
Ayahku bercerita :
' Waktu tu abah still di US, kami Muslim student UWM (University Of Wisconsin, Milwaukee), anjurkan Islamic Day. Gabungan persatuan pelajar muslim melayu dan juga persatuan pelajar muslim universiti. Salah satu aktiviti yang kami adakan adalah buka booth Al-Quran. Tiba - tiba ada seorang lelaki datang kepada abah dan bertanya, di manakah saya boleh dapatkan Al-Quran? Lalu abah bawa dia ke booth Al-Quran dan bagi padanya senaskhah Al-Quran. Dia memegang Al-Quran lalu memberitahu abah, 'I've been travelled for 5 years to find this book'.. Abah terkejut lalu bertanya perihal dirinya.. Dia menceritakan serba sedikit tentang dirinya. ' Saya berasal dari Yugoslavia, datang dari negeri Bosnia.. Di tempat saya Al-Quran sudah tiada..'

Selepas itu, lelaki yang bernama Yusuf itu berlalu pergi. Setahun selepas itu, Bosnia diserang, 1 juta penduduk Islam dibunuh, tanpa mengira lelaki dan wanita, orang tua malah kanak-kanak yang tidak berdosa juga menjadi mangsa.
Dan abah tidak pernah mendengar berita darinya lagi, mungkin pulang ke negaranya untuk sama-sama berjihad ataupun sedang asyik bertafakur dengan Al-Quran yang sangat susah dan sukar dijumpai lagi di tempatnya.. Moga Allah merahmatinya..
Peristiwa tersebut sangat terkesan di hati abah. Yusuf bersusah payah selama 5 tahun untuk mencari senaskhah Al-Quran.. Tetapi kita?"
Begitulah ayahku mengakhiri ceritanya bersama genangan dan sebak yang bertakung di matanya..

Seperti kata Mustafa Masyhur, "Al-Quran menggalakkan kita membacanya kerana ia merupakan wasilah(cara) yang paling afdhal untuk mendapatkan bekalan iman dan taqwa kepada Allah. Al-Quran juga membimbing kita untuk mentauhidkan Allah, kerana ia mendamaikan dan mententeramkan jiwa..
Ia menunjukkan banyak tempat yang memudahkan orang tidak beriman untuk mendapatkan iman, dan orang telah beriman untuk menambahkan iman, pada setiap kali ia membaca atau mendengarnya.."
"Al-Quran ini menjadi panduan-panduan yang membuka matahati manusia, dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya)" ~Al-Jathiyah : 20
Marilah kita bersama membaiki serta memperelokkan hubungan kita dengan Al-Quran.. Warisan dariNya yang mana kita tidak akan sesat buat selama-lamanya selagi kita berpegang teguh dengannya.. :)
Itulah kat Msia Al-Quran banyak sangat tapi ade kes anak2 remaja bakar, kencik Quran semua, na'udhubillah. Moga kita terus membaca Quran sama ada faham atau tidak maknanya :)
ReplyDeleteKisah pasal Bosnia tu, pernah jugak dengar. Sebelum tragedi tu, masyarakat kat sana ramai yang dah tingglkan Al Quran.. Nauzubillah, jgn la Malaysia sampai jadi camtu.
ReplyDeletebetul 2 k.fai..
ReplyDeleteTp i.allah, kalau kita x faham ape yang kita baca, still ada banyak rujukan yang boleh kita tengok untuk memahami Al-Quran.. :)
cthnye, tafsir fi zilal, tafsir ibnu kathir dan byk lagi..
Mungkin apa yang menimpa Bosnia adalah sebagai iktibar dan pengajaran untuk kita semua..
ReplyDeleteMoga Allah pelihara kita semua.. :)
nice post....
ReplyDeletetapi warna font tak sesuai laa...
sakit mata membacanya...
*jangan kecik hati....
jzklh khair..
ReplyDeleteana da tukar warna font post ni.. hari tu x smpat..
jzklh ats teguran..