebaskan dirimu dengan istighfarmu. Punggungmu berat oleh beban-bebanmu, ringankan dengan lamanya sujudmu.

Ketahuilah! Sesungguhnya Allah swt bersumpah dengan kemuliaanNya untuk tidak menyiksa orang-orang yang solat dan orang-orang yang sujud, dan tidak mencampakkan mereka ke dalam api neraka pada hari manusia dibangkitkan menuju Tuhan alam semesta.
Wahai manusia! Barangsiapa di antara kamu memberi makanan buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diampuni dosa-dosanya yang lalu.

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, tidak semua kami mampu berbuat demikian”. Rasulullah saw bersabda: Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah swt memberi pahala kepada orang yang beramal sekalipun sedikit, jika ia benar-benar tidak mampu melakukan lebih dari itu.”

Wahai manusia! Siapa yang memperindah akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melintasi sirathal mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan beban pekerjaan pembantu dan pegawainya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaanNya di hari Kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murkaNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barangsiapa  yang memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa denganNya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan di bulan ini Allah akan menghubungkan dia dengan kasih sayangNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim di bulan ini, Allah akan memutuskan ia dengan kasih sayangNya pada hari ia berjumpa denganNya. Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan mencatat baginya kebebasan dari api neraka. Barang siapa melakukan solat fardhu, baginya ganjaran 70 kali solat fardhu di bulan yang lain. Barangsiapa memperbanyak selawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa membaca satu ayat al-Quran di bulan ini, ganjarannya seperti mengkhatam al-Quran pada bulan lainnya.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mohonlah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Tuhanmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. (Fadhail Al-Asyhur Ats-Tsalatsah, hlm 79)

*Ahsana 'amalaa : Amal2 yang terbaik.
As copy pasted and edited from Link

Tuesday, July 17, 2012

Sabar ya



After Zuhr prayer today, while I was making duaa, suddenly I felt like someone pat my shoulder softly and she whispers, "Sabar ya, sabar ya." 


I was suprised, and immediately opened my eyes. I was not realized that I was being watched by an Indonesian lady. I finished my duaa properly and then I looked at her with a forced smile on my face. I asked her, "Eka, why did you say that to me? Is it because my face was so intense just now?" 


She just smiled and said, "Yeah, you look like you have so many things in your mind, banyak berfikir ya lihatnya. And your face looked so sad."


If it just two of us in Massey Islamic Center, I would have cried in front of her. But I tried to be strong and took a deep breath. "I am thinking lots of things lately. Thanks for your nasihah. I feel a little bit relief now, alhamdulillah. Thank you so much Eka."  While holding my tears, we shook hand and say salam.


I feel like Allah sent my feelings that burden my heart to her. It's like Allah's consoling my grief gently and be the shoulder that I can hold on and put my tears.


Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mengetahui. (67:14)



"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang termampu olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (2:286)


"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (94:6-7)


A piece of what happened earlier today. Please do pray for me. I really do need your intense duaa :)

Monday, June 18, 2012

Reminder of the day :)

Crying doesn't make you weaker, it just shows you are not strong enough to keep the feeling anymore.

When you cries for Him, surely your heart feel cleansed and purified. Your view becomes clearer and wider.


Friday, June 8, 2012

:)


"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu" (Wana, 2011)

Friday, June 1, 2012

Dan orang sekelilingku berpesan kepadaku...

Beberapa hari yang lalu, kakakku berpesan:

Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri ciri orang orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.. Sibukkanlah diri dengan ibadah, mudah mudahan ianya menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan..
Dan air mataku mengalir tanpa henti.

Dan adikku memberi semangat kepadaku dengan berkata,

"HasbunaAllahu wa ni'mal Wakil"
Translation: "Allaah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us)." [ref: Quran 3:173]
 Smile + Terharu + Sebak + Infinity perasaan bahagia. Indeed His word is true:

"Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." [ref: Quran 2:214]

Dan aku terjumpa.... ni:


 Betapa dekatnya mereka dengan Al Quran. I look back at myself, how regular I have spent time with His Kalamullah.

Sigh.. Banyak lagi nak kena improve ni. May Allah preserve and bless us.

p/s: Our exams are just around the corner. Please do pray for us here. Nervousssss >_<

Sunday, May 27, 2012

Ghuraba'



Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.; "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
(H.R. Muslim)

“Indeed Islaam began as something strange. And it will return as something strange the way it began. So give glad tidings to the strangers”.

