Wednesday, May 9, 2012

Kasih dan Adilnya Dia :)

Semalam tanpa ku sangka, aku tidur agak lewat kerana mendengar penyampaian dari kak Fatimah Sharha atau yang selalu ku panggil Kak Ha dalam videonya Cafe Cinta di youtube. Yang paling aku tertarik adalah bagaimana kak Ha mengupas tentang 'adilnya dan kasihnya Allah terhadap hamba hambaNya :)

Kita memang tidak pernahkan minta kepada Allah,

Ya Allah, kurniakanlah aku oksigen yang cukup untuk aku bernafas setiap hari.  ATAU

Ya Allah, kepadaMulah aku meminta supaya kakiku sentiasa terlekat di tubuhku pada setiap hari, ATAU

Ya Allah peliharalah alam cakerawala ini supaya semuanya beredar pada paksi masing masing dengan baik.

Kita tidak pernah mintakan? Tetapi bagaimana sifat Ar Rahman Allah mengatasi segalanya. Yang Maha Halus dan Teliti terhadap kita dan memberi segalanya kepada kita even kita tidak minta.

Jadi bolehkah kita berkata, Allah itu tidak kasih pada hambaNya dengan memasukkan orang orang yang ingkar ke dalam neraka? Hurmmmm, kita tengok analogi yang Kak Ha cerita dalam videonya:

Ibarat kita sedang menjawab soalan peperiksaan, kita menjawabnya sambil lewa atau tidak menjawabnya langsung, sebab kita tahu, pensyarah/cikgu tu sayang kita dan pasti bagi kita full mark dalam exam kita.

Tapi adakah kita akan dapat full mark dalam exam yang kita jawab sambil lewa? Tak bukan? Dengan senang hatinya pensyarah/cikgu kita memberi markah 0 kepada kita, kan? Ini menunjukkan, dia bersifat 'adil kepada kita. Dan begitulah juga adilnya Allah terhadap hamba hambaNya. Kalau kita yang buat salah atau ingkar, kitalah sebenarnya yang zalim terhadap diri kita sendiri.

Allah hanya mahu yang terbaik kepada kita. Dia mahu hamba hambaNya mencapai kebahagiaan yang hakiki di sisiNya, jadi ditunjukNya jalan jalan ke arahnya. Dibentangnya peraturan peraturan dan larangan larangan supaya manusia sentiasa berada di atas jalan menuju kebahagiaan. Diberinya ujian kepada kita supaya kita sentiasa tertingkat pada pandanganNya dan dapat mencapai syurgaNya yang tertinggi, Firdaus. Kasihkan Allah kepada kita?

Kasih Allah melimpah ruah kepada kita, semuanya disediakan. Hanya tinggal kita untuk berusaha grab sebaik mungkin. Dan tidak dinafikan, hati kita ini sentiasa berbolak balik, sekejap rasa nak buat baik, sekejap rasa malas, sekejap rasa semangat, sekejap rasa down sikit, tapi insha Allah, kepadaNya kita bersandar supaya kita sentiasa tegar di atas jalan Al Haq ini.

Allah pun memang minta kita sentiasa mohon kepadaNya kan,

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. (2:153)

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (2:155)

Alhamdulillah, moga hari ini lebih baik dari hari hari sebelumnya insha Allah! :D 

No comments:

Post a Comment