Sunday, December 5, 2010

Sabar itu I.N.D.A.H. :)

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" (2 : 155)

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa." (2 : 177)

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (2: 214)

"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?" (3:142)

"Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh ramai orang-orang yang taat kepada Allah, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar."(3:146)

Tuesday, November 30, 2010

Share : Senyum sikit : Oh BMWku :)

Seorang lelaki memandu BMW 7 Series barunya yang merelit. Aura kereta berjenama dunia itu benar-benar mengujakannya. Sedang dia menikmati suasana itu tiba-tiba sebuah kereta lain yang dipandu laju menggesel bahagian kanan kereta mewahnya dengan teruk. Dia membrek dengan serta merta lalu berhenti di tepi jalan. Dia bergegas keluar melihat kesan kerosakan yang dahsyat. Dia menjerit-jerit melampias kemarahan sambil menunjuk kesan kerosakan pada keretanya. Apabila seorang anggota polis trafik tiba dia segera menghambur kemarahannya,

” Tengok kerosakan ini, tahu berapa saya perlu bayar untuk bimmers saya ini ?”

Anggota polis itu kehairanan melihat lelaki ini,

”Saudara...kamu begitu ambil berat tentang kereta, tetapi kenapa tidak tengok tangan kamu yang hampir hancur ?”

Lelaki itu tersentak dan memandang kepada tangannya yang parah. Dia menjerit dengan kuat,

”Ohhh...jam Rolexku !!!!!”

Moral of the story;
1.Cinta dunia menjadikan manusia lupa diri, lupa keluarga dan lupa prinsip.
2.Manusia sibuk memburu dunia sehingga lupa diri, keluarga dan agama.
3.Putus tangan itu lebih sederhana jika dibandingkan dengan musnah diri, hancur sebuah perkahwinan, berantakan sebuah keluarga dan haru biru di dalam masyarakat.
4.Dunia perlu bagi kita sebanyak yang mungkin tetapi letakkannya di tangan jangan di dalam hati.
5.Dunia di tangan mudah menginfakkannya. Mudah untuk sabar dan redha sekiranya terlepas dari genggaman : Hilang dunia bukan hilang segala-galanya.
6.Dunia di dalam hati mebuahkan bakhil bin kedekut, rasa diri musnah apabila hilang dunia : Hilang dunia hilang pertimbangan
7.Belilah kereta buatan Malaysia...


**Cerita hanya jenaka, tiada kaitan dengan sesiapa sahaja samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia...
 
Share daripada : Abu Ridhuan

Sunday, November 21, 2010

Heart is the shelter of iman

Iman itu sifatnya yazid wa yanqus.
Dan aku sangat takjub denganNya. Sentiasa mendengar kehausan hati ini. Tatkala ku mendambakan sentuhanNya, Dia datangkan padaku sesuatu yang menakjubkan, yang membuatku tersedar.

Alhamdulillah 1000x!

Pagi ni kakakku berkongsi dengan kami semua sesuatu yang menyegarkan balik jiwa ini, yang membuatku rasa teruja untuk berkongsi dengan kalian.

"Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada." (22:46)

Aku takut.. Masih celikkah hati ini?
Dapatkah aku memiliki hati yang dengannya, ku dapat memahami?
Siapakah pemilik hati - hati ini?

Dialah yang mana hatinya tenang apabila mengingati Allah
Lisannya bergetar bertasbih apabila melihat keagunganNya.
Dialah paling bersegera melakukan kebaikan.
Paling berwaspada dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.
Dialah orang yang paling jauh dari maksiat.
Hatinya tunduk menjadi hamba apabila yang menghadap Rabbal 'Alamin.
Menerima segalanya dengan redha dan memahami segala yang berlaku dengan kefahaman berteraskan iman.

Hati yang lembut adalah nikmat iman sementara hati yang keras adalah hati yang jauh dariNya.
Justeru siapakah yang menglembutkan hati-hati ini?

Dari sekeras-keras hati kepada selembut lembut hati.
Dari hati yang tidak pernah mengenal makruf kepada hati yang tunduk menjadi hambaNya.
Dari hati yang angkuh terhadap suruhanNya, kepada hati yang tunduk kepadaNya.

"Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata." (39:22)

Periksalah hati kita. Adakah dia sihat atau sedang sakit?
Sepertimana setiap penyakit ada tingkatan-tingkatannya, begitulah juga hati yang sedang sakit.

Jika ianya sakit, setakat manakah keseriusannya?

Peringkat 1 : Hati menjadi jelek (sudah mula dihinggapi penyakit)

"Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran)" (2:10)


Peringkat 2 : Hati yang keras 


"Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan." (6:43)

Peringkat 3 : Hati yang menjadi batu


"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (2:74)

Peringkat 4 : Hati yang tertutup


"Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan." (83:14)

"Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu". (6:25) 


Peringkat 5 : Hati yang mati


"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman."

"(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (2 : 6 - 7)

Atau adakah hati kita tergolong dalam golongan yang bergetar apabila disentuh dengan firmanNya? 


"Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka," (22:35)

Diagnoslah hati kita. Dan lihatlah preskripsinya dalam kalam cintaNya..
Moga Allah jaga kalian :)

Thursday, November 18, 2010

Kem Minda Kreatif 2010

Salam alaik semua :)

Jom manfaatkan cuti kita!
Insha Allah KMK 2010 ni ada di setiap negeri, jadi walau di mana anda berada di Malaysia (exc Sabah dan Sarawak) insha Allah anda boleh join program ni :)

Ni contoh brochure KMK 2010 di Penang :





Jom!
Jumpa anda di sana :D

Tuesday, November 9, 2010

- Reminder of the day -

Kita akan berasa sempit apabila memikirkan kitalah yang memulakan
dan mengakhiri dakwah ini. Tetapi apabila kita memikirkan kita ini
hanyalah satu mata daripada mata-mata rantai yang panjang, kita akan
bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada
orang yang akan menyambung perjuangan kita. Orang... itu tidak lain tidak
bukan ialah GENERASI PEMUDA - UDMZ

Wednesday, October 20, 2010

Exam dan exam

 Copy paste dari Saudara Hilal Asyraf.
http://ms.langitilahi.com/motivasi-exam-dan-exam/

Ada orang buat request artikel berkenaan peperiksaan. Hem.
Jadi saya fikir, saya buat satu post berkenaan dengannya. Dengar kata, musim exam sudah semakin hampir untuk pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Yakah? Saya dengar sahaja. Sebenarnya, Jordan pun sudah hendak mula exam.
Tetapi saya biasanya tak fikir sangat periksa.
Namun itu tidaklah menjatuhkan martabat kepentingan peperiksaan.
Periksa tetap penting. Walaupun saya tak fikir sangat fasal periksa.
:-)
Sekadar teringat akan bicara Ibrahim Jawarneh.
Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal(peperiksaan pertama) bagi maddah(pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.
Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.
Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:
“Antum allaziina la yakhafuunallah!”
Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”
Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.

Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?
Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.
Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.
“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”
Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”
Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”
Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.
Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!”
Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.
Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!”
Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?”
Pelajar itu diam.
Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”
Dan tiada siapa lagi yang bersuara.

Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh-sungguh.
Sebenarnya, apa yang saya nak bawakan bukanlah peperiksaan sangat. Yalah. Apa guna saya cakap fasal peperiksaan kalau studi pun tidak sungguh-sungguh.
Pokok pangkalnya pun, kalau saya hendak cakap fasal peperiksaan, tetap saya kena cakap fasal studi sungguh-sungguh bukan? Apa tips menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari studi sungguh-sungguh?
Fahamkah kamu maksud ayat ini:
“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159.
Mengapa selepas berazam, terus disebut tawakkal? Di manakah ‘usaha’?
Ahah! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini?
Maksudnya, sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu(dalam hal kita ini adalah score exam), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga. Apakah tawakkal? Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata? Tidak. Tidak dan tidak.
Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita adalah satu tawakkal juga.
Tidakkah anda melihat?

