Semuanya kerana mengejar CintaNya. Oh Tuhan, berikanku cinta...
Monday, May 21, 2012
Sampaikanlah kami kepada Ramadhan :)
Jom tingkatkan amal dari sekarang!
Tsauban
r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai
solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali,
kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ
تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa
minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)
Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku
supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi
rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.”
(HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)
Nabi bersabda, "Siapa yang
membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali,
Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan
membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku
walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan
dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)
Nabi
bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak
ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR Thabrani
no.7532)
No comments:
Post a Comment