Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (35:29-30)
Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, MATRI melancarkan Projek Infaq Ramadhan Senggara MATRI untuk menampung perbelanjaan senggara dan kos dewan makan MATRI.
Ma'had Attarbiyah Al Islamiyah (MATRI) yang kini jumlah pelajarnya hampir-hampir mencecah 900 orang hanya bergantung kepada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai yang perihatin. Sekolah ini walaupun hanya sederhana namun telah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
Sekolah ini juga dengan keadaan yang serba kekurangan cuba untuk menanggung kos pengajian beberapa orang pelajar dari negara-negara miskin seperti Kemboja, Vietnam, Acheh dan beberapa negara lain yang memerlukan ustaz-ustaz atau pendakwah-pendakwah yang akan membimbing masyarakat tempatan untuk menuju kejalan Allah SWT. Setakat ini sudah ada beberapa orang dari Kemboja yang telah pulang dengan ijazah dari universiti tempatan dan kini berkhidmat sepenuh masa di Kemboja untuk mendidik masyarakat kepada Islam. InsyaAllah setahun dua lagi akan pulang beberapa orang lagi dari Mesir dan Madinah.
Semoga segala sumbangan anda menjadi saham jariah untuk hari pulang kepada Allah SWT. Segala sumbangan boleh disalurkan kepada:
Tabung Penyelenggaraan MATRI BMBB (Bank Muamalat) 090 1000 000 5713 atau
Akaun Jawatankuasa Pembangunan & Pembaikan MATRI BIMB (Bank Islam) 090 100 100 22110.
Untuk urusan mendapat resit sila hantarkan atau faxkan bank slip ke
Unit Kewangan
Ma'had Attarbiyah Al Islamiyah [MATRI]
Perkampungan Tunjung
02400 Beseri Perlis.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Cikgu Azmi (019 4744 343) atau Cikgu Nasir Soleh (0192806183)
Anda juga dijemput ke Majlis Pelancaran, Projek Infaq Ramadhan pada hari sabtu, 21 Ogos 2010, 9.30 pagi di Surau MATRI (Alamat seperti diatas)
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.
(Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (13-22-24)
No comments:
Post a Comment