Sunday, October 10, 2010

Konvensyen Pembangunan Ummah 2010

Tema:
"Bersama Menangani Permasalahan Ummah"

Anjuran:
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (HALUAN) Malaysia dengan kerjasama Masjid Putra, Putrajaya

Pengenalan:
Konvensyen merupakan wadah penting untuk memacu budaya ilmu selain perkongsian pengalaman melalui diskusi ilmiah dan bersistematik. Selain itu, konvensyen juga amat bermanfaat kerana menjadi jambatan penghubung antara NGO dengan pihak luar untuk bersama-sama berkongsi pandangan dan pendapat demi kemaslahatan masyarakat sejagat. Di samping itu, konvensyen juga merupakan wadah terbaik untuk mencipta peluang kepada ahli panel, NGO serta orang ramai mengemukakan idea-idea baharu serta pendapat ke arah pengukuhan organisasi-organisasi NGO. Konvensyen ini juga antara lainnya dapat menjadi medan interaksi dengan tokoh-tokoh dalam dan luar negara yang aktif memberi sumbangan dan khidmat kepada masyarakat di arus perdana mahupun global.

Objektif:
1. Mewujudkan suasana interaksi antara NGO dan masyarakat.
2. Meningkatkan pengetahuan dan maklumat semasa berkaitan dengan pembangunan ummah.
3. Mengenalpasti peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat terhadap isu-isu semasa ummah.

Penyertaan:
Penyertaan ke Konvensyen Pembangunan Ummah terbuka kepada ahli-ahli HALUAN, wakil-wakil NGO dan kakitangan kerajaan serta orang ramai seramai 250 orang.

Bidang:
Ekonomi | Pendidikan | Sosial | Dakwah | Isu-Isu Semasa

Yuran Penyertaan:
RM 250.00 (Dewasa)
RM 100.00 (Pelajar)

Hubungi:
Dr. Hj. Azizan Ahmad | +6014 327 1290
Prof. Madya Dr. Hjh. Wan Muhaizan | +6019 262 8007

http://konvensyen.haluan.org.my/

Monday, September 27, 2010

PESANAN ALMARHUM USTAZ DAHLAN BIN MOHD ZIN SEMPENA DUA DEKAD MATRI

24 Mei 2008
Maktabah MATRI

Realiti hidup kini, gaya hidup di dunia dewasa ini adalah kesan kemajuan sains dan teknologi serta pengetahuan kemajuanmaddi (kebendaan) telah membuka seluas-luasnya ruang bagi gaya hidup selesa dan senang–lenang.

Antaranya, kemudahan menggunakan alatan moden telah memberi peluang kepada manusia untuk hidup selesa, rasa lazat, nikmat penuh keseronokan. Realiti ini memberi kesan mendalam kepada jiwa, tambahan pula dalam suasana Islam ghurbah(asing). Fenomena ini bukan fenomena biasa. Keadaan ini membawa implikasi buruk kepada aqidah umat Islam dan syari’at Islam. Kesan buruk ini juga terkena kepada kehidupan umat Islam yang ingin menjadikan Islam itu sebagai malakah.

Fenomena ini menjadi satu gaya hidup, jadi satu SISTEM HIDUP yang akhirnya menjadi anutan, menjadi IDEOLOGI SYARIAT HIDUP yang baru. Maka sistem ini sentiasa ditonjolkan, didakyahkan melalui proses perundangan dan lain-lain. Kesannya Sistem Hidup Islam dipandang sepi.

Hakikatnya keadaan ini melambatkan atau menghalang kerja-kerja Islam, usaha-usaha untuk memahami Deen Allah. Gelombang ini bukan terkena kepada masyarakat Islam sahaja, tetapi terkena juga kepada da’ie yang bekerja dan berjuang melaksanakan kerja-kerja Islam.
Kata Syeikh Abd Rahman Khalid, fenomena ini adalah gejala ILHAD (freethinker). Gejala ini perlu dirawat segera. Gejala ini nampak jelas di negara yang kaya; di negara-negara Teluk. Jika kita teliti dengan lebih mendalam, gaya hidup ini merupakan ‘trend’ untuk memuja, merasai ‘izzah dengan tamadun maddi. Kita juga terbawa-bawa arus, diseret, ditarik, dicampak bersama-sama dalam arus maddi ini.

Kita akan diganyang umpama makanan binatang buas. Kita umpama buih air bah, menempel di tepi arus. Sekarang yang dibawa arus adalah ketamadunan maddi bukan Islam. Islam tiada dalam arus kehidupan kini.

Bagaimana untuk merawat?

Proses rawatan tidak akan berlaku secara kebetulan. Kita perlu memahami bahawa semua ini berlaku kesan daripada kegagalan dalam Perang Salib. Mereka menggunakan Harb Fikriyyah dan melepaskan gelombang Ilhadiyyah. Semua ini perlukan rawatan segera.

Kita perlu segera memikul taklif Rabbani, melaksanakan tanggungjawab kebajikan.

Ùˆَجَآءَ Ù…ِÙ†ۡ Ø£َÙ‚ۡصَا Ù±Ù„ۡÙ…َدِينَØ©ِ Ø±َجُÙ„ٌ۬ ÙŠَسۡعَÙ‰ٰ Ù‚َالَ ÙŠَÙ€ٰÙ‚َÙˆۡÙ…ِ Ù±Øªَّبِعُواْ Ù±Ù„ۡÙ…ُرۡسَÙ„ِينَ (٢٠ )

“Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya: “Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu”

 (Yaasin : 20)

Sifat segera menyahut Dakwah Rasulullah SAW secara amali serta praktikalnya. Sebaik sahaja kita mendengar Dakwah Harb ini kita terus membuat persediaan merekrutkan diri kita untuk melaksanakan tugas Dakwah dan Tarbiyah tanpa tangguh atau menunggu rangsangan luar.
  
Tugas-tugas Dakwah dan Tarbiyah dilaksanakan segera:

·         Tanpa disuruh
·         Tanpa diawas
·         Tanpa dipantau
·         Tanpa dipuji

Jauh daripada mengharapkan insentif, bintang gelaran atau apa jua ganjaran maddi.

Dia memahami tanggungjawabnya, digerakkan oleh hati yang beriman kepada Allah SWT. Sebagaimana kata Syed Qutb konsep segera ini adalah dorongan sebenar fitrah suci penuh dengan iman yang mana seseorang itu tidak boleh bertangguh lagi. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan realiti serba menakutkan ini.

Apabila iman subur, ia akan cergas, sensitif dan tidak akan mampu berdiam diri melihat keadaan mungkar berlawanan dengan hukum Allah.

Muhammad Qutb dalam Manhaj Tarbiyah Islamiah menyatakan istijabah iaitu respons bertindak cepat, lahir daripadama’rifah hayyah. Ma’rifah hidup subur, sentiasa penuh kecergasan. Ma’rifah ini bertentangan dengan jumud, mati atausattiyah (cetek), tidak berperanan, tidak beri kesan dalam realiti kehidupan. Ada tetapi umpama tiada.

Ada perbezaan di antara ma’rifah nadzariyyah (teori semata-mata) dengan ma’rifah hayyah. Ma’rifah ini hidup subur lahir dari lubuk hati, memahami tuntutan dakwah yang haq. Dia meyakini memberi kebahagiaan kepadanya di dunia dan juga di akhirat.

