Thursday, November 3, 2011

Jom tingkatkan amal ! : Puasa Hari Arafah

"Hari Arafah" (9 Zulhijah) ialah hari orang-orang yang mengerjakan ibadat haji berhimpun di padang Arafah.  Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari itu supaya mereka dapat "berwukuf" (yang dipenuhi dengan doa dan istighfar) dengan penuh bertenaga dan tidak letih lesu.


Sebaliknya umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji dan sedang berada di negeri masing-masing, disunatkan berpuasa pada hari yang mulia itu seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut:

49- عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ فَقَالَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ. (رواه مسلم)

49- Dari Abu Qatadah al-Ansari r.a., katanya: Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah,  lalu Baginda menjawab:  "Puasa hari Arafah itu menghapuskan dosa yang dilakukan pada tahun yang sebelumnya dan tahun yang ada ini."(1)


(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)


Menurut jumhur ulama', bahawa dosa yang dimaksudkan dalam hadith ini (dan juga hadith-hadith yang lain yang berhubung dengan penghapusan dosa) ialah "dosa-dosa kecil" sahaja, sedang "dosa-dosa besar" mestilah dengan jalan bertaubat.


Setengah ulama' pula berpegang kepada zahir lafaz hadith-hadith yang tersebut, bahawa dosa-dosa yang dimaksudkan itu adalah meliputi dosa kecil dan dosa besar,  kerana Allah Taala Maha Pengampun,  lagi Amat Melimpah Rahmat-Nya.(2)
 

source:Link
Offer hebat dari Allah! Jom sama sama beramal >__<
Moga amal amal sunat yang kita lakukan, menguatkan lagi keimanan, menambahkan lagi kefahaman dan mendekatkan kita denganNya insha Allah :)

No comments:

Post a Comment