Sunday, August 16, 2009

Kenangan..Satu Persinggahan..

Teringat semasa di kolej dahulu, ada seorang junior yang masih kabur tentang Islam walaupun dalam myKadnya menyatakan dia seorang yang beragama Islam..

Ahli keluarganya juga tidak mengamalkan syariat Islam yang sebenarnya..Tapi, alhamdulillah kerana rahmat dan kasihNya, Allah memberi satu rasa hati yang tulus dan suci..  Ingin mengenal Islam dengan lebih dekat..  Bukannya kerana dorongan keluarga atau sesiapa, tetapi kerana taufiq yang sampai kepadanya..  Subhanallah..

Kami menginap di aras yang sama..  Dan aku mula mengenalinya apabila pada masa itu aku berasa sangat letih dan ingin meregangkan urat-urat yang sangat lenguh akibat menghadap buku terlalu lama..  Ketika berjalan-jalan di koridor aras, aku terdengar satu bunyi yang indah dan sangat menarik hati..  Aku tercari-cari bunyi itu dan akhirnya aku tiba di satu bilik yang dahulunya sebelum pelajar-pelajar junior masuk, kami menjadikannya sebagai surau kecil untuk muslimat..  (kami panggil SK2 : Surau kecil kami)..  Aku terlihat seorang wanita yang leka memetik gitarnya, memainkan satu lagu Inggeris..

" Assalamualaikum..  Boleh akak masuk? "..Itulah kata-kata pertama yang kuucapkan dan yang mana ia merubah hidupku apabila seorang lagi wanita yang tulus dan jujur hadir dalam hayat ini..  Dan muncullah satu persahabatan suci darinya..

Mengasihi dan membenci keranaNya..  Bertemu dan berpisah kerana kasih sayangNya..

Sejak dari itu, kami menjadi mesra..  Banyak perkara yang dia rujuk daripadaku dan juga dari sahabat-sahabatku yang lain..

Sehingga tibalah pada satu hari, malam 1 Ramadhan..  Tarikh yang tidak mungkin kulupa..  Pada waktu itu, kami di surau Al-Furqan..  Tiba-tiba dia datang kepadaku dalam keadaan menangis..

" Akak, saya rasa nak berubah..  Saya nak jadikan Ramadhan kali ini sebagai turning point untuk saya berubah..  Dan saya nak pakai tudung secara consistent.."

Pada waktu itu aku terkelu..  Aku rasakan yang rahmatNya mencurah-curah kepadanya..  Alhamdulillah, Allah tidak pernah mengabaikan hamba-hambaNya..  Malah sentiasa dekat dengan kita..

Sejak dari malam itu, aku lihat dia banyak berubah..  Dia banyak menghabiskan masanya dengan Al-Quran, solat, serta sentiasa hadir dalam halaqah-halaqah ilmu di surau..

Walaupun begitu, dia tidak mengabaikan pelajarannya..  Dan aku menghisab diriku sendiri..  Apakah yang aku lakukan untuk memperbaiki diriku? Banyak masaku yang terbuang begitu sahaja..

Alhamdulillah, Allah menghadirkan seseorang dalam hidupku yang mana kehadirannya telah banyak merubah diriku..

Aku bersyukur, kerana Ramadhan itulah yang paling bermakna bagiku..  Dan aku berharap, aku sempat hadir dalam Ramadhan yang akan datang ini dan semoga Ramadhan kali ini juga, aku mendapat sesuatu yang tidak akan aku lupakan buat selama-lamanya..

p/s : moga-moga sahabatku yang satu ini juga mendapat sesuatu yang akan mendekatkan lagi diri kepadaNya..

16 comments:

  1. Ramadhan kian bertandang... Jika si dia sudah berjaya menemui turning point, bagaimana pula dengan kita? Apakah Ramadhan kita kali ini masih sama atau lebih baik dari sebelumnya? Mungkin ini adalah persoalan yang klise, tapi hakikatnya masih ramai yang tidak mampu menjawabnya bila ramadhan itu ditinggalkan...

    p/s: kita x leh bukak pose sesame lepas ni...hu~

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...hidayah Allah sentiasa menanti sesiapa shj yg mengkehendakinya.Jika disingkap sirah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam,ada di antara kerabat terdekat baginda yg menghembuskan nafas terakhir tanpa bertemu dengan HIDAYAH ALLAH.Sebagai muhasabah kpd kita semua,walaupun dilahirkan Islam,kita sebagai umat yg bersyukur hendaklah sentiasa mendambakan rahmat,kasih syg srta hidayah daripada Allah SWT.Semoga segala doa kita diterima-Nya.InsyaAllah....

    p/s: Dugaan lebih besar bila berada di negara org..Doa Senjata Kita!

    ReplyDelete
  3. Betul tu asmaa'..
    Teringat satu hadis Rasulullah yang saya x ingat siapa rawinya, " Celakalah orang yang meninggalkan Ramadhan tanpa ada perubahan yang lebih baik.."~Rasanye lebih kurang macam ni..Kalau silap, betulkan ye..

    p/s : tula Asmaa'..i feel really bad..=(

    ReplyDelete
  4. Moga Allah sudi mengekalkan kita semua di dalam deen al-haq ini dan sentiasa diberi petunjuk untuk meneruskan perjalanan yang fana ini..

    ReplyDelete
  5. moga ramadhan kali ini juga menjadi turning point buat diriku..moga lbh istiqamah di jlnNya..insyaAllah

    ReplyDelete
  6. I.allah..Moga Allah sentiasa mencurah rahmat serta hidayahNya kepada kita..

    ReplyDelete
  7. Aslwb. semoga ramdhan kali ini akan menjadi kita lebih bertkawa walaupun dimana kita berada. bulan ramadhan bulan tarbiyah, bulan mendidik hati dan jiwa. datangnya dinanti, perginya ditangisi.

    ReplyDelete
  8. I.allah..Moga Ramadhan kali ini, lebih membawa kita kearahNya..
    Doakan saya ye pakcik..

    ReplyDelete
  9. sebenarnya kisah ni popular dikalangan kami sebenarnya...alhamdulillah..moga2 Allah mengurniakan kebaikan yang lebih besar dari seluruh dunia dan seisinya keatas kamu..
    kami kadang2 jadikan kisah2 'kejayaan' adik2 kms ni sbg inspirasi..

    ReplyDelete
  10. smoga ramadhan ni akan beri perubahan yg lebih baik utk ika jgk..
    (ika roommate ila) =)
    tahniah akak dpt 15..

    ReplyDelete
  11. Jzklh sdr zolhelmi..
    Alhmadulillah..Moga ianya memberi manfaat kepada kita semua, I.Allah..

    ReplyDelete
  12. Maaf ye ika..Akak coretkan kisah ni..By the way, i'm really glad knowing you..:)

    ReplyDelete
  13. semoga sntiase mndapat barokah TUHAN...
    ksah ni ppular ye???
    smoga dri ni pn dlmpahi hdayahNYA sntiase...
    thniah untk akak, 15 points...

    ReplyDelete
  14. jzklh..
    mga Allah sntiasa mnemani hati kita untuk sentiasa berada di atas jalanNya..

    ReplyDelete