It's already close to the third phase of Ramadhan, and yet i have done nothing :(
Dan pagi tadi bila terbaca seerah Muaz dan Muawiz di facebook Halaqah Keluarga, lagilah hati ini terasa, masha Allah, sangatlah berbeza antara aku dengan Muaz dan Muawiz :(
Mereka sudah meraih pahala jihad fisabilillah semasa Ramadhan, manakala kita...??
 PERANG BADAR AL-KUBRA.
 
 Badar Al-Kubra menyelak kisah-kisah hebat di lembarannya..
 
Abdul  al-Rahman bin Auf menceritakan: “Sesungguhnya aku di dalam saf  peperangan Badar, bila aku memerhatikan di hadapan, aku dapati di kiri  dan di kananku dua orang belia masih muda, sehingga aku merasa tidak  selamat untuk mereka”. 
Salah  seorang dari mereka bertanyakan padaku dan meminta merahsiakan  penyataannya itu dari kawannya yang seorang lagi, katanya: “Pak Cik  tunjukkan saya mana dia Abu Jahal”, jawabku: “Anakku! Apa yang kamu  hendak buat dengannya?” katanya pula: “Saya mendapat tahu yang dia  selalu memaki Rasulullah s.a.w” tambah beliau lagi: “Demi Tuhan yang  nyawa ku di tanganNya, kalaulah aku ternampaknya nescaya diri ku tidak  akan renggang dari dirinya, kecuali kematian sahaja yang akan meragut  mana-mana satu yang lebih segera ajalnya, aku berasa hairan dengan sikapnya  itu”. 
Kata Abdul al-Rahman lagi: “Sekali lagi aku dikerling  oleh pemuda yang seorang lagi dengan isyarat sambil beliau berkata  kepadaku seperti pemuda yang pertama juga, aku pun terus  memandang-mandang ke arah Abu Jahal yang terkial-kial di tengah-tengah  orang ramai”, dan aku berkata kepada mereka berdua: “Kamu nampak tak?  “Itulah dia orang yang kamu bertanyakan tadi”.
Kedua-dua mereka pun  menerkam dengan pedang ke arah Abu Jahal dan segera menerbangkan  nyawanya, terus mereka pergi menemui Rasulullah dan menceritakan kepada  Baginda, lantas Rasulullah pun bertanya: “Siapa di antara kamu yang  membunuhnya? Jawab mereka serentak: “Saya Rasulullah”. Tanya Baginda:  “Apakah kamu sudah mengesat pedang kamu?” Jawab mereka: “Tidak,  Rasulullah pun melihat kepada kedua-dua pedang mereka”, maka sabda  Rasulullah s.a.w: “Ya kedua-dua kamulah yang membunuhnya”. Setelah  selesai peperangan Rasulullah pun menyerahkan rampasan perang kepada  kedua-dua pemuda tadi iaitu Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin  Afra’.
Ibnu Ishak meriwayatkan bahawa Muaz bin Amru bin al-Jumahi  berkata: “Aku dengar cerita mengenai kaum musyrikin dan Abu Jahal  sedang dikawal rapi, bak pokok besar yang diselaputi oleh pokok semalu  yang rimbun, sukar untuk ditembus benteng pengawalan itu, beginilah  gambaran pedang-pedang dan tombak-tombak yang memagar Abu Jahal”. Mereka  semua melaung: “Abu al-Hakim sukar untuk sampai kepadanya.” Kata Muaz:  “Bila aku mendengar laungan itu, aku terus memberi perhatian dan  bertekad untuk mendapat peluang, sebaik sahaja aku mendapati kesempatan  membuat pukulan, aku terus menerpa dan menebas separuh kakinya, demi  Allah tiada apa yang dapat ku gambarkan peristiwa ini selain dari  gambaran sebiji keras yang dipecahkan dengan hentakan kayu hingga  berkecai kulitnya itulah gambaran yang dapat kugambarkan, di masa itu  anaknya Ikrimah telah menetak aku dengan pedangnya hingga terkulai  sebelah tanganku yang masih tersangkut dengan kulitku, peperangan sengit  menyiksaku, sepanjang hari itu aku berperang dengan mengheret tangan ku  yang terkulai itu, dan apabila aku merasakan tanganku yang terkulai itu membebankan, segera ku pijak tanganku dengan  kakiku sehingga ianya tercabut putus dari badanku”. Di masa itu Mu’awiz bin  Afra’, melalui berhampiran Abu Jahal yang sudah cedera itu, Muaz pun  terus menggasak Abu Jahal dengan pedangnya hingga terhumban jatuh dan  ditinggalkan bernyawa ikan, sedang Mu’awiz terus berperang hingga jatuh  sebagai seorang syahid.
Masha Allah, speechless! Muaz dan Muawiz, dua orang sahabat yang saling bersaing demi meraih cintaNya! Kita bagaimana? :) 
 Sumber: https://www.facebook.com/halaqahkeluarga