Sunday, January 16, 2011

Jauh atau dekat?

Alhamdulillah, Allah izin cuti kali ini banyak mendidikku dan Alhamdulillah, setiap yang berlaku padaku, banyak mengajarku untuk berubah ke arah hambaNya yang rabbani.
Walaupun kadang imanku yazid wa yanqus, Alhamdulillah, Allah masih izinku untuk membaiki diri ke arah yang lebih baik..

Hari tu (14-16 Jan), aku diberi peluang untuk join program Proasisr d Changlun Kedah. Dalam banyak banyak slot yang semuanya best tu, ada satu slot semasa kami jungle trekking 4km namanya mauqif seerah (hentian sejarah).

Ustaz yang ku hormati bercerita : Dalam satu kisah riwayat Abu Hurairah, rombongan kaum muslimin sedang meluaskan kawasan untuk menyebarkan Islam. Mereka menyebarkan Islam sehinggalah akhirnya mereka tiba di kawasan pantai yang mana dihadapan mereka, laut terbentang luas, dan di seberang laut tersebut terdapat satu kawasan daratan. Panglima berkata, "Aku mahu menyebarkan Islam di sana, tapi kita tidak mampu merentas lautan yang luas ini." Lalu si panglima pun berpaling kepada tentera tenteranya sambil berkata, "Kita rehat di sini. Solatlah,bermunajatlah dan mohonlah taubat atas segala dosa dosa kita. Semoga Allah bantu kita dalam menyebarkan Islam di sana." Selepas mereka bermunajat kepada Allah SWT, maka dengan izin Allah mereka dapat merentas lautan yang maha luas tersebut. Tapi adakah melalui kapal atau yang bahtera yang besar? Jawapannya TIDAK. Mereka merentas lautan itu dengan hanya berjalan kaki di atas lautan tersebut. Dan selepas mereka menyebarkan Islam di kawasan seberang laut itu, mereka pulang dengan cara yang sama mereka pergi ke sana..

Ajaib bukan? Mana mungkin manusia berjalan di atas air. Namun itulah kuasa Allah. PertolonganNya kepada hamba hambaNya yang dekat kepadaNya..

Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. (Ali Imran : 22)

(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". 
(Al A'raaf : 128)

Refleksilah kembali diri kita. Bagaimana dekatkah hubungan kita denganNya? Mungkin kadang kadang kita merasakan, alah, tidak perlulah doa banyak banyak, atau solat betul betul ataupun buat baik banyak banyak. Orang yang tidak beriman lagi hebat daripada kita. Orang yang tidak beramal dengan Islam lagi jauh ke depan daripada kita.

Tapi sedarkah kita bahawa kita hidup di dunia bukan selama lamanya? Tetapi adalah sebagai bekalan untuk ke alam yang satu lagi yang mana kita cuma ada dua pilihan. Syurga ataupun neraka.

Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka. (Asyuura : 7) 

Tidak mungkin kita sanggup mengabadikan diri kita selama-lamanya di neraka.. Namun kita tahu, adakah layak kita mendiami syurgaNya?


Marilah kita bersama memandang jauh. Bagaimanakah hubungan kita dengan Al Khaliq kita. Sejauh manakah pergantungan kita kepadaNya dan bagaimanakah nasib kita di akhirat sana?

Juga dalam konteks kita sebagai seorang pelajar, mungkin kita niatkan nawaitu belajar ini adalah untuk mengejar redhaNya. Namun sejauh manakah dalam usaha usaha kita, kita berhajat kepadaNya?
Bagaimanakah dengan istighfar dan doa kita tatkala kita dibebani dengan masalah masalah yang tidak pernah jemu mengunjungi kita. Dan di manakah perginya syukur kita tatkala Allah mengurniakan nikmat kemudahan,kesenangan dan kejayaan kepada kita? Di sinilah sebenarnya kita dapat lihat, Masha Allah, betapa berbezanya kita dengan tentera tentera yang mendapat bantuan Allah tadi. Betapa dekatnya mereka dengan yang Maha Pengasih dan betapa dhaifnya kita ini..

Moga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan kita insha Allah..

Jom sama sama islahkan diri :)

Tuesday, January 4, 2011

Reminder of the day

"Saya mengagumi seorang pemuda kerana keberanian dan kemahirannya dan saya mengagumi seorang pemudi kerana adab dan sifat malunya. Sebab, keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda, sedangkan malu adalah kecantikan pemudi yang paling utama."
(Mustafa Luthfi al-Manfaluthi)