Yang bermain dalam fikiran sahaja berbeza daripada yang lahir daripada iman. Sekiranya ditatbiqkan (dilaksanakan) meyakini beri kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Katanya lagi, jika kita memiliki hati yang hidup subur dengan iman, memadai cukup dengan memberi isyarat sahaja dia boleh beri idea, berfikir dan terus dilaksanakan. Dia tidak duduk diam menunggu orang lain mengingatkannya. Dia akan bertindak sendiri tanpa perlu arahan atau tunggu disuruh, tanpa maathirah tau’iyah (dorongan luar) yang berupa insentif, pujian atau menanti ‘mood’ yang sesuai.

Bagi yang yakin dengan janji Allah SWT, semua itu bukan pendorong sebenar. Keyakinan dengan janji Allah SWT, mardhatillah itulah dorongan yang sebenar. Ini tidak bermakna kita sama sekali tidak memberi hak kepada naluri kita; perut yang lapar perlu dikenyangkan dengan makanan.

Apabila takut kepada Allah SWT lebih daripada yang lain, seseorang itu dapat berkhidmat dengan lebih ikhlas kerana Allah SWT semata-mata.

Naluri ingin memiliki kita jadikan wasilah agar menjadi ibadah. Kita hendak akhiratkan yang dunia dan akhiratkan yang akhirat. Harta dijadikan ibadah, zakat dijadikan sunnah, sedekah jariah dilazimi kerana apabila matinya anak Adam putuslah amalannya kecuali 3 perkara:

·         Ilmu yang bermanfaat
·         Sedekah jariah
·         Doa anak yang soleh

Sabda Rasulullah SAW : Apakah bahagianmu dari hartamu wahai anak Adam kecuali apa yang kamu makan lalu habis, atau baju yang kamu pakai lalu lusuh atau harta yang kamu sedekahkan lalu kekal menjadi milikmu. (Riwayat Muslim)

Tetapi semua ini sukar untuk dilaksanakan jika tidak dilatih. Hati perlu sentiasa dipujuk, diasuh dan dididik. Seperti apa yang berlaku kepada Kaab bin Malik dalam peperangan Tabuk. Kita perlu ikrahatun nafs, perlu paksa jiwa kita supaya tunduk kepada apa yang disukai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW: Tidak sempurna iman kamu sehingga keinginannya itu ikut apa yang aku bawa. (HadithSahih)

Itulah tahap keimanan yang tinggi.

Sebagaimana kata generasi awal:

“Kami adalah satu kaum yang didatangkan iman terlebih dahulu daripada Al-Quran.”

Almarhum Ustaz Dahlan Mohd Zin
24 Mei 2008

Tuesday, September 7, 2010

Tanda Manfaat Ramadhan

Petikan dari blog Brohamzah :

Tanda kita mendapat manfaat Ramadhan.

Suatu hari, ada seorang teman bertanya. Apa kah tanda kita mendapat kejayaan dalam bulan Ramadhan sekiranya kita melakukan dengan penuh keimanan dan pengharapan keampunan Allah SWT.

Maka saya teringat, pesan seorang murabbi. Antara tanda Ramadhan kita berjaya ialah segala amalan yang kita lakukan dan laksanakan di bulan Ramadhan, berjaya diteruskan dengan ISTIQAMAH dan TEKUN di bulan yang lain.




Tengah berkira-kira.. 
Oh masih banyak yang belum dilaksanakan! Adess

Monday, September 6, 2010

Syukur masih sempat..

Alhamdulillah masih lagi dipinjam nyawa..
Alhamdulillah masih lagi berpeluang taat kepadaNya..
Alhamdulillah masih dapat lagi nikmat ukhuwwah dan kasih sayang..
Alhamdulillah masih lagi dapat lihat keindahan ciptaanNya..


Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah!


Kalau nak senarai lagi memang tak habis nak tulis kat sini.. :)
RahmatNya memang infiniti!


Terima kasih Ya Allah!


Mata yang masih tak mengantuk..Dah pukul 2.31 pagi..
Hurm, petanda untuk berdua-duaanNya??

Awak dah nak pergi ye?

Awak dah nak pergi ye?
Tunggula dulu..Saya tak puas lagi.. Banyak benda lagi yang saya nak buat dengan awak..
Menyesalnya tak hargai awak betul betul! 
Tup tup tup, awak da nak pergi dah! 


Tunggula..Tunggula..Tunggula..



Serius kali ni saya kurang sangat masa dengan awak..Yang paling takut bila teringat ingatan cinta dari RasulNya :

"...Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin.” Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: “Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!” Maka aku berkata: “Amin.”...."(H.R Bukhari)

Saya termasuk dalam golongan ni ke? Hati diam bergolak..Takut nak jawab.. 
Perasaan bercampur baur.. 

Lagi berapa hari ye?
Sempat tak kalau saya buat ini dan itu? 



Awak belum pergi lagi, tapi saya dah nangis tak sanggup lepaskan awak..
Boleh janji ke kita jumpa lagi nanti?
Saya tak lupakan awak.. Ingat tu..
Saya sentiasa ada di sini, insha Allah.. Melainkan sudah sampai masanya saya kembali balik pada tuan saya..



Kalau awak datang lagi, saya akan buat yang lebih baik, Insha Allah!

p/s : Ya Tuhan, ampunkanlah ghaflah hambaMu ini..
Sempatkan lagi Ya Rahman, untuk ku bertemu dengannya, kekasih yang membawaku kepadaMu..

Ingatan untuk aku, kamu dan dia.. Come on, be aggressive!!

Saturday, September 4, 2010

Bila kulihat mereka..

Bila kulihat mereka..
Ku kesedihan. Hidayah itu benar-benar milikNya..
Dengan mudahnya Dia meminjamkan, dan juga dengan mudahnya Dia mengambil kembali..

Moga Aku dan kalian tetap thabat di atas jalanNya, meskipun kita penuh kekurangan yang mana jika dibandingkan dengan nikmatNya yang Maha Sempurna, sungguh, siapalah kita sebenarnya..



"Demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia." (74:31)

Friends




Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (8 : 63)

Hanya kepadaNya ku memohon.. Moga Allah tautkan hati-hati kami dalam menegakkan syiarMu.

Tuesday, August 31, 2010

Rayuan derma Pakistan

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “. (63:10)



Fastabiqul Khairat! :)

Friday, August 27, 2010

Bersediakah?



Umiku bertanya kepadaku soalan yang membuatku terfikir panjang..

Moga Allah sentiasa pimpinku ke jalanNya.. Walaupunku selalu tersasar kerana lupa, aku harap Dia sentiasa sudi memapahku kearahNya kembali..

Your heart's longing to worship GOD

Selepas menghantar abah di Auckland, aku pulang ke Palmy dengan bas. Aku duduk di sebelah seorang makcik yang dalam lingkungan 60-an. Makcik ni boleh dikatakan sangat peramah. Kalau boleh nak bersembang denganku sepanjang-panjang 8jam dari Auckland ke Palmy. Aku sangat penat sebenarnya, tapi demi meraikan makcik tadi, aku gagahkan jua mataku untuk segar berbual dengannya.

Dalam perbualan kami, kami banyak berbual tentang keluarganya, dan kadang-kadang dia bertanya pendapatku tentang New Zealand. Selang masa yang aku tidak berbual dengannya, aku membaca buku hadis 40 yang kuselitkan dalam Al-Quran yang ku pegang erat sepanjang perjalanan. Makcik itu hanya memandangku. Sejurus selepas aku habis membaca hadis, makcik itu bertanya, "It's that Quran?" Aku agak terkejut. "You know Quran?" Aku bertanya. Dia mengangguk. Dia bertanya lagi," Is Quran written in Arabic words? Can you read it?" Aku membalas, "Yep, Quran is written in Arabic words, but yes we can read it. You want to hear it?" Makcik itu berkata, "Yes, I'd love to listen to you."

