Friday, February 25, 2011

Mengharukan~

Allah izin semasa saya transit di Gold Coast Coolangatta international airport,saya tak jumpa beg. Sepatutnya beg tu terbang sekali ke Gold Coast airport, tapi bila saya menunggu di kawasan baggage claim untuk mengambil beg, saya tak jumpa beg tersebut.

Kerana masih mengharap, saya menunggu sehingga akhirnya tiada lagi beg di kawasan tersebut. Dan saya masih belum mendapat beg. Senior yang menaiki flight yang sama dengan saya menyuruh saya melihat pada bag tag pada boarding pass saya. Dan barulah saya perasan, rupanya beg saya sudah tersilap terbang ke New Delhi airport yang mana arah perjalanan berlawanan dengan flight saya ke Gold Coast airport.

Pada waktu tu, hanya Allah yang tahu perasaan ini. Terkejut sebab tak sangka hal ni berlaku pada diri sendiri. Dan rasa nak tergelak pun ada jugak sebenarnya, sebab waktu tu saya masih merasakan,perhaps this is just a dream.

Saya berdiam diri memikirkan jalan penyelesaian, dan pada waktu tu, senior saya berkata sambil tersenyum: Banyakkan istighfar farah.

Oh, waktu tu diri ini seakan akan bergetar sama kuatnya gegaran di Christchurch. Ya Allah, adakah ini peringatan dariMu?

Dan pada hari yang sama sebenarnya, saya perlu terbang pula ke Auckland. Dan mahu tak mahu, saya perlu bertolak ke Auckland tanpa beg. Sampai di Auckland airport, saya mencari tempat untuk menunaikan solat jama' qasar maghrib dan Isya'. Dan pada waktu saya sedang solat itulah, saya merasakan Allah menegur saya sehingga saya merasakan betapa lemahnya dan kecilnya diri saya ini di hadapanNya. Apabila diuji, barulah hendak mengingatiNya.

Mungkin kerana kita manusia yang bersifat pelupa,kadang kadang kita lalai dari mengingatiNya. Kita hanya berhajat kepadaNya apabila keadaan susah menghimpit diri kita. Namun, saya berasa sangat sangat bersyukur dan terharu kerana Allah masih sudi menegur saya walaupun diri ini selalu lepa dan alpa.


Umi juga selalu berpesan,"Kadang kadang Allah bagi ujian kepada kita adalah untuk kita kembali kepadaNya, supaya kita muhasabah diri dan dapat baiki diri ke arah yang lebih baik, menjadikan kita sedar yang kita sebenarnya jauh dariNya, kita ada melanggar hak hakNya."

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.(Al Ankabut : 3)

Diri ini bimbang memikirkan beg yang masih belum jumpa, tapi hati ini lebih bimbang dengan keadaan diri ini dengan Khaliq yang Maha Hebat azabnya pada hamba hambaNya yang lalai dariNya...

Moga Allah sudi mengampuniku, dan sentiasa menyuluh hidupku ini kearah keredhaanNya. Moga kita semua berada dalam lembayung rahmatNya buat selama lamanya..

p/s: Takut dan kecut perut :(

No comments:

Post a Comment