Saturday, August 29, 2009

Ikhlaskah kita?

Pagi tadi semasa sedang berbincang dengan seorang makcik dan beberapa rakan-rakan yang lain, makcik menyentuh soal keikhlasan.

Kata makcik, amalan ikhlas itu ada 3 bahagian.

Pertama, amalan seorang hamba - kita beribadah kepadaNya kerana takut kepadaNya..

Seterusnya, adalah amalan seorang saudagar - kita beramal kerana mahu mendapat pahala, contohnya seperti pahala menghidupkan malam lailatul qadar, pahala puasa enam aidilfitri dan sebagainya..

Dan yang terakhir adalah, amalan seorang yang merdeka - iaitu kita beribadah kerana menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba..

Contoh yang terdekat adalah Rasulullah SAW..  Baginda beribadah sehingga bengkak kakinya..  Dan apabila ditanya oleh isteri kesayangannya, Aisyah R.A, baginda menjawab, ' Salahkah Aku menjadi orang yang bersyukur.'..  Kerana rasa syukur dan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba Allah, baginda beribadah dengan penuh khusyuk dan bersungguh-sungguh kepadaNya.

Yang terakhir inilah kata makcikku, maqam keikhlasan yang tertinggi..

Namun maqam-maqam yang lain, amalan kita tetap diterima di sisiNya..

Janganlah biarkan amalan kita menjadi 'habbaan mansuuraa', iaitu amalan yang diibaratkan sebagai debu-debu yang berterbangan.. Tiada nilai di sisiNya..

Atau lebih teruk lagi, seperti amalan orang-orang kafir seperti yang disebut dalam firmanNya..

" Dan orang-orang kafir, perbuatan mereka seperti fatamorgana di padang pasir, yang disangka air bagi orang-orang yang dahaga, tetapi apabila didatangi tidak ada apa-apapun." (24:39)

Moga amalan - amalan kita berada dalam pandanganNya..  Kerana Allah tidak pernah zalim kepada hamba - hambaNya, malah amalan yang baik mahupun buruk tetap tidak pernah terlepas dari hisabNya..

Subhanallah, Maha Telitinya Pencipta kita..

Akhir kalam, moga Allah redha dengan kita semua.. Meskipun amalan kita tersangatlah sedikit dan penuh dengan kelemahan, harapnya rahmat dan keampunanNya sentiasa hadir untuk kita, Insya Allah..

3 comments:

  1. salam ziarah.
    tak tlambat rasanya untuk mngucapkan salam ramadhan al kareem.
    jemput lah ke blog sy.
    =)

    ps:kami ternanti-nanti waktu graduation a lvl haritu,mana akak ni.k. dijah da jmpe,k misha pun, k maya n the rest..hehe,kami semua kepingin mau ketemu.hm,tak de rezeki mungkin.insya Allah,jika diizinkanNya, kita bertemu jua.nak melepaskan rindu pada kakak2.=)

    ReplyDelete
  2. Teruskan perjuangan mencari mardhatillah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.selawat & salam buat junjungan besar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yg telah berjuang demi Islam & umat kebangaan baginda.....Salam Ramadhan.

    Keikhlasan....sesuatu yg tidak boleh diterjemahkan dgn mudah supaya sesiapa shj di sekeliling kita merasainya.
    Sedikit tambahan, semua hamba-hamba-Nya pasti gagal melihat nikmat GANJARAN PAHALA drp Allah SWT melainkan mereka yg benar2 ikhlas dan tawadu' melakukan sesuatu amalan itu.
    Ana x brp pasti kata2 ni (hadis Nabi atau x)- "jika manusia boleh nampak betapa besar & melimpahnya rahmat,pahala drp Allah, nescaya mereka berpusu-pusu@berlumba-lumba melakukannya sehinggakan ada yg sanggup merangkak utk mendapatkan saf hadapan utk menunaikan ibadah solat."
    Semoga amalan-amalan kita yg telah dilakukan dipandang ke'ikhlasan'nya..dan berharap masa2 yg akan datang akan bertambah keimanan&ketaqwaan dlm diri supaya KEIKHLASAN dlm beribadah itu mudah dirasai dan jauh dari 'habbaan mansuuraa'..wallahu a'lam..

    ReplyDelete