Kemudian aku membacakan untuknya beberapa potong ayat dari surah Isra' yang menceritakan tentang sirah Rasul dengan kaum musyrikin yang ingkar dan ego tidak mahu mendengar ajakanNya. Makcik itu sangat kagum dengan ayat-ayatNya.. "I really love listening to you. Their words are soft and beautiful to ears." Selepas itu, makcik itu memintaku untuk menterjemah ayat-ayat yang ku baca. Dengan terkial-kial, aku cuba sedaya upaya untuk menterjemahkan ayat-ayatNya yang kubaca kepada makcik  itu.

Makcik itu berkata, "Yes, it's also written in our bible as well." Aku bertanya kepadanya, adakah dia selalu baca kitab bible, dan dia berkata, "Yes, I always read my bible. You know, your heart always longing to worship God. You feel empty if you don't have Him. And that is what i see in Kiwi people. They don't worship God, but because of their hearts really yearn for something that they can worship to, so that's why they worship wine, sport and ...(saya tak ingat yang ketiga tu apa, maaf sangat2)" And because of that, they are very poor in attitude. They want to do everything in their own way. And always oppose what God says. That's what i feel so irritating about them..

Aku terdiam, dan sebenarnya memang majoriti penduduk New Zealand adalah atheis. Aku teringat dalam kalamNya :

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? (55:29-30)

Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma).  Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (47:38)




Hatiku berfikir lama.. Sesungguhnya memang benar seperti firmanNya, kita semua sentiasa berhajat kepadaNya. Kerana  Dialah pencipta kita, dan kita memang diciptakan untuk sentiasa berhajat kepadaNya. Masha Allah.

Moga aku dan kalian sentiasa dalam redhaNya, ameen ameen.

Ibrah dalam safar

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasihNya, dapat juga ku bertemu dengan insan yang sangat ku kasihi yang sanggup datang dari Malaysia, untuk melihat bagaimanakah keadaanku di sini. Travel bersamanya banyak memberi pengajaran kepadaku. Alhamdulillah.

Boleh dikatakan kami travel seluruh New Zealand (roughly). Dari Auckland, ke Palmerston North, Wellington, Christchurch, Queenstown, dan Dunedin (Bandar-bandar besar di NZ). Alhamdulillah, banyak sangat yang Allah permudahkan.

Sepintas dalam perjalanan :

Banyak yang Allah permudahkan. Dia seorang yang sangat penyabar. Dalam travel kami (semasa drive) banyak kali jugakla kami diherdik oleh orang-orang yang kurang sabar. Tapi dia hanya bersabar dan cuba mencari di manakah kesalahannya.



Dimurahkan rezeki yang halal. Alhamdulillah sepanjang perjalanan, bila sudah sampai masa untuk berbuka, Allah temukan kami dengan restoran makanan halal. Dan juga semasa di Queenstown, kami dibelanja oleh Brother Adem dari Turki. Kami berbuka bersama beliau dan juga keluarganya.


Tanda-tanda keagunganNya tampak sungguh pada alam yang sangat cantik dan indah. Yang membuatku terfikir, Ya Allah jika makhlukMu ini sudah seindah ini, apatah lagi PenciptaNya. Subhanallah Allahu Akbar!









Usaha selari dengan doa dan tawakkal. Aku nampak sungguh hal ini dalam dirinya. Usahanya yang bersungguh walaupun sekecil-kecil usaha dalam membaca peta, merancang perjalanan dengan penuh teliti, tapi seiring dengan doa yang tidak putus-putus kepadaNya. Membuatku muhasabah kembali diriku. Oh bagaimanakah hubunganku dengan Dia?

Dalam perjalanan kami, sempat kami duduk sekejap untuk sama-sama saling ingat kepadaNya, menyegarkan kembali jiwa yang kehausan dengan peringatan dan tazkirah. Aku diingatkan kembali bahawa pentingnya tarbiyah. Walaupun sudah berkali-kali aku dengar, namun hatiku basah. Jiwaku menitis, aqalku senyap, kembali berfikir muhasabah diri.

Aku teringat satu peristiwa semasa kami di Queenstown, sewaktu kami sedang enak menghayati pemandangan indah Lake Wakatipu, seorang warga UK meminta tolong kerana keretanya kehabisan bateri. Dan dia tanpa ragu-ragu terus menolong pemuda tersebut sambil berkata kepadaku , "Insya Allah, kalau kita tolong orang, Allah tolong kita. Aku tersenyum. Indahnya nikmat iman :)

Alhamdulillah 100x! Terima kasih abah sebab datang melawat kakak. Insya Allah kakak cuba jadi yang terbaik! :)

Tuesday, August 17, 2010

KONVENSYEN PEMBANGUNAN UMMAH

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."(13:11)

BERSAMA MENANGANI PERMASALAHAN UMMAH


22-24 OKTOBER 2010


AUDITORIUM MASJID PUTRA PUTRAJAYA


ANJURAN


PERTUBUHAN HIMPUNAN LEPASAN


INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (HALUAN)


KERJASAMA


MASJID PUTRA, PUTRAJAYA


PENGENALAN

Konvesyen merupakan wadah yang penting bagi meningkatkan ilmu, pengalaman melalui perbincangan secara ilmiah dan berstruktur. Ia juga amat bermanfaat kerana menjadi jambatan hubungan antara NGO dengan pihak luar yang mana dapat bersama-sama memberi pandangan dan pendapat demi kebaikan masyarakat seluruhnya. Konvensyen juga merupakan wadah yang terbaik untuk memberi peluang kepada ahli panel, NGO dan orang ramai mengemukakan idea-idea baru serta pendapat yang bernas kearah mengukuhkan organisasi seperi HALUAN. Antara lain konvensyen ini juga akan dijadikan medan pertemuan dengan tokoh-tokoh dalam Negara mahupun luar Negara yang aktif dalam memberi sumbangan khidmat kepada masyarakat peringkat nasional mahupun antarabangsa.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan suasana interaksi antara NGO dan masyarakat.

2. Meningkatkan pengetahuan dan maklumat semasa berkaitan dengan pembangunan ummah.

3. Mengenalpasti peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat terhadap isi-isu semasa ummah.

PESERTA SEMINAR

Peserta seminar ini terbuka kepada ahli-ahli HALUAN, wakil-wakil NGO dan kakitangan kerajaan serta orang ramai seramai 250 orang.

TEMA

Bersama menangani permasalahan ummah

TARIKH

Konvensyen ini akan diadakan pada 22-24 Oktober 2010

BIDANG-BIDANG

Ekonomi, Pendidikan, Sosial, Dakwah, Isu-isu Semasa Tempatan dan Antarabangsa

TEMPAT

Auditorium Masjid Putra, Putrajaya

TENTATIF KONVENSYEN

JUMAAT (22 OKTOBER 2010)

8:00 am - 9.00 am : Pendaftaran

9:00 am - 9:30 am : Perasmian

9:30 am - 10:45 am : Keynote Speaker I : Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (“Agenda Ummah dalam Pembangunan Negara”)

10:45 am - 11:00 am : Minum pagi

11.00 am - 12:15 pm : Key Note Speaker II : Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman (“Pembangunan Ekonomi & Sosial: antara Realiti dan Cabaran”)

12:30 pm - 2:00 pm : Makan tengah hari

2:45 pm - 4:45 pm : Keynote Speaker III : Dr. Kamal Herbawi : “Pembangunan Tamaddun Ummah: Contribution of Islam to Modern Civilization”

4:45 pm - 5:00 pm : Kudapan

SABTU (23 OKTOBER 2010)

9:00 am - 10:30 am : Keynote Speaker IV : Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim : “Pembangunan Keusahawanan Ummah”

10:30 am - 11:00 am : Minum pagi

11.00 am - 12:30 pm : Keynote Speaker V : Datuk Nik Mustapha B. Hj. Nik Hassan : ”Ummah melalui Pengurusan Ekonomi Strategik”

12:30 pm - 2:30 pm : Makan tengah hari

2:30 pm - 4:00 pm : Keynote Speaker VI : Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba : “Islam dan Pendidikan”

4.00 pm - 4.30 pm : Kudapan

AHAD (24 OKTOBER 2010)

9.00 am - 10:30 am : Keynote Speaker VII : ”Pendidikan, Dakwah dan Pembangunan Sosial”

10:30 am - 11:00 am : Minum pagi

11:00 am - 12:30 pm : Forum NGO: “Peranan NGO dalam Pembangunan Ummah”

Wakil Teras: Cikgu Azmi Abdul Hamid

Wakil WADAH: Dato’ Dr. Siddiq Fadzil

Wakil IKRAM: Prof.Dr. Mohamed Hatta Shaharom

Wakil Haluan: Dr. Azizan Ahmad

12.30 pm - 1.00pm : Majlis Penutup

1.00 pm - 1.30 pm : Makan tengah hari

Kepada yang berminat, bolehla isi borang ini dan hantarkan ke alamat tertera : Konvensyen





Sunday, August 15, 2010

Infaq JOM!

