Friday, August 27, 2010

Your heart's longing to worship GOD

Selepas menghantar abah di Auckland, aku pulang ke Palmy dengan bas. Aku duduk di sebelah seorang makcik yang dalam lingkungan 60-an. Makcik ni boleh dikatakan sangat peramah. Kalau boleh nak bersembang denganku sepanjang-panjang 8jam dari Auckland ke Palmy. Aku sangat penat sebenarnya, tapi demi meraikan makcik tadi, aku gagahkan jua mataku untuk segar berbual dengannya.

Dalam perbualan kami, kami banyak berbual tentang keluarganya, dan kadang-kadang dia bertanya pendapatku tentang New Zealand. Selang masa yang aku tidak berbual dengannya, aku membaca buku hadis 40 yang kuselitkan dalam Al-Quran yang ku pegang erat sepanjang perjalanan. Makcik itu hanya memandangku. Sejurus selepas aku habis membaca hadis, makcik itu bertanya, "It's that Quran?" Aku agak terkejut. "You know Quran?" Aku bertanya. Dia mengangguk. Dia bertanya lagi," Is Quran written in Arabic words? Can you read it?" Aku membalas, "Yep, Quran is written in Arabic words, but yes we can read it. You want to hear it?" Makcik itu berkata, "Yes, I'd love to listen to you."

Kemudian aku membacakan untuknya beberapa potong ayat dari surah Isra' yang menceritakan tentang sirah Rasul dengan kaum musyrikin yang ingkar dan ego tidak mahu mendengar ajakanNya. Makcik itu sangat kagum dengan ayat-ayatNya.. "I really love listening to you. Their words are soft and beautiful to ears." Selepas itu, makcik itu memintaku untuk menterjemah ayat-ayat yang ku baca. Dengan terkial-kial, aku cuba sedaya upaya untuk menterjemahkan ayat-ayatNya yang kubaca kepada makcik  itu.

Makcik itu berkata, "Yes, it's also written in our bible as well." Aku bertanya kepadanya, adakah dia selalu baca kitab bible, dan dia berkata, "Yes, I always read my bible. You know, your heart always longing to worship God. You feel empty if you don't have Him. And that is what i see in Kiwi people. They don't worship God, but because of their hearts really yearn for something that they can worship to, so that's why they worship wine, sport and ...(saya tak ingat yang ketiga tu apa, maaf sangat2)" And because of that, they are very poor in attitude. They want to do everything in their own way. And always oppose what God says. That's what i feel so irritating about them..

Aku terdiam, dan sebenarnya memang majoriti penduduk New Zealand adalah atheis. Aku teringat dalam kalamNya :

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? (55:29-30)

Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma).  Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (47:38)




Hatiku berfikir lama.. Sesungguhnya memang benar seperti firmanNya, kita semua sentiasa berhajat kepadaNya. Kerana  Dialah pencipta kita, dan kita memang diciptakan untuk sentiasa berhajat kepadaNya. Masha Allah.

Moga aku dan kalian sentiasa dalam redhaNya, ameen ameen.

2 comments:

  1. mashaAllah farah, terharu sab baca, tak tahu apa yang terharu hehe
    semoga farah terus istiqamah =)
    rindu farah..

    ReplyDelete
  2. Sab! rndunye kat sab =)

    Insya ALlah..doakan saya ye..

    ReplyDelete