Thursday, October 11, 2012

Reflect our iman!

Kadang kadang urusan dunia yang tidak pernah habis, boleh memenatkan dan melemahkan jiwa kita.  Mungkin pada awalnya semuanya diniatkan lillahi taála. Tapi lama kelamaan, apabila niat tidak diperbaharui dan dimuhasabah, dan iman tidak direcharge semula, iman mungkin menunjukkan tanda tanda kejatuhannya. Samada kita sedar atau tidak, iman yang lemah terlakar dalam peribadi dan hidup seharian kita.

Jadi apakah tanda tanda lemahnya iman?

Jom kita check =)

1) Terus terusan melakukan dosa.
Mula mula kita takut takut nak buat dosa, namun lama kelamaan, kita rasa selesa membuat dosa yang sama sehingga ianya menjadi habit kita. Dan yang paling teruk sekali adalah apabila kita berbangga dengan dosa tersebut. Astaghfirullah.

2) Hati menjadi keras

"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi." (2:74)
 
Apakah tanda hati kita menjadi keras? Apabila ayat ayatNya dibacakan, hati kita tidak tersentuh dengan amaran amaranNya tentang neraka. Tidak rasa hendak mengejar syurga apabila kalamNya menceritakan keindahan dan kenikmatan syurga. Dan juga apabila ayat pengampunan dan ganjaran pahala dibacakan, kita tidak terasa urgent untuk mengejar peluang tersebut.

3) Tidak khusyuk dan bersungguh sungguh dalam beribadah.
Inilah golongan yang Allah ceritakan:

"Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas.."(4:142)

Kalau nak solat atau untuk menjalankan ibadah, mereka akan bermalas malasan dan bertangguh tangguh dalam melakukannya. Kalau sedang solat atau berdoa atau sedang menjalankan apa apa ibadah lain, mereka akan cepat cepat habis melaksanakannya. Hatinya menerewang memikirkan kerja ni yang belum siap lagi, kerja itu yang masih tertangguh dan itu serta ini. Dan tidak berusaha untuk khusyuk dalam ibadahnya.

"Allah does not accept the duá of one whose heart is heedless of Him" (n.b At Tirmizi)

Malah, tidak mempunyai perasaan untuk mengejar pahala yang Allah janjikan kepada kita sekiranya kita beramal. Astaghfirullah :(

4) Cepat mood swing dan stress
Kita berasa cepat terasa hati dengan kesalahan sedar atau tanpa sedar dari orang sekeliling kita. Kita tidak mampu untuk berlapang dada dan bertolak ansur dengan saudara kita. Selain itu, kita juga cepat berasa tertekan dan merungut walaupun dengan sekecil kecil dugaan yang menimpa. 

5) Sentiasa lalai dari mengingatiNya

" dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali." (4:142)
Zikrullah menjadi perkara yang sangat susah baginya. Jika berdoa, cepat cepat mahu dihabiskan doanya.

6) Tidak berasa marah apabila melihat mungkar

7) Tidak peduli isu ummat
Kadang kadang kita tidak perlu memandang jauh antara negara dan benua. Tapi perhatikanlah saudara saudara yang berdekatan kita. Sihatkah mereka? Bagaimana keadaan mereka hari ini? Adakah mereka ada di dalam doa doa kita? Iman yang lemah boleh menyebabkan kita hanya mementingkan diri sendiri meskipun dengan menghadirkan sahabat dan saudara dalam doa kita. Sedeqah dan bantuan? Lagilah jauh.

8) Tidak berasa bertanggungjawab untuk bekerja untuk deen
Bekerja untuk deen ini hanya mampu dirasakan oleh orang yang benar benar cintakan Allah, RasulNya dan Islam.  Dan iman yang mendalamlah yang mendorong kita untuk menyebarkan deen ini ke seluruh pelusuk dunia. Kita tidak mampu berdiam diri apabila jahiliyyah menjajah dan memilikinya segala galanya. Tapi iman yang lemah akan berkata: "Ada saya kisah Islam ni jatuh ke tidak? Taknaklah penat penat untuk bersusah payah untuk buat kerja kerja deen ni. Alahhh orang lain ramai lagi. Yang penting saya hidup bahagia dan tak ganggu orang lain." Sighhh -_-"

9) Dan banyak lagi.......

Tapi setakat inilah dulu. Kalau hendak disenaraikan semuanya, memang agak panjang. Tetapi untuk setakat ini, kita ambil peluang ini untuk berteleku dan muhasabah sejenak, adakah ttanda anda ini dalam diri kita? Jika ada, maka cepat cepatlah kita mengejar ampunanNya yang seluas langit dan bumi. :) 

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa." (3:133)

Eh ape lagi? Jomlah! :D

Nota kaki: Minta maaf ye adik adikku. Akak terlambat tunaikan janji. Barakallahu fik :)
Rujukan: 
[1] Weakness of Iman. It's signs of weakness, causes and cures. By Sh. Muhammad Salih Al Munajjid
[2] Diseases of The Hearts & Their Cures. By Sh. Ibn Taimiyyah

No comments:

Post a Comment