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (35:29-30)





Jom infaq!



Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, MATRI melancarkan Projek Infaq Ramadhan Senggara MATRI untuk menampung perbelanjaan senggara dan kos dewan makan MATRI.

Ma'had Attarbiyah Al Islamiyah (MATRI) yang kini jumlah pelajarnya hampir-hampir mencecah 900 orang hanya bergantung kepada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai yang perihatin.  Sekolah ini walaupun hanya sederhana namun telah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.


Sekolah ini juga dengan keadaan yang serba kekurangan cuba untuk menanggung kos pengajian beberapa orang pelajar dari negara-negara miskin seperti Kemboja, Vietnam, Acheh dan beberapa negara lain yang memerlukan ustaz-ustaz atau pendakwah-pendakwah yang akan membimbing masyarakat tempatan untuk menuju kejalan Allah SWT.  Setakat ini sudah ada beberapa orang dari Kemboja yang telah pulang dengan ijazah dari universiti tempatan dan kini berkhidmat sepenuh masa di Kemboja untuk mendidik masyarakat kepada Islam.  InsyaAllah setahun dua lagi akan pulang beberapa orang lagi dari Mesir dan Madinah.

Semoga segala sumbangan anda menjadi saham jariah untuk hari pulang kepada Allah SWT.  Segala sumbangan boleh disalurkan kepada:
Tabung Penyelenggaraan MATRI BMBB (Bank Muamalat) 090 1000 000 5713 atau
Akaun Jawatankuasa Pembangunan & Pembaikan MATRI BIMB (Bank Islam) 090 100 100 22110.

Untuk urusan mendapat resit sila hantarkan atau faxkan bank slip ke

Unit Kewangan
Ma'had Attarbiyah Al Islamiyah [MATRI]
Perkampungan Tunjung
02400 Beseri Perlis.


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Cikgu Azmi (019 4744 343) atau Cikgu Nasir Soleh (0192806183)

Anda juga dijemput ke Majlis Pelancaran, Projek Infaq Ramadhan pada hari sabtu, 21 Ogos 2010, 9.30 pagi di Surau MATRI (Alamat seperti diatas)

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.

Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.

(Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu.  Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (13-22-24)

Monday, August 9, 2010

PURE : Light Of Faith


Anda ingin melanjutkan pengajian ke luar negara ?

Risau? Takut? Gelisah? Apa lagi yang menghantui?

Ingin mengisi masa lapang dan bertemu kawan-kawan baru?

Ingin bersama-sama kami di awal Ramadhan menikmati program-program yang menarik?

Segalanya dapat dirasai dan ditempuhi dengan menemui kami di PURE..

Antara program-program yang bakal disajikan insyaAllah :

• Tayangan Video: Life as an Oversea Student @ life abroad.

• Sesi soal jawab bersama senior university (Process slps dpt result IB etc; Cerita University, / ‘What to bring and what not to bring?’etc).

• Solat Asar berjemaah – ‘Solah in the Garden’ (Praktikal solat di Oversea)

• Riadah – ‘Bonding’

• Berbuka puasa beramai-ramai ( sure seronok! ) ('',)

• Dialog Santai (ala2 forum)-tajuk: Life in oversea: cabaran Muslim dan Muslimah’

• Persembahan Video University2 (‘Inhale-You’re almost there’)

• Kuliah Subuh: ‘Ramadhan; Bulan Agung’

• Fiqh Perantau: Latihan Amali, Demonstrasi & Praktikal (Solat Jama’ Qasar; Khuf; Makanan Halal Haram; Samak; Tayammum etc)

dan bermacam-macam lagi... sila ooi sila.. :)

Dengan itu, Light Of Faith membawakan kepada anda :

Pre departURE (PURE)
Tarikh : 14 - 15 Ogos 2010
Tempat : Nur Sungai Merab, Bangi
Yuran : RM30

Ayuh, daftar sekarang di : http://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dDl0REQ4Uzg2TGVOQTVkSHBBU2x1MFE6MQ

Tarikh tutup penyertaan : 13 Ogos 2010

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada
perkongsian_online@yahoo.com

Moga Allah permudahkan urusan setiap daripada kita.
Jumpa di sana! Read more! ;)

p/s: Buat sahabat-sahabat yang bakal ke oversea, jangan lepaskan peluan anda! Ayuh :D

Thursday, July 29, 2010

Just trust the law of physics?!

Aku teringat hari tu lecturer syarah pada kami tentang topik rotational dynamic.. Pada masa tu banyak 'magic' (eksperimen-eksperimen) yang ditunjukkan.. Menyebabkan semua pelajar dalam lecture theater tu terpukau dengannya..

Dan, tidak dinafikan pada masa tu aku pun berasa takjub.. Tapi bila lecturer tu cakap dengan nada yang sangat meyakinkan dan sangat berpuasa hati,  '"You can do it. Just trust the law of physics!"  Aku macam tersentap.. Entah kenapa, aku berasa sangat-sangat tak setuju.. Hatiku seakan-akan 100% terobek dengan kata-kata tersebut..

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:13)




Betul.. Manusia lupa, siapakah sebenarnya pencipta semua peraturan yang menjaga alam ini.. Peraturan tidak mampu terjadi dengan sendirinya.. Mesti ada penciptanya.. Seperti mana hebat suatu peraturan tu, maka penciptanya adalah lebih hebat lagi..

Tapi aku tidak menyalahkan pensyarah tu.. Dia adalah orang yang tidak tahu, yang mana orang yang tahu seperti kitalah yang perlu memberitahunya..

"..Setelah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu, maka serulah manusia (agar beriman) kepada Tuhanmu, dan janganlah engkau termasuk dalam golongan yang musyrik.." (28:87)

Kata-kata pensyarahku masih terngiang-ngiang di telinga ku.. Agak berhari-hari jugalah aku berfikir mengenainya.. Ini baru orang yang memang langsung tak kenal Allah.. Yang tidak kenal apakah itu Islam.. Tetapi bagaimanakah dengan orang Islam? Yang memang tahu, tetapi kadang-kadang selalu buat-buat tak tahu? :(

Wednesday, July 14, 2010

Hayya bina!











”Wahai orang-orang yang beriman.. Apakah sebabnya apabila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah.." kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?! Adakah kamu redha dengan kehidupan di dunia berbanding kehidupan di Akhirat?! Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (jika dibandingkan dengan kehidupan) di Akhirat hanyalah sedikit..” [al-Taubah; 38]

Kepada sahabat-sahabat di Malaysia, jangan ketinggalan! ;)

Thursday, July 8, 2010

Siapa lagi?

Aku tersentuh dengan tulisan Abdullah b.Abdul Aziz Al-Aidan dalam karangannya Tarbiyah Dzatiyah (Peningkatan Diri)..

