Thursday, October 11, 2012

Ukhuwwah fillah?

Semalam merupakan hari yang agak -so so- pada saya. Selepas 40 minit perjalanan ke Central Mosque London, saya singgah ke kedai buku di dalam masjid untuk membeli buku kepada kawan yang bakal melangsungkan walimah pada akhir tahun ini.

Setelah selesai membeli, saya bergerak ke prayer area  untuk solat Zohor. Selepas solat zohor, beberapa muslimah berselisih atau  *secara kasarnya, menjerit jerit kepada salah satu sama lain* tentang kerusi yang berada di pintu prayer area. Seorang wanita mempertahankan kedudukan kerusi tersebut di pintu masuk dan seorang lagi memarahi wanita tersebut kerana kedudukan kerusi tersebut mengganggu jemaah lain yang hendak masuk ke kawasan solat. Saya dan beberapa jemaah lain yang baru selesai solat hanya memerhatikan suasana yang agak kurang menyenangkan. Mungkin melihat keadaan yang semakin tegang, beberapa muslimah yang sudah selesai solat berusaha untuk meleraikan perselisihan tersebut.

Saya dan beberapa jemaah lain berasa agak kecewa dengan keadaan yang berlaku. Saya teringat satu hadis Rasul s.a.w:

"Iman is patience and tolerance."

dan bukankah juga Nabi s.a.w pernah bersabda:

"Tidak beriman seorang kamu melainkan dia mengasihi saudaranya sendiri melebihi dirinya sendiri." (H.R Bukhari dan Muslim)

Saya terfikir, bagaimana umat Islam dapat bersatu sedangkan isu kecil seperti ini pun senang bergaduh. Sighhh.

Saya teringat murabbi berkata cinta kita kepada saudara kita bukanlah cinta biasa biasa. Tapi satu cinta yang dibina atas dasar keimanan yang benar. Dan untuk mendapatkan cinta yang luar biasa, maka mestilah melalui proses pendidikan iman yang luar biasa juga.

Sighhh. Rasa betapa banyaknya yang masih perlu diperbaiki.
Islah nafsaka wadĂș ghoirak! Marilah baiki diri sendiri dan ajaklah yang lain :)

-And I spent the whole day yesterday reflecting upon this matter. Couldn't say much, but  it was a lesson that engraved deep inside my heart yesterday. Astaghfirullah. O Allah, please strengthen our iman and preserved us from lies of syaithan.-

No comments:

Post a Comment