Monday, May 21, 2012

Sampaikanlah kami kepada Ramadhan :)

 
Jom tingkatkan amal dari sekarang!
Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR Thabrani no.7532)

Friday, May 11, 2012

Sudahkah kita berusaha membuangnya?

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)." (3:135)

Wednesday, May 9, 2012

Kasih dan Adilnya Dia :)

Semalam tanpa ku sangka, aku tidur agak lewat kerana mendengar penyampaian dari kak Fatimah Sharha atau yang selalu ku panggil Kak Ha dalam videonya Cafe Cinta di youtube. Yang paling aku tertarik adalah bagaimana kak Ha mengupas tentang 'adilnya dan kasihnya Allah terhadap hamba hambaNya :)

Kita memang tidak pernahkan minta kepada Allah,

Ya Allah, kurniakanlah aku oksigen yang cukup untuk aku bernafas setiap hari.  ATAU

Ya Allah, kepadaMulah aku meminta supaya kakiku sentiasa terlekat di tubuhku pada setiap hari, ATAU

Ya Allah peliharalah alam cakerawala ini supaya semuanya beredar pada paksi masing masing dengan baik.

Kita tidak pernah mintakan? Tetapi bagaimana sifat Ar Rahman Allah mengatasi segalanya. Yang Maha Halus dan Teliti terhadap kita dan memberi segalanya kepada kita even kita tidak minta.

Jadi bolehkah kita berkata, Allah itu tidak kasih pada hambaNya dengan memasukkan orang orang yang ingkar ke dalam neraka? Hurmmmm, kita tengok analogi yang Kak Ha cerita dalam videonya:

Ibarat kita sedang menjawab soalan peperiksaan, kita menjawabnya sambil lewa atau tidak menjawabnya langsung, sebab kita tahu, pensyarah/cikgu tu sayang kita dan pasti bagi kita full mark dalam exam kita.

Tapi adakah kita akan dapat full mark dalam exam yang kita jawab sambil lewa? Tak bukan? Dengan senang hatinya pensyarah/cikgu kita memberi markah 0 kepada kita, kan? Ini menunjukkan, dia bersifat 'adil kepada kita. Dan begitulah juga adilnya Allah terhadap hamba hambaNya. Kalau kita yang buat salah atau ingkar, kitalah sebenarnya yang zalim terhadap diri kita sendiri.

Allah hanya mahu yang terbaik kepada kita. Dia mahu hamba hambaNya mencapai kebahagiaan yang hakiki di sisiNya, jadi ditunjukNya jalan jalan ke arahnya. Dibentangnya peraturan peraturan dan larangan larangan supaya manusia sentiasa berada di atas jalan menuju kebahagiaan. Diberinya ujian kepada kita supaya kita sentiasa tertingkat pada pandanganNya dan dapat mencapai syurgaNya yang tertinggi, Firdaus. Kasihkan Allah kepada kita?

Kasih Allah melimpah ruah kepada kita, semuanya disediakan. Hanya tinggal kita untuk berusaha grab sebaik mungkin. Dan tidak dinafikan, hati kita ini sentiasa berbolak balik, sekejap rasa nak buat baik, sekejap rasa malas, sekejap rasa semangat, sekejap rasa down sikit, tapi insha Allah, kepadaNya kita bersandar supaya kita sentiasa tegar di atas jalan Al Haq ini.

Allah pun memang minta kita sentiasa mohon kepadaNya kan,

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (2:153)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (2:155)

Alhamdulillah, moga hari ini lebih baik dari hari hari sebelumnya insha Allah! :D 

Bantu akhawat kita

Copy pasted dari Intan (which is from kak Atiqah) :

Assalamualaikum wbkh. Im involved in a serious accident on the way to mount cook on 7 May. It was frosty, the road was hilly and icy with little snow around. It seems like the car break is not functioning, The car cud not be stopped, turn the other way round, rolling over into the river.My hp was lost during the accident, so i cannot contact anyone. My brother need to stay in the hosp for about one or two month.. Everybody in the car got broken fractured on many parts of the body except myelf. +64211361397 in case u want to know bout things here.Please do pray for me. I need to stay strong to face this.

Calling for a fundraising to cover the cost of billing in the hospital as NEW ZEALAND hospital bills is very expensive without any insurance

Ashraf will be in hospital for a month or more to assure complete recovery.