Aku sangat bersetuju, tidak ada yang dapat merubah atau meningkatkan diri kita melainkan usaha dari kita sendiri.. Siapa lagi yang kita harapkan? Tambahan dengan situasi kita yang jauh dari ibu bapa, yang jauh dari biah solehah (suasana yang baik), yang jauh dari murabbi kita.. Siapa lagi yang mampu mengawal diri kita dari anasir jahiliyah melainkan diri kita sendiri..



Dan jika dilihat kembali bagaimanakah keperibadian golongan Quran yang unik a.k.a sahabat-sahabat baginda R.A terhasil? Ini tidak lain kerana peningkatan diri mereka berjalan seiring dengan nafas mereka..  Mereka sentiasa muhasabah dan membaiki diri mereka serta memenuhi waktu dan masa hanyalah dengan persiapan-persiapan untuk menghadapiNya di sana..

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang Telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(al-hasyr:18)

Nak berubah memang susah.. Hambatan jahiliyah sangat kuat menarik kita, dan pelawaan-pelawaan dunia yang sentiasa mempesona sentiasa menggugah jiwa kita dari mendekatkan diri kepadaNya.. Namun ingatlah wahai teman dalam firmanNya

“Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman.”

(Al-Hajj : 38)

Dan juga dalam sabdaNya, “Jagalah Allah, nescaya Dia menjagaMu. Jagalah Allah, nescaya engkau mendapatkanNya di depanmu.” (H.R Tarmizi)




Dan juga jangan dilupa, sabar adalah antara bekalan terbaik dalam beramal dan untuk meningkatkan diri kita.. Kerana jalan menujuNya dan untuk mendapatkan syurgaNya yang mahal sentiasa penuh dengan duka dan susah payah..

“Dan sungguh akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.”

(Al-Baqarah:155)

Namun semua yang berlaku pada kita sebenarnya adalah peluang untuk kita meningkatkan iman dan amal kita.. Untuk mendekatkan lagi kita kepadaNya.. Pandanglah segala ujian dan kesusahan yang melanda kita sebagai batu loncatan yang makin menguatkan ‘itiqad dan mujahadah kita untuk mendapat redhaNya..

“Luar biasa urusan orang mukmin. Semua urusannya baik dan itu tidak berlaku pada sesiapapun melainkan orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur dan itu baik baginya. Dan jika mendapat musibah, dia bersabar dan itu baik baginya” (H.R Muslim)




Dan beruntungnya kita adalah kerana kita ada Dia untuk kita mengadu segalanya.. Dia sentiasa dekat dan sentiasa mengabulkan permintaan hamba-hambaNya.. Jadikanlah doa itu sebagai senjata dan perisai diri kita supaya kita terus tsabat di atas jalanNya.. Ataupun jika kita jatuh tersungkur dan lemah, Dia sentiasa menguatkan dan membangunkan kita kembali..

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Al-Baqarah:186)

“Iman pasti lusuh di hati salah seorang dari kalian, sebagaimana lusuhnya pakaian.. Kerana itu, mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman di hati kalian.” (H.R At-Thabrani )

Dan untuk berubah, perlunya kita pada ilmu.. Supaya kita tidak beramal dengan amalan yang sesat, ataupun yang jauh dari sunnah RasulNya.. Hadirlah sebanyak mungkin kuliah-kuliah ilmu dan perbanyakkanlah bacaan buku fikrah.. Namun jangan dilupa, Quran dan Hadis adalah pembimbing utama kita.. Kawan-kawan yang baik juga adalah antara penyumbang utama dalam peningkatan diri kita.. Kerana di sinilah berlakunya proses ingat-mengingatkan, saling menasihati dan saling membimbing kearahNya,insya Allah..

Akhir kata, nothing is impossible.. Kalau orang melayu pula, nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih..

Selamat mujahadah! ;)

Nota C.I.N.T.A.

Alhamdulillah setelah lama berjaulah, akhirnya kembali juga aku ke bumi Palmy ni.. Perasaan ni bercampur baur.. Hati ini sedih tidak mahu meninggalkan mereka.. Namun tanggungjawab yang memanggil di Palmy memberatkan hatiku untuk meninggalkan sahabat-sahabatku di Auckland.. Merekalah sahabat,pemberi peringatan, penasihat yang setia dan juga adik beradikkku seislam..

Ku teringat sabdaNya yang diceritakan oleh Sa’id Al Khudri;

Aku mewajibkan kecintaanKu kepada orang-orang yang saling mengasihi keranaKu, orang-orang yang berziarah keranaKu, orang-orang yang berkumpul dalam rangka beribadah keranaKu dan orang-orang yang saling menghadiahi keranaKu..


Dan juga dalam sabdaNya yang lain,

Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri..

Kata-kata mereka mengingatkanku tentang iman kepada Khaliq yang menciptakan.. Nasihat mereka menguatkanku untuk terus tsabat dan tegar di atas jalan ini.. Akhlak mereka menyerlahkan bahawa Islam itu indah dan syumul.. Tawadhu’ mereka menyenangkan.. Fikiran mereka jauh melihat di manakah tempat mereka di akhirat sana..  Walaupun hanya beberapa hari aku mngenali mereka, namun Al-Muhaimin menghadiahiku rasa cinta yang mendalam kepada mereka..

Sesuai dengan firmanNya,

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. (19:96)

Dan juga dalam sabdaNya;

“Jika Allah mencintai seseorang hamba, Dia menyeru Jibril; ‘Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia’. Lalu hamba tersebut dicintai Jibril, kemudian Jibril mnyeru para penghuni langit, ‘Sesungguhnya Allah mencintai si fulan, maka cintailah dia’. Maka hamba tersebut dicintai seluruh penghuni langit dan diterima bumi” (Muttafaqun ‘alaih)

Benarlah, sahabat itu adalah apabila kita melihat mereka, maka tertingkat iman kita.. Aku sangat-sangat bersyukur kerana kami dipertemukan..

Ukhuwwah mereka menghangatkan.. Terasa sangat yang mereka melebihkanku dalam segala hal.. Aku seringkali tersentuh dengan kasih sayang dan pengorbanan mereka.. Merekalah sahabat, qudwah dan sister terbaik.. Alhamdulillah100x

Buat sahabat dan teman yang kukasihi fillah, moga Allah merahmati kalian selama-lamanya.. Dimudahkan segala urusan, dan moga kita dikumpulkan bersama di jannahNya.. amen ameen

Akhir kata, aku cinta kalian keranaNya.. Doakan saya ya ;)

Monday, June 21, 2010

a.k.u g.u.s.a.r

Teringat saat nak exam physics - first paper yang exam - aku sangat gusar.. Dapat ke aku buat exam esok ni..Dapat ke aku jawab exam physics esok nii..Dan macam-macam lagi..

Tiba-tiba dalam keadaan gusar dan bimbang tu, macam ada satu suara hati berkata, macam manalah kalau exam di akhirat esok nanti..Bolehke aku nak jawab esok..Boleh ke aku lepas exam di sana..

Tup tup hati rasa sebak.. erm.. Ni baru exam di dunia.. ni baru exam first year.. baru sem 1.. Aku gusar..

Dalam keadaan aku mengelamun melayan perasaan gusarku, aku terdetik..Macam manalah aku nak hadapi medan ujian yang lebih hebat daripada ni.. Aku akan masuk ke alam kerjaya, masyarakat, keluarga, dan etc etc etc.. Cukupkah persediaanku? Hatiku sebak lagi..  Betapa aku banyak memenuhi masaku dengan perkara yang remeh temeh..yang tidak membawa kepada amal untuk menjadi bekalku di sana..

Aku gusar lagi..

Surah Al-'Asr bagai mengetuk-ngetuk pintu hatiku..Bagai mengingatkan.. Dirimu sentiasa dalam kerugian.. Ya Allah bazirnya masaku..Kemanakah masaku terisi? Dalam diam penuh pengharapan dan kelemahan, ku mengharap agar al-Khaliq sudi mengasihani hambaNya yang sentiasa lalai dan lupa ini..

Coretan pendek ini ku tuliskan khas untuk mengingatkan diriku yang sentiasa berbolak balik hatinya.. Dan juga buat sahabat seperjuangan.. Moga kita dapat manfaat bersama..

"Hai orang-orang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.." (At-Tahrim : 6)

Friday, May 7, 2010

~Alhamdulillah suamiku mati syahid~

Kisah hidup dan kematian seorang syahid selalu ajaib. Mungkin kerana orang-orang yang merindukan mati syahid selalu hidup dengan cara yang sangat berbeza dengan orang lain.

Bahkan, cara Allah memperlakukan musuh-musuhnya pun sangat ajaib. Pada suatu masa, ketika Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin, mengumumkan kepada dunia nama-nama pemimpin Hamas, termasuk nama ‘Izzuddin Khalil (yang disebutnya sebagai “kepala ular”), sebagai orang-orang yang paling dicari oleh Israel. Namun, Allah mentakdirkan Rabin yang mengumumkan hukuman mati bagi ‘Izzuddin lebih dulu dicabut nyawanya oleh Allah di tangan rakyatnya sendiri. Rabin mati 4 November 1995, ditembak oleh Yigal Amir dengan senapan mesin, seorang pemuda Yahudi radikal, yang marah karena Rabin “berdamai” dengan Yaser Arafat.


Asy-Syahid ‘Izzuddin Khalil adalah salah satu komandan Brigade Al-Qassam, sayap tentera Hamas (Harakah Muqawwamah Al-Islamiyah) yang bermukim di Damascus, ibukota Republik Arab Suriah. Hamas merupakan organisasi terbesar yang menghimpun berbagai-bagai kekuatan rakyat Palestin yang berjuang demi kemerdekaan tanah waqaf milik umat Islam sedunia, serta pembebasan Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan terminal Rasulullah SAW ketika melakukan isra' dan mi'raj.



Kisah ini merupakan hasil wawancara dengan Feryal Ahmed Nemr Zienou, 35 tahun, isteri Asy-Syahid ‘Izzuddin Khalil yang ditemui Hidayatullah.com di Damascus.

‘Izzuddin merupakan salah satu pengawal pertama Syeikh Ahmad Yasin dan ikut serta dalam pembangunan asas Hamas pada tahun 1986-87. Pemuda ini lahir dan membesar dalam pangkuan gerakan da’wah di kawasan Syija’iyyah, di sebelah timur kota Gaza.

Rahsia penglibatannya dengan Hamas dan juga sebagai sayap tentera Al-Qassam sangatlah dijaga rapi, sehingga selepas seminggu mereka berkahwin, barulah Feryal mengetahui bahawa suaminya adalah seorang komandan Al-Qassam.


Nama lengkapnya ‘Izzuddin Syubhi Al-Syeikh Khalil, lahir di Gaza, 23 Ogos 1962, menyambung pelajaran sehingga mendapat master di dalam bidang Usuluddin di Universiti Islam Gaza. Pekerjaannya semasa  berkahwin dengan Feryal adalah menjual buku. Menurut Feryal, dia sama sekali tidak melihat penampilan suaminya sebagai seorang tentera.

Mungkin kerana pengalamannya semasa muda pernah berjihad di Afghanistan, ‘Izzuddin ditugaskan oleh para pemimpin Hamas untuk mengumpul, membina dan melatih para pemuda Muslim di seluruh Palestin, baik di Gaza, Tepi Barat, dan juga seluruh kawasan Palestin yang sepenuhnya dijajah oleh Israel. Tujuannya adalah untuk melatih para pemuda menjadi Mujahidin, pembela tanah suci para Nabi dan Masjidil Aqsa.



Rahsia Pengantin

Feryal sendiri pada waktu itu seorang gadis yang  lahir dari sebuah keluarga yang taat agama. Salah satu hasrat hatinya adalah untuk menjadi pendamping seorang mujahid fii Sabilillah.

Namun ketika menerima lamaran ‘Izzuddin, Feryal mengaku sama sekali tidak tahu kehidupan jihad lelaki yang melamarnya itu.Malah dia juga tidak mengetahui mengapa dia menerima lamaran 'Izzuddin padahal pada waktu itu, belum jelas adakah ‘Izzuddin seorang mujahid. Perempuan yang murah senyum itu menjawab, di Gaza, pada waktu itu, kalau ada lelaki yang rajin ke masjid, berakhlak baik, berilmu agama mendalam, berpenampilan rapi dan menjaga pergaulannya mengikut syariat Islam, biasanya dia adalah seorang mujahid.


“Tapi saya sama sekali tidak mengetahui bahawa dia seorang komandan dan sangat dekat dengan Panglima Para Mujahidin Palestin, Syeikh Ahmad Yasin,” tukasnya sambil tersenyum lebar.

Feryal mulai mencium sesuatu yang menghairankan sejak hari pertama pernikahan. Setiap kali pergi solat subuh berjamaah di masjid, ‘Izzuddin selalu pulang lambat, iaitu sekitar waktu dhuha. Feryal lalu bertanya. Maka pada waktu itulah ‘Izzuddin menjelaskan bahawa selepas shalat subuh ia bertugas keliling membina para pemuda di berbagai tempat, baik pembinaan ruhiyyah, ilmu, dan juga ketenteraan.



Betapa gembiranya Feryal mendengar penjelasan itu. Pengantin baru yang usianya lebih muda 13 tahun dari suaminya itu merasa Allah mengabulkan doanya selama ini, agar dinikahkan dengan seorang mujahid. Namun rahsia itu tetap terjaga rapi di antara mereka berdua. Selepas setahun kemudian, barulah keluarga Feryal  mengetahui bahawa ‘Izzuddin seorang mujahid yang memegang amanah penting.




Terbukanya rahsia itu adalah ketika pada tahun 1992, ‘Izzuddin ikut ditangkap dan dibuang selama setahun oleh Zionis Israel ke Marj Az-Zuhur, sebuah bukit yang tidak diduduki oleh sesiapa yang berdekatan dengan sempadan Lebanon dan Palestin, bersama 413 orang pemimpin jihad lainnya seperti Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi. Selama setahun mereka tinggal di lereng-lereng bukit. Musim dingin berselimutkan salju dengan suhu di bawah kosong darjah celcius, dan menerima panasnya dipanggang matahari pada musim panas.

Sejak Feryal mengetahui kedudukan suaminya sebagai komandan jihad, setiap hari,selepas selesai solat fardhu sehingga syahidnya ‘Izzuddin 13 tahun kemudian Feryal akan sentiasa mendoakan suaminya agar dianugerahi Allah mati syahid di jalanNya, sempena permintaan suaminya itu.


Bagi Feryal, ‘Izzuddin adalah seorang suami, sahabat, sekaligus ayah bagi anak-anaknya yang selalu jujur dan ikhlas. “Berat,” demikian kata Feryal, ketika ditanya bagaimana perasaannya setiap kali berdoa agar suaminya mati syahid, “tapi di saat yang sama saya yakin Allah akan mengganti cinta yang saya persembahkan kepada-Nya ini dengan sesuatu yang lebih hebat.” Janji-janji Allah tentang kemuliaan syahid seakan-akan nampak nyata di depan matanya sewaktu berdoa.



Tentu ada yang bertanya, kenapa tidak berdoa agar dimatikan syahid bersama-sama? Jawapan Feryal jelas dan mantap, “Kerana, jika suami saya syahid, saya yang akan tetap istiqamah menjalankan amanah-amanah yang tertinggal, termasuk membesarkan anak-anak, maka Allah menjanjikan kemuliaan yang lebih besar lagi bagi kami sekeluarga.”