Their flight was cancelled. kak tiqah is a graduands from @the university of auckland and she is visiting auckland, in celebration of her autumn graduation, grads of BED TESOL (SECONDARY SCHOOL) IPBA.

ASHRAF is a police officer and a good brother. if you read this, pls pray that they will remain strong, patient and for a speedy recovery inshaAllah.
Kak Atiqah's bank acc no:
06 0158 0387946 00
N A NORDIN
Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan. (2:272)
Moga Allah bantu dan mudahkan segala urusan kak Atiqah dan keluarga insha Allah.

Sunday, April 15, 2012

Forgive me o Allah.

Song that makes my heart cries.


Forgive me by Maher Zain
 
I'm about to lose the battle and cross the line
I'm about to make another mistake
And even thought I try to stay awake
everything around me keeps dragging me in
I can't help thinking to myself what if my time would end today, today,
today,
Can I gaurantee that I will get another chance before it's too late, too
late, too late

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent, repent, repent

Am I out of my mind?
What did I do?
Oh, I feel so bad
And everytime I try to start all over again
my shame comes back to haunt me
I'm trying hard to walk away but temptation is surrounding me
I wish that I could find the strength to change my life before it's too
late, too late, too late

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent

I know, Oh Allah, you're the most forgiving
And that you promised to always be there when I call upon you
So now I'm standing here ashamed of all the mistakes I've committed
Please don't turn me away and hear my prayer when I ask you to

Forgive me
My heart is so full of regret
Forgive me
Now is the right time for me to repent

Thanks na. Such a reminder :)

Saturday, February 25, 2012

Sweet escape ;)

Haish, dah lama aku menyepi. Ni baru rasa nak tulis balik :D

Berdebar juga bila nak masuk tahun ni. Aku terfikir, apakah warna warna yang akan menghiasi hidupku tahun ini.

Ahlan wasahlan pada adik adik yang baru datang ke palmy. Walaupun bandar Palmy ni mungkin tidak semegah Auckland atau Wellington, tapi insha Allah, setiap yang Allah tetapkan kepada kita mesti ada kebaikan yang tak terhitung kepada kita :)

Dan selepas seminggu beramah mesra dengan adik adik junior yang datang ni, aku, kak fairuz, kak ain dan mardhiah cabut lari *eh ye ke term ni?* ke Tongariro. Ade offer murah pula time tu, jadi kami dengan senang hatinya tanpa ingat apa apa terus took the offer dan alhamdulillah, jejak juga kaki kami di Tongariro. >__<



Tongariro ni dekat dengan kawasan Mount Ruapehu. Jadi alhamdulillah, after driving for around 2 hours, kami check in hotel. Dan sebelah petangnya kami bersiar siar di bandar Ohakune dan hiked for 2 hours ke Waitonga Falls.

Tussock Grove, tempat kami menginap.


Bandar Ohakune

Bertolak ke Waitonga Falls!
Masa bersiar siar di Ohakune, semua orang melambai lambai tangan kepada kami dan sambil bersorak "Hello. Where yous come from?" Dan orang yang naik kereta di jalanan pun sorak "Hi" kepada kami. Kami cuma tersenyum pelik sambil duk terfikir, mungkin orang orang di sini jarang menerima pelawat pelawat muslim agaknya :)

Jalan baru seminit, rehat sejam. Hehehe


Hutan dan bukit di sini memang sangat tak sama dengan di Malaysia sebab di sini siap ada track untuk hiking yang mana ianya sangat memudahkan orang awam * terutamanya yang spesis macam aku yang kurang bersukan ni * dan selamat insha Allah :)

Dan setelah berjalan jalan selama 1 jam lebih, kami pun tiba di Waitonga falls.
Hiking track

Mount Ruapehu :)

Berehat di tepi Waitonga Falls.

Bila kami berjalan jalan ni, hatiku teringat ingat kata seorang akhawat,

Alam ini ibarat Quran yang terbentang luas. Yang mana tanda tanda cintaNya terserlah di mana mana sahaja.
Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al ankabut : 20)

Indeed, it is true. Alhamdulillah, aku rasa summer escape ni adalah hadiah dariNya untuk kami. Bukan sekadar untuk mengeratkan lagi ukhuwwah di kalangan kami sahaja, tapi dalam masa yang sama escape ni adalah sebagai therapy semangat untuk permulaan tahun ni :)

Akhir kalam, moga Allah mudahkan segala urusan kita insha Allah!