Dua Isyarat

Sesudah ‘Izzuddin syahid, hidup terasa lebih berat bagi Feryal kerana seluruh keluarga dari pihaknya dan pihak suaminya ada di Gaza, sedangkan dirinya berada di Damascus yang terpisah oleh jarak ratusan kilometer dan sekatan tentera.




Namun ada dua kenangan manis sebelum ‘Izzuddin mati syahid, yang sentiasa menaikkan lagi semangatnya.

Yang pertama, kira-kira sebulan sebelum syahidnya ‘Izzuddin, mereka bekunjung ke rumah seorang sahabat dalam rangka mengeratkan silaturrahim. Sebagaimana biasa, Feryal berbual-bual dengan teman-temannya sesama Muslimah di sebuah ruangan, dan ‘Izzuddin dengan teman-teman Muslimnya di ruangan lain.




Dalam suatu kesempatan, Feryal berjalan melewati pintu ruangan lelaki dan terpandang sesuatu yang tak akan dilupakannya seumur hidup. Dia melihat di kening suaminya tertulis kata-kata dalam khat Arab, “Asy-Syahid” (Sang Syahid).

Apabila Feryal menceritakan hal tersebut kepada ‘Izzuddin dalam perjalanan pulang, serta-merta suaminya menghentikan kereta, lalu turun dan berdiri di samping keretanya, menadahkan tangannya seraya berdoa, “Ya Allah, takdirkanlah penglihatan isteriku itu ke atas diriku.”

Sudah sewajarnya, Feryal bertanya kepada ‘Izzuddin, “Kalau kamu syahid, bagaimana dengan kami?”  ‘Izzuddin pun lalu menjawab, “Allahkan ada..Dan Allah lebih baik daripada saya.”




Peristiwa kedua yang tak akan pernah dilupakannya terjadi hanya beberapa minit sebelum kekasihnya syahid. Hari itu Ahad, 26 September 2004. Jarum jam menunjukkan angka sebelas dan matahari di penghujung musim panas masih menyiram hangat kawasan Mydan di jantung kota Damascus.

Feryal tengah sibuk menyiapkan sarapan bagi suaminya yang akan berangkat kerja. Tiba-tiba pintu rumah mereka diketuk. Seorang perempuan, tetangga, datang membicarakan hal-hal remeh, tapi di hujung bicaranya yang hanya sebentar itu, si tetangga bertanya, “Saudariku, kamu pasang pewangi apa ya? Dari tadi kami mencium baunya wangi sekali, tercium sampai ke rumah kami...”




Feryal memang selalu memakai wangian sebelum suaminya berangkat dari rumah, tetapi pagi itu dia ingat dengan jelas yang dia belum memakainya. Dia sama sekali tidak terfikir bahawa wangian itu adalah sambutan bagi syahidnya sang suami beberapa minit kemudian.

Sesudah tetangga itu berlalu, Feryal kembali menyiapkan meja makan. Sarapan khas negeri Syam, khubz (roti lebar), minyak zaitun, za’thar (serbuk rempah-rempah dan biji wijen), humus (selai kacang berbumbu), keju dan secangkir teh kental manis. Suaminya hampir tidak menyentuh makanan, lalu berkata bahawa dia sedang terburu-buru sambil minta tolong diambilkan pasport, untuk mengurus perjalanan umrahnya.



Suaminya pergi. Pintu rumah ditutup. Lebih kurang dua minit berlalu, tiba-tiba Feryal mendengar bunyi ledakan yang sangat kuat. Dinding apartmennya bergegar. Dinding kelas sekolah anaknya yang berjarak sekitar 200 meter dari rumahnya juga bergegar. Anak-anak mereka, Hiba 10 tahun, dan Muhammad 7 tahun,  mengaku mendengar ledakan itu dari sekolahnya. Hadil baru berusia 2 tahun bersama ibunya di rumah.

Di dada Feryal langsung berdesir, “Pasti itu ‘Izzuddin...” Dia berlari ke jendela apartmen yang terletak di tingkat empat, sejurus disingkapnya tirai, dia melihat jip Pajero berwarna silver tahun 1995 milik suaminya sudah hancur dan masih dibakar api.



Tidak Menangis

Ibu tiga anak berusia 29 tahun itu tidak menangis. Ia segera mengenakan hijabnya dan berpakaian serapi mungkin menutup aurat, sebelum kemudian meluncur turun ke tempat kejadian. Setelah memastikan bahwa suaminya telah syahid, Feryal naik ke atas semula, menelefon isteri seorang pemimpin Hamas, Dr Musa Abu Marzuq, Wakil Biro Politik. Setelah memberi khabar tentang apa yang terjadi ke atas suaminya dan menjelaskan lokasi rumah mereka, Feryal mematikan telefon.

Kemudian dia berwudhu' dan melaksanakan solat dua raka’at. Dia memanjatkan doa agar syahid suaminya diterima oleh Allah dan bersyukur Allah telah memilih suaminya sebagai salah satu lelaki terbaik.




Ketika ditanya, apa yang dirasakannya saat itu, Feryal menjawab dengan tersenyum, “Hati saya seperti dihiris-hiris, sakit, tetapi pada saat yang sama saya merasa sangat bahagia kerana doa saya setiap hari dikabulkan oleh Allah.”

Seorang saksi kejadian menyatakan, ‘Izzuddin sempat mengundurkan kereta itu sebelum ia meletup. Para penyelidik Hamas mengatakan, kemungkinan besar kereta itu diletupkan dengan bom yang menggunakan remote control.

Selesainya dari solat, Feryal menyiapkan diri dan rumahnya untuk kedatangan para tamu yang sebentar lagi pasti akan ramai. Banyak di antara yang kemudian datang menangis. Bahkan salah seorang teman perempuannya menangis sampai jatuh-jatuh. “Saya katakan kepada mereka, jangan menangis, saya tidak menangis kerana ini hadiah kepada saya dan keluarga,” katanya.



Ketika menerima salam dari ratusan tamu itu, Feryal membayangkan malam-malam yang selalu dilewatinya bersama ‘Izzuddin, sepanjang 13 tahun pernikahannya. Sebelum tidur, keduanya selalu saling memandang dan saling bertanya, “Apakah kamu redha kepada saya?” Keduanya akan sama-sama saling mengiyakan.

Keredhaan itu kini terbias pada ketiga tiga anaknya. Hidayatullah.com menemui keluarga ini di rumah mereka dan meminta mereka bercerita satu per satu tentang kenangan mereka akan ayahnya. Tidak ada air mata. Tidak ada senggukan. Tidak ada wajah muram. Yang ada hanyala senyum bangga dan wajah yang bersinar penuh keberanian.




“Terkadang,” kata Feryal, “anak-anaknya mengatakan, ‘seandainya ayah bersama kita...’ terutama saat berbuka puasa Ramadhan... Tapi saya sentiasa memberitahu mereka bahawa ayah selalu bersama kita, bahkan syahidnya ayah memastikan kita akan selalu bersama ayah dalam keadaan yang lebih baik dari keadaan kita saat ini...” Anak-anak itu tersenyum mendengar kata-kata ibunya.

Bahkan sepanjang pertemuan dan wawancara dengan kami, anak-anak itu selalu tersenyum, seperti anak-anak yang menerima hadiah sangat istimewa yang tiada habis-habisnya.***

Maaf atas segala kesalahan dan kekurangan bahasa..ini apa yang saya betul-betulkan sikit dari bahasa indonesia ke bahasa melayu..:)


p/s: Moga Allah kurniakan kepadaku pasangan alim mujahid..ameen:D
http://www.desaminium.com/wp-content/uploads/2009/04/huda-palestine.jpg